Bab 39

951 75 0
                                    

✦ END FLASHBACK ✦

"HOI! blah lah busuk! Aku nak lalu kan?!" tubuh halusnya yang makin lama, makin kurus disepak oleh heels seorang gadis yang berpakaian seksi. Ersana mengerutkan alis keningnya saat tidurnya diganggu.

Perlahan-lahan matanya cuba dibuka. Saat dia buka kedua-dua matanya, Ersana pandang seorang gadis yang terpekik di telinganya tanpa mempedulikan orang-orang yang mula melihat ke arah mereka.

Ersana duduk bersimpuh di atas kotak yang dijadikan pelapik. Matanya, digosok perlahan.

"Eee aku kata tepi kan?!" kalini gadis itu bertindak dengan lebih agresif iaitu menyepak wajah Ersana menggunakan heels nya tanpa ada rasa bersalah.

Membuatkan Ersana jatuh terbaring. Tidak puas dengan itu, sekali lagi dia menggunakan heels nya untuk memijak pipi Ersana sampai timbul warna keungguan.

Ersana pejam rapat matanya. Sakitnya. Sakit sangat. Dan sudah pasti air matanya itu akan mengalir. Mengalir kerana sakit dengan apa yang dihadapi. Setiap kali disakiti, air mata yang akan menemaninya.

"Kau tutup mulut busuk kau tu!" jerit gadis itu kuat lalu dia sepak perut Ersana. Makin lebat tangisan Ersana. Melepaskan rasa sakit yang sudah dia tahan. Fikirnya yang dia akan terlepas dari kesakitan. Ternyata dia salah. Rasa sakit yang dia rasa sekarang ni, tak ada bezanya.

Tiada langsungkah kelonggaran untuknya?

Orang lain seronok berbahagia. Sedangkan dia? Terseksa di sini dan baginya itu tidak adil.

Ersana yang berderita dikelilingi oleh kesedihan. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain meratapi rasa sakitnya. Ia adalah pengalaman yang menyiksa yang pernah dia alami, dan tiada siapa yang boleh memahaminya.

Ersana sedar bahawa keberadaannya di dunia ini menyusahkan. Kalau dia tahu akan jadi begini, dia juga tidak mahu dilahirkan di dunia ini.

Melihat Ersana yang sudah sakit dikerjakannya, dia tersenyum sinis. Sebelum pergi, sempat lagi dia meludah air liurnya pada baju Ersana yang sudah sedia kotor.

Apabila gadis muda seksi itu sudah pergi, wanita tua separuh usia itu pantas mendekati Ersana. Wajah gadis itu berdarah akibat pukulan yang kena. Darah pekat tidak berhenti mengalir keluar dari badan Ersana.

"Dik, boleh bangun tak?" Mak cik itu menyoal. Wajahnya berkerut melihat Ersana dikerjakan sampai begitu sekali. Begitu hina Ersana di mata.

"Sakit..." Ersana menyentuh sedikit bahagian tepi bibirnya menggunakan jari telunjuk. Hujung jarinya terdapat warna merah menandakan di tepi bibirnya itu berdarah.

"Mari, bangun slow-slow. Mak cik letak ubat gamat ya?" Mak cik itu memapah Ersana perlahan-lahan. Kasihan dia melihat cara gadis tadi memperlakukan Ersana.

Mak cik tadi terus memapahnya sampailah mereka sampai di bawah jambatan. Di situ, ada khemah yang terdiri dan beberapa kotak yang sudah dibentangkan sebagai pelapik.

"Maaf, rumah mak cik biasa-biasa je." Mak cik itu bersuara. Melihat gaya Ersana pun dia sudah tahu yang Ersana bukanlah dari golongan miskin sepertinya. Sudah terang lagi yang Ersana dari golongan yang berduit.

Tetapi dia tidak tahu apa yang terjadi pada Ersana sampaikan gadis itu berakhir di lorong. Ubat gamat dan kapas yang disimpan dalam beg kainnya diambil.

Ubat itu dituang sedikit di atas kapas dan dia mula meletakkan di tempat luka Ersana. Sebelum letak ubat, dia terlebih dahulu berhentikan pendarahan yang gadis itu alami.

Sesekali, Ersana akan mendesis perlahan. Begitu sakit kesan yang dia terima tadi. Mana tak sakitnya kalau gadis tadi memukul dan menyepajnya dengan kasut tumit tinggi yang tumitnya begitu halus dan tajam.

Seusai mengubat luka, mak cik itu bangun dari duduk. Dia mengambil bekas yang di dalamnya ada biskut kosong. "Ni, makanlah. Buat alas perut. Mak cik tak ada nasi. Harini mak cik tak larat nak kerja. Sakit lutut," bekas itu disuakan pada Ersana.

Ersana senyum dan menyambut bekas tersebut. Hatinya terbit rasa kesian dengan keadaan hidup mak cik ini.

Bissmillah dibaca, lalu dia makan sesuap demi sesuap. Dia tahan matanya dari mengeluarkan air mata. Terasa seperti mimpi yang dia boleh merasakan makanan sekali lagi setelah dibuang oleh Khair.

Dia tidak tahu di mana salahnya sampai diperlakukan begini oleh ayahnya sendiri. Walaupun kena seperti itu, dia masih ada mak cik di hadapannya ini yang baik padanya. Berada dekat dengan mak cik ini, buat dia rasa selesa.

Dia memang tidak mampu untuk membalas segala kebaikan mak cik ini, tetapi jika diberi peluang dia akan membalas juga. Membalas kebaikan mak cik ini padanya.

"Jangan nangis," tidak sedar yang air matanya sudah mengalir membasahi permukaan wajah jelitanya. Tangan tua yang berkedut itulah yang membersihkan air matanya kali ini.

Apabila diperlakukan begitu, air matanya makin lebat keluar. Allah, sudah menghantar seseorang yang baik untuk membantunya. Dia tidak pernah sangka di dunia ini, akan ada juga orang yang akan memperlakukannya dengan kelembutan.

Rasa ini, sudah lama hilang ketika ibunya tiada. Saat ibu tiada, dia hilang kasih sayang ibu, dia hilang tempat perlindungannya. Selalunya kalau ibunya ada, ibu akan lindungi dia dari dipukul oleh Khair. Tetapi apabila ibunya sudah tiada, Khair boleh memukulnya bila-bila masa yang dia mahu.

Hampir setiap hari dia dipukul oleh Khair. Balik sahaja Khair dari kerja, dia akan dipukul. Di saat Khair memukulnya, dia tidak dibenarkan untuk menangis. Kalau dia menangis juga, dia akan mendapat hukuman dengan tidak boleh makan.

Apabila rasa lapar sudah tidak dapat dia tahan, barulah Khair akan memberinya makan. Tangisan dan jeritan tidak pernah terpisah darinya selama dia hidup. Dari umurnya lima tahun lagi, dia sudah dipukul dengan tali pinggang. Setiap kali Khair kesal akan sesuatu, dialah menjadi tempat untuk Khair melepaskan rasa kesal.

Dia akan dipukul, dimaki, direndamkan wajah di dalam air kolam dan ditampar sekuat hati.

"Adik, kenapa menangis?" Mak cik itu menyoalnya dengan lembut. Dia suka melihat mata mak cik itu. Hangat setiap kali dipandang.

"Saya rindu ibu," saat itu suara tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Ersana mula menangis di hadapan mak cik tersebut.

Melihat Ersana menangis, mak cik itu pantas memeluk tubuh halus Ersana. "Tak apa, jangan tahan." belakang badan Ersana ditepuknya perlahan. Memujuk gadis muda itu. Pasti sulit sekali meneruskan hidup sampai begitu rasa sakitnya.

 Pasti sulit sekali meneruskan hidup sampai begitu rasa sakitnya

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

hi. tolong doakan saya supaya ada banyak idea untuk next chapter ;)

sebab saya plan nak update broken trust, sehari dua chap. ni pun kalau malam ni doa korang termakbul, boleh saya update terus

Broken TrustDonde viven las historias. Descúbrelo ahora