Bab 20

2.5K 157 11
                                    

Aku tersedar dari tidur saat mimpi buruk itu datang sekali lagi. Dada aku turun naik mengatur pernafasan aku yang tidak teratur. Tangan aku naik meraup rambut panjang aku yang tidak diikat.

Aku pandang ke sebelah kanan. Kosong. Sepatutnya ada Hael di situ tetapi tiada. Di mana dia?

Aku turun dari katil. Kaki dengan sendirinya berjalan pergi ke bilik kerja Hael. Selalunya kalau Hael tiada di dalam bilik tidur, di situlah yang akan menjadi tempat lelaki itu berkurung.

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, aku terus menguak sedikit pintu bilik tersebut. Saat aku nak buka luas lagi, niat aku langsung terhenti saat melihat suami aku sedang berdoa.

Pada Yang Maha Esa.

“Ya Allah Ya Rabbi, kau dengar apa yang ada dalam hati aku kau tahu apa yang hati ini inginkan apa yang badan ini perlukan kau lebih tahu daripada orang lain tahu malah lebih dari yang aku sendiri sangka.”

“Aku tahu ya rabbi kau adalah perancang yang terbaik tolonglah aku Ya Rabbi, untuk mencari jalan keluar dari kesengsaraan dan dugaan ini Ya Rabbi, kadangkala aku lupa kenapa aku diciptakan iaitu untuk beribadah kepadaMu dan hanya kepadaMu aku berserah,”

“Kadangkala aku mengutamakan perkara yang tidak sepatutnya aku utamakan selain daripadaMu. Bantulah aku Ya Rabbi, bantulah hambamu Ya Rabbi, bantulah hambamu Ya Rabbi, jadikanlah aku hambamu yang mengingatimu dalam setiap apa yang aku lakukan, wahai Yang Maha Pengasih, berkatilah keluarga aku, sahabat-sahabat aku, guru-guru aku, setiap orang yang aku kenali, isteri yang aku cinta, dan setiap muslim dalam hal ini.”

Aku bersandar di dinding bersebelahan pintu bilik tersebut. Bibir aku dikunci sebaik mungkin supaya tidak mengeluarkan sebarang suara. Aku tidak mahu Hael menyedari kehadiran aku. Aku mahu tetap mendengar doanya hingga habis.

“Ya Rabbi, berikanlah aku cinta dan kasih sayang darimu dan hanya untukmu Ya Rabbi, Ya Halim, lembutkan hati ini mudahnya merendah diri dalam melakukan kebaikan, maka lembutkanlah hati ini untuk memaafkan dan melupakan kesalahan orang terhadapku, berikanlah aku kekuatan untuk memohon keampunan.”

“Dan memberi keampunan kepada manusia. Ya Halim, berilah aku memaafkan dan melupakan. Jangan biarkan beban kesakitan ini mengubah aku menjadi seseorang yang tidak engkau suka, seseorang yang menyimpan dendam dan berkelakuan ganas.”

“Biarkan setiap pengalaman buruk mengingatkan aku tentang kepentingan menjadi baik, supaya aku tidak pernah menjadi punca penderitaan orang lain. Engkau mengetahui segala yang aku lalui sepanjang hidup ini, Engkau tahu betapa lemahnya aku, bantulah aku Ya Rabbi, jangan pernah biarkan aku keseorangan walau sesaat, jangan biarkan aku keseorangan, bimbinglah aku ke jalan yang benar Ya Rahman.”

“Ya Allah, izinkan hatiku tenang dari masa ke masa dan kurniakan aku sahabat yang lemah lembut. Bantu aku melihat kebaikan orang lain dan mengharapkan yang terbaik daripada mereka. Jangan biarkan kesilapan orang lain membuat aku menyesal melakukan kebaikan, dan biarlah aku berlindung dengan kelembutanMu ketika dunia menzalimi aku dan isteriku.”

“Ya Allah, Engkau tahu betapa kejamnya dunia ini. Betapa sukarnya untuk sentiasa dikelilingi oleh tekanan untuk menyerah, untuk berubah. Ya Rahim, izinkan aku meneruskan, mencari keredhaan-Mu sahaja, Ya Rabbi Amiin Ya rabb.”

Aku melihat tingkah lakunya. Selain itu, aku juga melihat keikhlasannya ketika berdoa. Tubir mata aku mulai panas. Mengingatkan beruntungnya aku mempunyai dia. Aku beruntung kerana dapat lelaki sebaiknya.

Malah dia yang tidak beruntung mendapat isteri seperti aku. Aku sepertinya tidak layak untuknya.

Sekali lagi aku mengintai Hael. Kali ini, lelaki itu sedang melipat sejadah dan membuka songkok dan disimpan di dalam almari. Aku bangun dari duduk, tanpa sebarang kata yang keluar dari dua ulas bibir, aku melangkah menghampiri Hael.

Broken TrustWhere stories live. Discover now