Bab 7

3K 184 7
                                    

"ERSANA! Ersana!" Pintu biliknya diketuk berkali-kali dari luar. Ersana yang sedang betulkan cacat cela yang ada di pakaiannya, terus bangun membuka pintu.

"Ya ma. Kenapa?"

"Natasha dah datang. Ada dekat bawah,"
maklum Ashira pada anak gadisnya. Ersana sudah memaklumkan padanya yang dia akan pergi ke kampung Natasha.

"Oh okay. Ana dah siap ni," puas dengan penampilannya, beg tangan dan segala barang keperluannya diambil dan dibawa ke ruang tamu.

Sampai di tingkat paling bawah, sudah tentu disapa dengan wajah ahli keluarganya, Natasha dan juga Arzania.

Dia juga agak terkejut dengan kehadiran Arzania di situ. Tak sangka pula Arzania akan datang lagi ke rumahnya. Mungkin Arzania sudah merancang untuk datang ke rumah ini setiap pagi. Mahu mengambil hati Aslan kut. Malu-malu tapi mahu.

Ersana membuka langkah menghampiri Natasha. "Jom."

Natasha bangun dari duduknya, wajah Ashira dia pandang. Senyuman ikhlas diukir untuk Ibu kawan baiknya. "Kami pergi dulu Datin." Natasha membongkokkan sedikit badannya mahu menghormati seseorang yang merupakan isteri Dato.

"Eh tak perlu panggil Datin. Panggil Auntie je."

"Okay Auntie."

"Hati-hati drive," pesan Ashira ringkas.

Mereka berdua senyum. Terus kaki melangkah keluar dari rumah agam itu.

"ASSALAMUALAIKUM!"

Dengan langkah yang besar mereka berdua masuk ke dalam rumah kampung itu. Mereka sudah selamat sampai di sini.

"Waalaikumussalam! Nat, sampai pun kamu. Meh lah masuk-masuk," ajak seorang wanita yang separuh usia. Dia tak tahu ni siapa tapi rasanya ni Ibu Natasha. Pandangan dikahlihkan menghadap Natasha kelihatan Natasha tersenyum gembira. Lalu tubuh Natasha dipeluk oleh wanita tadi.

"Ni Ersana kan?" Soal Wanita separuh usia tu.

Ersana tanpa segan silu mengangguk berkali-kali mengiyakan. Sudah tentu Natasha ada cerita tentangnya serba sedikit pada keluarga.

"Betullah tu kamu. Cantik orangnya. Jomlah masuk!"

Terus mereka berdua masuk ke dalam rumah kampung itu. Cantik. Walaupun tak semewah kehidupan di bandar, tapi ia cukup selesa dan tenang.

Masuk sahaja di situ mata disapa dengan kehadiran Ahli keluarga Natasha yang lain.

"Kenalkan ni Ersana. Kawan Nat dekat KL. Ana, kenalkan ni semua ahli keluarga aku. Itu Mak, Ayah, budak dua orang perempuan tu, Nana dan Natalia. Dan lelaki tu Abang aku Nazeef."

Ersana mengangguk-ngangguk tanda faham jadi kesemuanya ada 6 orang termasuk Natasha.

"Hai kak!" Tegur gadis remaja itu. Nana dan Natalia. Ersana senyum dan membalasnya semula.

"Hai..."

"Dah-dah. Nat, Ersana, pergi rehat. Nanti petang nanti Mama panggil makan."

Mereka berdua mengangguk faham dan terus Natasha membawa Ersana masuk ke dalam biliknya. Sampai di dalam bilik, Ersana merebahkan badannya di atas katil Natasha. Penat!

Perjalanan mereka sungguh lama. Mengambil masa selama 4 jam. Mereka berdua bertolak dari pukul 9 pagi dan sekarang sudah pukul 2 tengah hari. Kalau tidur ni best. Nasib baik dah solat Zhuhur tadi kat R&R.

"Weh Ersana." Natasha duduk di sebelah Ersana. Gaya mahu bertanya.

"Apa?"

"Siapa perempuan tadi tu?" Saat dia sampai di rumah Ersana tadi, ada seorang perempuan yang memang dia tak kenal dan tak pernah nampak.

Tak silapnya hanya Ersana dan Ashira sahaja yang perempuan dalam keluarga tu. Yang lain semua lelaki.

"Tu future wife Aslan,"terlopong mulut Natasha. Bakal Isteri?

"Eh, sejak bila dia taken?" Bukankah haritu Ersana cakap Aslan single. Ke dia salah dengar.

"Aku pun baru tahu. Yang Nia tu bakal isteri dia," tiba-tiba rasa sedih bertandang di hati. Salah satu sebab dia ikut Natasha kerana mahu jauhkan diri dari Aslan. Rajuknya masih segar.

"Seriouslah? Lepastu sekarang ni kau ada hubungan dengan Ayaz pula?" Soalan dari Natasha yang menyebabkan Ersana memukul lengan Natasha. Ada ke patut tanya soalan macam tu.


"Eh mana ada!"

"Ye ke? Kau sebenarnya cemburu kan Aslan dah kena kahwin?" Natasha senyum senget sambil jari telunjuknya mencuit bahu Ersana manja. Mahu mengusik gadis itu.

"Mana ada!" Dahi Ersana berkerut. Dirinya ditahan untuk tahan dari melepaskan senyuman manisnya.


ERSANA duduk di atas kerusi batu yang terletak di hadapan rumah. Matanya pula memerhati ibu Natasha yang sedang berborak dengan jiran sebelah rumah. Hanya sekejap dia berborak kemudian ibu Natasha masuk ke dalam rumah.

"Kak Ersana, jom makan," ajak Natalia. Ersana pusing tubuhnya mengahadap Natalia.

"Siapa je yang ada?"

"Ada yang tadi kak Ersana jumpa, dengan dua orang kawan abang," maklum Natalia. Dia sendiri juga tidak tahu yang kawan Abangnya akan datang.

"Okay, jom!" Ersana bangun dari duduknya dia terus mula menapak ke arah dapur bersama Natalia disisi.

Sampai sahaja di ruangan dapur kelihatan semua orang sudah duduk di atas kerusi. Seperti sudah sedia mahu menikmati makanan. Tapi disebabkan dia masih belum kemari, mereka menunggunya.

Tapi bukan itu yang menarik perhatiannya. Yang lagi buat dia terkejut ialah keberadaan dua orang lelaki yang langsung tidak dia jemput. Mahu saja dia menjerit histeria di telinga mereka.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now