Bab 25

1.8K 122 6
                                    

Kelopak mata dicelikkan sesaat lalu lantas dikatup kembali saat sistem penglihatannya ditusuk cahaya matahari di waktu pagi. Silau.

Untuk kali kedua, dia sekali lagi membuka kedua matanya lalu digosok perlahan. Ersana bersandar di kepala katil. Kantuk masih lagi tersisa tetapi mahu tak mahu, dia perlu bangun awal pagi.

KTAK

Pintu bilik tidurnya dibuka kasar dari luar. Kelihatan Balqis masuk ke dalam biliknya dengan membawa tiga orang pembantu. Pembantu rumah yang berkhidmat pada Balqis. Tangan Balqis dipandang sekilas sebelum tubuhnya mula menggeletar takut.

Balqis bukan sahaja membawa pembantu peribadinya tetapi juga membawa beberapa orang lelaki dewasa yang tidak pernah dia lihat.
Dan di tangan setiap lelaki dewasa itu, ada batang paip.

"Morning, cinderella."

Senyum. Bukan senyum manis. Tetapi senyum sinis. Mata Balqis merancang sesuatu yang jahat pada Ersana. Ersana menggeleng laju.

"P-pergi. Pergi!" empangan air matanya sudah jatuh membasahi kedua-dua pipi mulusnya.

"Buat macam yang aku arahkan," mereka mengangguk faham. Lalu dengan langkah kaki yang besar, Ersana dihampiri. Wanita ini sangatlah cantik walaupun bibir bawahnya lebam. Dengan adanya lebam ditepi bibir tidak dapat menyembunyikan kecantikan yang terserlah dari wajah jelita itu.

Balqis senyum sinis. Perlahan-lahan pintu bilik Ersana di tutup dari luar. Lalu dikunci. Memberi ruang untuk pekerjanya melakukan apa yang dia suruh.

Batang paip ditangan diangkat tinggi dan dipukulnya tubuh lemah Ersana.

PAK

Mutiaranya jatuh lagi dan lagi. Ersana meraung kuat. Ya dia mahu melawan tetapi tidak bisa. Makin dia melawan, lagi banyak sakit yang akan dia dapat.

PAK

PAK

PAK

Ersana menggepal penumbuk. Dia cuba menahan suara tangisannya dari terdengar dari lelaki-lelaki yang memukulnya itu. Dia mengetap bibir bawahnya.

Sepanjang dia dipukul sebegitu, hanya mampu meraung dan menghamburkan air matanya sahaja. Tetapi itu juga tidak cukup. Tidak cukup untuk dia menghentikan perbuatan mereka yang terus-terusan menyeksa fizikalnya.

"SOMETHING happen." Eiran mengalihkan tangannya dari pintu pagar rumah Hael. Selama dua puluh minit dia dan Kaezar berdiri di hadapan rumah sewa itu dan menjerit memanggil nama Hael. Tetapi tiada yang menyahut. Termasuklah isteri Hael.

"Hm aku dah call tapi budak tu tak angkat." Kaezar bersuara. Dia sendiri juga tidak tahu ke mana Hael pergi. Selalunya kalau Hael mahu pergi ke mana-mana dia akan memaklumkan pada Kaezar dan Eiran.

"Hael ada musuh ke?" Eiran menyoal tiba-tiba. Sebab bukan Hael yang menghilang tidak memberitahu mereka. Selama mereka berkawan, Hael memang akan maklumkan pada mereka jika mahu menghilang ke mana.

"Tak ada." Kaezar membalas. Seketika dia kembali memandang ke arah Eiran. "Weh, takkanlah budak tu dah balik."

"Siapa?"

ERSANA merapatkan kedua kakinya ke dada. Dagu disandarkan di atas kepala lutut. Air mata masih lagi tidak berhenti mengalir. Dia baru sahaja selesai dipukul.

Belakang badannya sudah berdarah hebat. Darah tidak berhenti keluar. Dengan merangkak, dia membuka laci night stand. Jumpa apa yang dia cari, dibawa ubat itu keluar dari laci.

Ersana membuka botol yang menutup ubat telan itu. Ersana masukkan 5 biji ubat tidur itu dalam mulut lalu dia minum air. Setelah ditelan ubat tidur, dia berbaring di atas lantai sejuk. Ersana menggunakan tangannya untuk memeluk dirinya sendiri.

Mata dipejam rapat. Ersana hanya diam. Dia tidak bersuara sedikit pun. Bibirnya diketap sekali lagi untuk menahan tangisan. Kedua tangan yang memeluk dirinya, makin dikemaskan pelukan tersebut.

Ersana menggosok perlahan belakang badannya menggunakan tangan kanannya. Selalunya Hael akan memeluknya saat dia berasa sedih. Tetapi kini, Hael tiada dengannya. Dia hanya ada dirinya sendiri.

Pintu biliknya dibuka sekali lagi dari luar. Ersana kekal dengan berkeadaan seperti itu. Tidak dihiraukan siapa yang masuk ke dalam biliknya. Dia malas lagi mahu mengambil tahu. Makin lama dia berada di sini, perasaan ingin mati dalam dirinya makin membuak-buak.

Ersana mendesis sakit saat rambut panjangnya ditarik oleh tangan besar seseorang. "Siapa bagi izin untuk kau rehat macam ni?!"

PANG

Wajah Ersana ditampar kuat. Ersana menggigit bibir bawahnya. Lalu tubuh seorang lelaki yang menamparnya tadi ditolak kuat. Ersana buka paksa matanya yang sudah basah dengan air mata. Nafasnya tidak teratur. Dia sudah penat menahannya.

"Kau ni! Berani kau tolak aku kan perempuan murah!" Makinya kuat. Dan dia menyepak belakang tubuh Ersana.

BUK

Kepalanya berdarah. Ersana jatuh pengsan saat tepi kepalanya terhantuk bucu meja.

"HEY." Ersana buka kedua-dua matanya. Ada wajah Hael yang menyapa retina mata bundarnya. Ersana mengetap bibirnya. Tangan menggepal penumbuk.

Penumbuk itu dia guna untuk memukul dada bidang Hael yang duduk bersila di hadapannya bersama senyuman.

"Kenapa tipu? Kenapa awak tipu saya? You. You said, you won't leave me." Ersana menunduk. Kepalanya disandarkan di dada Hael. Air matanya membasahi pipinya yang tadi bersih dari air mata. Kini, wajahnya sudah comot dengaan air mata.

Hael diam tidak berkata apa-apa.

"You said, you love our baby but you left me at papa's house. Awak biarkan saya kena pukul dengan Papa sampai anak kita gugur." Ersana terus menghamburkan tangisannya. Dia penat menanggung semua ini sendirian. "I can't hate you, Hael. You know that. You also know how much I love you."

"Darling." Hael pegang wajah Ersana bersama tatapan yang lembut. "You was nothing more than my chess pieces."  Hael mengelus pipi Ersana yang mengeluarkan air mata.

Ersana menggeleng perlahan. Ini pasti mimpi. Hael tidak mungkin akan berkata seperti itu padanya. Ersana menggeleng.

"I never loved you, Darling. Never."  Hael keluarkan pistol yang disimpan di dalam poket seluar jeans. Pistol itu diacukan di dahi licin Ersana. Dan-

BANG

BANG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now