Bab 8

3K 189 11
                                    

"KORANG buat apa dekat sini?" Ersana menyoalnya dengan agak kesal. Kedua tangannya dilipat di dada.

Saat ini mereka baru sahaja selesai makan malam di rumah keluarga Natasha. Lepas makan terus dia tarik dua orang ni untuk menjelaskan.

Sampai sahaja di ruangan dapur kelihatan semua orang sudah duduk di atas kerusi. Seperti sudah sedia mahu menikmati makanan. Tapi disebabkan dia masih belum kemari, mereka menunggunya.

Tapi bukan itu yang menarik perhatiannya. Yang lagi buat dia terkejut ialah keberadaan dua orang yang langsung dia tidak menduga dengan kehadiran mereka.

Membulat matanya melihat susuk Ayaz dan Aslan di sini.  "Kita ada tetamu lagi. Kenalkan ni Ayaz dan.... Aslan!" Ibu Natasha kenalkan tetamu yang tidak diundang itu.

"Hai!" Sapa Ayaz ramah dihadapan keluarga Natasha.

Ersana menggeleng perlahan. Lalu matanya mencari wajah Aslan. Kelihatan Aslan sedang memandangnya dengan kening yang diangkat-angkat seolah mencabarnya.

"Mereka kawan Abang. Jadi dia akan tinggal dekat sini untuk beberapa hari sekali dengan kita semua," umumnya dan itu berjaya buat Ersana mahu hentakkan kepala Ayaz dan Aslan.

"Cakap betul-betul korang buat apa dekat sini?" Soalnya malas.

"Aslan dia jumpa someone dekat sini. Kalau dia tak jumpa, dia jadi gila," kata Ayaz selamba sambil melirik wajah Aslan. Lalu, dia membuka langkah meninggalkan Ersana dan Aslan yang sepertinya mahu ruang.

Ersana panggung kepala memandang sepasang mata zamrud yang sudah dia lihat setiap hari. "Kenapa datang sini? Awak cari siapa kat sini?" Soalnya ingin tahu. Begitu istimewakah sampai datang ke sini?

"Kau."

"Ha?"

"Aku cari kau," katanya bersama iris mata hanya memandang ke arahnya. Menusuk lebih dalam mata Ersana. "Ma femme."

Saat itu, perutnya seperti ada rama-rama yang sedang berterbangan. Dia senang dan hatinya mulai goyah dengan kata-kata dari Aslan. Lelaki ini...sentiasa buat dia tertarik seperti magnet.

"What does it mean?"

Aslan senyum nakal lalu mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu. Saat itu, wajah Ersana sudah bertukar masam dengan jawapan yang tidak memuskan dari Aslan.

"Cari sendiri."

Selesai sahaja Aslan menyakat Ersana, dia melangkah ke arah bilik yang disediakan untuknya menginap selama seminggu dia di sini. Meninggalkan Ersana yang masam mencuka mendengar jawapannya.

Natasha yang selesa berbaring sambil bermain telefon itu tersentak dengan kehadiran Ersana di hadapannya. Terus telefon pintarnya itu diletak di tepi. Dia duduk bersila di atas katil menghadap Ersana.

"Asal Aslan datang si wei?"

"Cari aku," mendengar jawapan positif dari Ersana, Natasha terus menampar bahu kawan baiknya itu suka.

"Aku dah kata! Dia suka kau sebenarnya," katanya bersama senyuman mengusik.

"Eh jangan mengarut. Dia saja je datang nak kacau aku," cepat-cepat Ersana mengelak. Mana mungkin Aslan menyukainya. Lelaki itu sudah ada Arzania untuk dikahwini.

"Tak, dia suka kau. Kau suka dia kan sebenarnya," keningnya diangkat berkali-kali. "Kan kan. Sebab tu kau marah dia. Sebab kau tak nak dia kahwin dengan Arzania kan? Kan," soalnya lagi dengan senyum nakal.

"Mana ada! Kau ni saja je," pantas Ersana menidakkan dengan wajah yang sudah merah menyala. Natasha sudah melepaskan tawa melihat wajah Ersana yang sudah membahang.

Tak lama selepas itu, mereka sama-sama melepaskan tawa dan tanpa mereka berdua sedar ada dua lelaki yang dapat mendengar segala perbualan mereka sebentar tadi.

Ayaz senyum senget lalu memandang ke arah Aslan. "Kau yakin yang tu dia?"

"Aku tak mungkin salah," matanya dipejam rapat dan kenangan lama mula datang singgah ke dalam fikirannya.

"I'm sorry."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now