Bab 34

1.1K 69 1
                                    

"EIRAN-

PRANG

Eiran pantas memusingkan badannya memandang Ayaz yang terlepas gelas kaca di pegangan. Air yang berwarna merah pekat itu selamat mendarat di atas lantai marmar.

Ayaz tersentak mendengar bunyi gelas kaca yang ada di genggamannya tadi. Tapi kini, sudah selamat mendarat di lantai.

Bunyi telefon pintar yang minta diangkat menyedarkan mereka berdua. Berkerut dahi Eiran melihat nombor Ris. Dah kenapa tiba-tiba telefon dia?

Dengan perasaan yang jelas tertanya-tanya, dia menggesek ikon berwarna hijau.

"Hell-

"Come to my hospital. Now."

"Kenapa?"

"Aslan...masuk ICU," tidak menunggu ayat Ris yang seterusnya, Eiran pantas menutup panggilan.

"Kenapa?"

"Aslan masuk ICU," membulat mata Ayaz mendengar ucapan Eiran. Tanpa menunggu lagi, mereka terus pergi ke hospital.

AYAZ menyandarkan belakang badannya di atas kerusi besi di hadapan ICU. Sudah tiga jam mereka menunggu dan Ris atau mana-mana doktor masih lagi tidak keluar dari ICU.

Dia risau akan keadaan Aslan. Satu lagi...macam mana benda ini boleh berlaku? Padahal sewaktu dia hantar kepergian Aslan sebentar tadi, lelaki itu baik-baik saja.

Hanya dia berseorangan di sini. Kejadian ini, tidak dia laporkan pada Ashira ataupun Alcazar. Tidak mahu mereka risau. Manakala Eiran sedang mengurus kes yang menimpa Aslan.

Kepala kembali diangkat apabila mendengar pintu ICU di sebelah kanannya terbuka. Ayaz pantas melangkah laju mendekati Ris. "Macam mana?"

"Allhamdulillah, setakat ni Aslan dah lepas tahap kritikal. I tak jamin macam mana keadaan dia bila bangun nanti. Tapi yang boleh I cakap untuk sekarang dia baik-baik saja. Dan Kemungkinan dia akan koma buat sementara waktu. Untuk sekarang, kita serahkan semuanya pada Yang Di Atas," bukannya dia berputus asa, tetapi kondisi Aslan saat sampai di hospital tadi amat teruk. Jika lambat sesaat, Aslan boleh mati.

Ayaz melepaskan nafas lega. Sedikit lega hatinya mendengar balasan Ris. Hampir gugur jantungnya mendengar yang Aslan kemalangan. Sampaikan kereta yang dinaiki Aslan hancur.

"Boleh masuk melawat?"

"Boleh. Kalau nak apa-apa, tell me." Ayaz mengangguk. Ris membuka langkah meninggalkan Ayaz di hadapan ICU.

Ayaz tolak pintu yang menempatkan Aslan di dalamnya. Aslan yang terbaring lemah di atas katil bersama wayar-wayar yang disambung di badan. Rambut Aslan diusapnya perlahan.

"You promise me that you would return safely, Zeeq Hael Aslan."

Ayaz mengeluh perlahan. Ini semua salahnya. Jika saja dia tidak diizinkan Aslan pergi mencari Ersana, pasti ini tidak akan pernah terjadi. Melihat keadaan sepupu yang sudah dia anggap seperti abang sendiri, sudah pasti dia akan sedih.

Ayaz melabuh duduk di atas kerusi. Tangannya dipanjangkan mahu mencapai beg yang didalamnya ada surah Yassin. Tak lama selepas itu, bibir Ayaz mula bergerak menyebut setiap huruf yang ada di dalam surah Yassin.

ERSANA tersedar dari mimpi buruknya. Nafasnya cepat diatur. Ersana pejam matanya. Tak lama selepas itu, matanya mula mengeluarkan cecair jernih. Tidak tahu mengapa tetapi sekarang dia teringat Hael.

Dia sekarang menginap di rumah Mak Teh. Dia hanya berseorangan di sini memandangkan Mak Teh dan Aqeef keluar membeli barang. Selama dia berada di sini, tidak pernah dia lupakan Hael.

Nama itu sentiasa segar di dalam mindanya. Bahkan jika dia mati hidup semula pun, dia yakin yang dia akan tetap jatuh cinta pada Hael. Ersana meraba perutnya yang sudah kempis itu. Hari berpantangnya sudah lama berlalu.

Setiap hari, dia akan sedekahkan yassin untuk arwah anaknya. Saat ini, jiwanya terasa hilang dan sesat entah ke mana. Rasa kosong. Tiada lagi perasaan gembira. Hidupnya terasa tidak bermakna saat satu persatu insan yang dia sayang, Allah tarik perlahan-lahan.

Dia memang terlihat bahagia di hadapan Mak Teh dan Aqeef. Tetapi tiada siapa yang tahu keadaan hatinya yang sebenar. Dia masih terjebak dengan masa lalunya yang kelam. Walaupun kejadian itu sudah berbulan-bulan yang lalu, tetapi dia rasa kejadian ini baru saja berlaku.

Dan sampai ke akhir, Hael yang menyembuhkan lukanya. Hael juga yang memberi luka. Hael juga yang menghargainya ketika dia dibuang oleh Khair. Semuanya Hael.

Kini hidupnya terasa tiada erti bila kedua-dua orang yang dia sayang, sudah Tuhan bawa jauh dari hidupnya. Selama ini dia hanya mahu mati, mati dan mati. Tetapi dia kembali teruskan hidup untuk Hael dan anak di dalam kandungan.

Sekarang apabila kedua-duanya sudah pergi, dia seolah-olah tiada lagi tujuan untuk hidup. Kerana rumahnya sudah pergi meninggalkannya. Tapi dia ada Allah yang tidak akan pernah meninggalkannya.

Mungkin Allah tarik nikmat tersebut kerana mahu dia kembali. Kerana Allah rindukannya. Kerana itulah Allah tarik satu persatu nikmat yang ada bersamanya. Allah tidak mahu dia terlalu lalai dengan sesuatu yang tidak kekal. Allah mahu dia sentiasa bersiap sedia untuk akhirat.

Ersana bersihkan sisa air matanya. Hael pasti sudah bahagia di suatu tempat. Mereka masih di bumi yang sama. Cuma tempat yang berbeza. Hanya doa yang mampu dia kirimkan. Semoga lelaki itu bahagia dengan pilihanya sendiri.

Tidak mengapa, dia juga akan mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Dia akan tetap berada di sini. Mencintai dan mendoakan Hael dari jauh.

'Fi Hifzillah. Sesungguhnya aku meletakkanmu di bawah jagaan Ilahi. Kerana aku tidak mampu.' Bisik hati kecilnya.

Ersana kembali berbaring. Matanya hanya tertumpu pada kipas yang berpusing-pusing. Matanya dipejam. Mencuba untuk tidur sekali lagi. Dia kena biasakan diri untuk tidur tanpa ubat tidur. Doktor selalu melarangnya untuk jangan mengambil pil tidur secara berlebihan.

Tetapi ia sangatlah sukar. Selalunya kalau dia tak boleh tidur, Hael yang akan mendodoikan. Alis kening Ersana pantas berkerut. Sekali lagi, dia teringat Hael.

"Hael...Hael. Awak sihat?" Ersana menyoal sendiri. Seolah-olah Hael ada bersama dengannya saat ini. "Saya tak sihat. Saya susah nak tidur bila awak tak ada kat sebelah," bibir bawahnya digigit. Menahan tangisan.

Tuhan, semua itu masih sangat segar. Semua cinta Hael beri padanya masih tersimpan kemas.  Kenangan itu sentiasa bermain-main dalam mindanya. Setiap perkara yang dia buat, akan teringatkan dia pada Hael. Tidak kira apapun itu.

BACAAN yassin terus tergendala saat bunyi dari Monitor Mindray mula berbunyi. Ayaz terus memanggil jururawat. Beberapa saat berlalu, jururawat datang bersama Ris.

Ayaz diarahkan untuk keluar dari wad yang menempatkan Aslan. Mahu atau tidak, dia terpaksa juga keluar dari situ. Kepalanya ditundukkan melihat ke arah lantai di hadapan wad.

Dia takut sesuatu yang buruk akan berlaku pada Aslan. Dalam hatinya tidak putus berdoa semoga Aslan selamat dan baik-baik sahaja keadaanya.

 Dalam hatinya tidak putus berdoa semoga Aslan selamat dan baik-baik sahaja keadaanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now