Bab 45

1K 78 5
                                    

ERSANA membuka matanya saat terasa usapan di bahagian kepala. Bibirnya naik membentuk senyum melihat Ashira duduk bersebelahan dengannya yang berbaring.

"Morning kesayangan Mama," sapa Ashira mesra. Ersana senyum lebar mendengar ucapan Ashira. Saat pertama kali dia tiba di rumah agam ini, Ashira memang melayannya seperti keluarga walaupun dia hanya orang luar yang langsung tiada pertalian darah dengannya.

"Morning," Ersana bangun dari berbaring. Dulang makanan yang Ashira bawa khas untuknya diambil. Beginilah dia selama tiga hari berada di sini. Setiap hari, Ashira akan membawa sarapan ke atas untuknya. Sudah dia larang tidak mengapa dia boleh turun kalau nak makan, tetapi kata-katanya seperti angin lalu saja.

"Mama ni, susah-susah je."

"Mana ada susah." Ashira menongkat dagu memerhati Ersana makan makanan yang dia masak. Makanan itu istimewa tau. Dia masak hanya untuk Ersana sahaja. Ayaz dan suami kesayangannya tadi, makan makanan yang pembantu rumah masak aje.

"Harini, Ana nak buat apa?" Ashira menyoal. Sejak ada Ersana di rumah menemani, dia jadi ada kawan untuk teman dia membeli-belah, memasak dan banyak lagi.

"Tak ada plan lagi. Kenapa? Mama ada nak pergi mana-mana ke?" Mendengar sahaja soalan Ersana yang tuju padanya, Ashira mengangguk laju.

"Jom. Teman Mama pergi shopping. Mama nak beli baju untuk Ana," katanya. Dia sudah sedia rancang yang harini dia mahu membelikan pelbagai jenis baju, seluar, tudung untuk Ersana.

Ersana hanya mengangguk setuju dengan rancangan Ashira. Kalau dia cakap tidak pun, Ashira tetap tidak akan mendengar kata-katanya. Jadi diikutkan saja.

"Ana ada rasa apa-apa or mimpi buruk?" Ashira menyoal. Dia mahu tahu dan mendalami apa yang Ersana rasa. Dengan itu, dia boleh lebih faham perasaan Ersana.

"Tak ada. Cuma, Ana ada mimpi seorang lelaki ni." Ersana mula membuka cerita. Lelaki yang sama dia mimpi. Duduk menghadap pemandangan laut dan mempunyai iris mata berwarna zamrud. Dialog yang digunakan pun sama. Dia tidak tahu kenapa dia tak boleh mengubah dialog yang diguna.

"Wah, maybe dia someone yang Ana pernah kenal? Ana tak ada ingat apa-apa ke?" Ersana menggeleng. Mimpi itu kerap datang tapi ingatan tentang lelaki itu tidak pernah muncul dalam kepala.

"Bekas luka still ada ke dekat belakang badan?" Ashira menyoal. Setiap masa dia akan tanya berkenaan luka Ersana setiap kali berbual.

"Tak ada dah. Terima kasih Ma untuk semua yang Mama buat dari mula Ana datang."

Tanpa bantuan Ashira dan keluarga, bekas luka di badannya itu tidak akan hilang. Tanpa Ashira juga, Fizikal dan mentalnya yang sudah rosak itu tidak akan pulih sampai sekarang. Dia ada semangat untuk teruskan hidup kerana mereka yang tidak putus memberi kata semangat padanya.

"Tak adalah. Mama tolong gitu-gitu aje. Selebihnya itu, bantuan dari Allah. Mama bersyukur dan gembira Allah makbulkan doa Mama yang nak Ana pulih sepenuhnya. Ingat, tak kiralah berapa ribu yang tak sukakan Ana, Mama, Papa dan Ayaz akan selalu sayangkan Ana."

Ersana senyum kemudian dia mendakap susuk wanita separuh usia yang sudah dia anggap seperti keluarganya itu. Wanita ini banyak membantunya. Dia amat terhutang budi dengan kebaikan keluarga mereka.

"Sampai hati, nak peluk tak ajak Ibu pun." Ersana senyum lebar melihat Ibu berjalan mendekati dia dan Ashira. Sejak dia keluar dari Hospital, Ashira juga membawa Ibu ke rumah dan tinggal bersama dengannya.

"Ibu!"

Ersana peluk pula Ibu. Kini, dia berasa sangat bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah beri padanya. Walaupun Allah tarik nyawa Ibu kandungnya, Talisha. Tetapi Allah gantikan dua insan yang sudi menggelarkan diri sebagai Ibunya.

Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?  [Q.S Ar Rahman 55:13]

SUASANA di meja makan ketika itu agak riuh dengan suara menyakat antara satu sama lain. Ersana yang menjadi bahan topik Ayaz dan Alcazar itu hanya gelak dengan pergaduhan manja yang berlaku.

"Papa, Mama sekarang sayang Ana je. Kita ni siapa lah kan dia nak sayang." Ayaz mula memerli Ashira yang sedang menyediakan sesuatu yang dia masak untuk Ersana. Khusus untuk Ersana.

"Betul. Kita ni orang luar aje. Dia tak nak pun masak kat kita." Alcazar mula menyokong ucapan Ayaz.

"Eh both of you jangan nak buat cerita eh. I dah selalu masak untuk korang. Kalini biarlah Ersana pula rasa. Sibuk aje." Ashira membalas dengan sendok di tangan. Mahu saja dia pukul mereka berdua dengan sendok ini.

Mendengar balasan geram Ashira, Alcazar dan Ayaz melepaskan tawa. Beginilah mereka setiap hari. Lebih-lebih lagi apabila ada Ersana. Makin kuat mereka mengusik Ashira.

"I tak nak kawan dengan you. Malam ni, you tidur dengan Ayaz. I nak tidur dengan Ana." Ashira berkata selamba dengan senyuman. Betapa gembiranya dia boleh tidur dengan Ersana malam ni.

"Ana, kenapa ambil wife Papa ni." Alacazar menyoal dengan wajah yang berpura-pura sedih. Ersana hanya gelak.

"Eh jangan nak tuduh anak I eh. Cubit kang."

Alcazar bangun dari duduk. Tempat Ashira berdiri dihampiri. Bibirnya didekatkan di pipi gebu Ashira sebelum dia mengucup sekilas pipi bulat itu. "Sorry, love." Ashira sembunyi senyum mendengar permintaan maaf dan panggilan yang Alacazar guna padanya.

"Haih, hormat orang single please." Ayaz bersuara mewakili.

after this, maybe tak sedih dah :p kalau malam ni, ada idea lebih, i update lagi k? jadi, janganlah jadi silent readers

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

after this, maybe tak sedih dah :p kalau malam ni, ada idea lebih, i update lagi k? jadi, janganlah jadi silent readers

Broken TrustDove le storie prendono vita. Scoprilo ora