Bab 32

1.2K 79 0
                                    

"IT'S time to kill you." Arzene mainkan pisaunya di permukaan wajah Aslan. Pisau tajam itu lembut bermain-main di sekitar wajah kacak Aslan. Iris mata Aslan berani menikam tajam setiap inci wajah psycho Arzene.

Wajah Aslan tidak beriak walaupun wajahnya sekarang ini menjadi sasaran untuk Arzene mainkan pisau itu kearahnya.

"Tak nak, tak nak." Arzene menjauhkan pisau itu dari wajah Aslan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Bukan ini yang mahu dia buat tadi. Bila teringat, dia beri isyarat pada anak buahnya untuk mengarahkan wanita yang diupah olehnya.

"Do as I say. tease him." Arzene melabuh duduk di atas kerusi. Kedua tangan memeluk tubuh memerhati gerak geri wanita inggeris yang diupah olehnya. Wanita itu mula mainkan jari jemarinya di atas dada Aslan yang masih berlapik baju.

Apabila wanita inggeris itu mendekatkan bibirnya pada telinga Aslan, Aslan pantas mengelak. Dia jijik akan sentuhan tersebut. Lagi satu, untuk apa Arzene mengupah wanita inggeris ini menggodanya?

Saat dia memilih untuk berkahwin, dia sudah tekat yang dia tidak akan menduakan isterinya. Datanglah wanita secantik mana sekalipun, tidak akan dia terima melainkan wanita itu ialah isterinya.

Ersana Tanisha.

"Haha, why you're so stupid Arzene?" Aslan melempar senyum sinis pada Arzene. Dan kata-katanya berjaya memancing kemarahan Arzene. "You think you can bring me down with this damn plan?" Aslan ketawa kecil.

Arzene mengetap rahangnya menahan amarah. Jika diikutkan mahu saja dia membunuh Aslan dan menikam bibir Aslan yang senyum mengejek ke arahnya. Akan dia tikam berkali-kali sampai tiada rupa!

Tapi dia perlu menahannya. Kerana belum masanya. Jika sudah sampai masanya, wajah Aslan akan dia hancurkan sampai tiada rupa. Dan Ayaz dan Eiran akan melihat jasad Aslan yang sudah hancur wajahnya.

Arzene menendang kerusi yang dia duduk. Geram dan kesal. Lagi bertambah kesal bila melihat senyuman senget yang terbit dari bibir Aslan yang bengkak. Bekas dia tumbuk lelaki itu beberapa hari yang lepas. Wanita inggeris yang masih lagi menggoda Aslan itu, Arzene tarik lengannya.

"Keluar sundal!" Arzene menarik wanita inggeris itu keluar bersamanya. Memuncak naik amarahnya melihat tingkah laku Aslan.

Aslan menyilangkan kaki dengan keadaannya yang masih terikat. Dia senyum senget melihat Arzene yang menahan diri dari membunuhnya. Tak lama selepas itu, Arzene keluar dari bilik yang menjadi tempat dia dikurung.

BEBERAPA buah kereta mewah berwarna hitam berkilat itu berhenti tepat di hadapan bangunan yang terbiar.

"Betul ke ni tempat dia?" Ayaz melihat ke arah Eiran yang sedang melihat koordinat Aslan.

Eiran mengangguk membalas pertanyaan Ayaz.

Eiran buka pintu kereta. Keluar dari kereta, beberapa anak buah yang mereka bawa bersama sudah kelihatan bersedia dengan senjata. Mereka harus bawa senjata sebagai langkah berjaga-jaga.

"Ikut macam yang aku bagitahu tadi," kesemua dari mereka mengangguk serentak. Ayaz dan Eiran pandang sesaat ke arah bangunan usang itu lalu membuka langkah menghampiri dan masuk ke dalam bersama anak buahnya.

Hanya empat orang yang dibawa bersama. Enam belas orang lagi sudah sedia di posisi masing-masing.

EIRAN dan Ayaz berjalan melepasi pengawal yang bekerja di bawah Arzene itu. Kesemua pengawal itu sudah dikalahkan oleh anak buahnya. Hanya tinggal Arzene sahaja.

Sampai ke tingkat yang paling atas, kelihatannya ada seorang lelaki yang terdedah bahagian dadanya dan badannya diikat kemas di atas kerusi. Melihat dari arah belakang, mereka sudah tahu yang itu memang Aslan.

Keadaan lelaki itu amat teruk dengan badan tidak henti mengalirkan darah seperti air paip. Ayaz menghampiri Aslan. Tangan Aslan yang diikat menggunakan rantai besi, dilepaskan dengan menembak rantai besi tersebut.

"Lambat." Aslan bersuara perlahan. Nafasnya tidak teratur. Aslan sedang menahan dirinya dari jatuh pengsan. Lelaki itu sepertinya kehilangan banyak darah.

"Sorry," hanya itu yang mampu dia balas. Mahu menidakkan juga tak guna kalau memang itu kenyataannya. Mereka lambat menyelamatkan Aslan.

"Where's my wife?"  Ayaz menunduk. Dia langsung tidak membalas. "Dia sihat kan?" Aslan menyoalnya lagi. Dia tidak akan berhenti bertanya selagi Ayaz tidak menjawab soalannya.

"Ayaz. Dia sihat kan?" Aslan menyoal soalan yang sama. Saat ini wajahnya kian serius. Dia sangat mahu tahu keadaan Ersana saat ini. Selama ini, hanya Ersana yang ada di dalam fikirannya.

"Aya-

"I'll tell you later."  Aslan berdecit kesal memdengar jawapan Ayaz. Nanti? Kenapa perlu nanti kalau boleh sekarang? Dia mahu tahu keadaan Ersana sekarang masalahnya.

Tanpa menghiraukan decitan Aslan, Ayaz membantu Aslan untuk berjalan. Mereka perlu keluar dari bangunan ini.

"Do you think you can get out from here?" Suara Arzene menyentakkan mereka. Ayaz memberi isyarat mata pada anak buahnya. Mereka yang sepertinya faham dengan arahan atasan, mula mengeluarkan pistol apabila melihat Arzene menghalakan pistol ke arah atasannya.

"Aku takkan benarkan korang keluarkan Aslan dari sini!" Arzene menengking dan dia mendapat tembakan dari anak buah Ayaz. Arzene ditembak tepat ke bahagian perut. Saat Arzene mulai tidak mampu menampung diri, bawahan Ayaz menghampiri untuk menangkap Arzene.

Arzene menghalakan pistol ke arah bawahan Ayaz yang mendekatinya.

"Jangan dekatlah sial!" Arzene paksakan diri untuk bangun. Sebelum larikan diri, dis menembakbke arah perut dan kaki Aslan.

BANG

BANG

Kemudian dia terus melarikan diri. Dia harus lari dan dia akan kembali untuk membalas perbuatan mereka.

"Tuan-

"No need. We will find him later." Ayaz memberi arahan. Untuk sekarang, dia perlu membawa Aslan ke hospital.

"HOW IS HE?" Ayaz pantas menyoal saat doktor yang bertugas merawat Aslan keluar dari ruang operasi.

Doktor perempuan itu menggeleng perlahan. "Bad news. He lost a lot of blood and needed a donor. But thankfully, we managed to find a donor who matched his blood." Doktor perempuan itu tersenyum tipis.

Ayaz melepaskan nafas lega. "Alright. Thank you, Ris." Doktor Ris mengangguk. "Boleh I masuk?"

"Boleh. Nanti bila dia dah bangun, please inform me. I akan check keadaan dia sekali lagi,"pesannya. Ayaz mengangguk mengerti. Tanpa menunggu lagi, dia terus masuk ke dalam wad yang menempatkan Aslan.

Ayaz melabuh duduk di atas sofa. Manakala Eiran tarik kerusi duduk berdekatan dengan Aslan.

"Nanti dia bangun, dia akan cari Ersana. Kita nak jawab apa?" Eiran mengangkat kedua-dua bahunya. Dia sendiri pun tidak tahu. Mereka bukannya tidak melakukan apa-apa usaha, tetapi usaha sudah dilakukan. Dan Ersana langsung tidak ditemui.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now