Bab 38

1K 74 0
                                    

"KENAPA kena bawa aku sampai UK?" Aslan menyoal Ayaz selepas sahaja dia dikabarkan berita bahawa petang ini, mereka akan pergi dan tinggal di UK. Tinggal beberapa jam sahaja yang tersisa, dan baru sekarang Ayaz memberitahunya.

"Sini bahaya. Aku tak tangkap lagi pelaku." Ayaz membalas sambil tangannya mengambil baju Aslan dan disimpan dalam bagasi bersaiz besar. Aslan menghembus nafas malas. Kalau dia menolak, mereka tetap akan pergi.

Tentang wanita itu, setiap hari datang singgah di mimpinya. Tetapi untuk kalini, dia akan tinggalkan bumi Malaysia. Dan jika dia datang ke Malaysia sekali lagi, dia akan pastikan yaang dia akan cari wanita itu sampai dapat.

"Rehatlah dulu. Nanti bila dah nak pergi, aku panggil." Ayaz mengatur langkah keluar dari bilik Aslan. Telefon pintar yang tersimpan dalam poket seluar di bawa keluar.

Nombor Eiran didail lalu dia lekap telefon di telinga kanan. "Dah settle ke?" Ayaz menyoal. Dia sudah pun tahu tentang apa yang berlaku.

"Dah." Eiran yang di dalam talian menjawab. Sesekali, kepalanya akan menoleh ke arah gadis polos itu. Sedang mengemas pakaian. Harini, Eiran akan menghantar gadis itu di rumah.

"Aku hantar dia dulu. Jumpa nanti." Eiran tutup panggilan. Telefon disimpan dalam poket seluar slack. Badan dipusingkan menghadap gadis tersebut. Melihat pakaian sudah dikemas dan disusun rapi dalam beg, Eiran ambil beg tersebut.

"Jom." pintu kereta dibuka untuk gadis itu masuk. Tanpa banyak soal, dia terus memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

Eiran menghidupkan enjin kereta mewahnya yang warna hitam berkilat. Saat kereta Eiran bergerak laju membelah jalan raya, gadis itu mengenggam kemas seatbelt. Matanya ditutup bersama tubuhnya yang sedikit bergetar.

"Ja...jangan bawa laju." dia bersuara dengan suara yang tenggelam timbul. Nadanya bergetar ketakutan yang bermaksud dia memang takut dengan kelajuan kereta yang laju.

Eiran yang menyedari dengan perubahan gadis tersebut, lantas memperlahankan kelajuan keretanya. Dia berhentikan kereta di tepi jalan.

"Kau takut?" Eiran memerhati setiap inci permukaan wajah jelita yang sudah comot dengan air mata. Gadis itu membuka matanya. Membalas pandangan mata Eiran. Perlahan-lahan, dia membalas soalan Eiran dengan aggukan.

Eiran memutuskan pandangan yang bersambung diantara mereka. Dia sandarkan badannya semula di kerusi bahagian pemandu. "Nama kau apa?"

Gadis itu meramas-ramas baju yang dia pakai. "Tiara...Tiara Medisa."

Eiran melihat Tiara sekilas lalu kembali melihat ke hadapan. Entah kenapa nama itu begitu tidak asing di pendengarannya. Seperti nama...

"Hilyas, tolong cari anak uncle. Nama dia, Tiara. Tiara Medisa. She had an accident and jadi gila. Jangan percaya apa yang dia cakap, sebab itu semua hanya imaginasi." lelaki tua itu berkata. Dia mahu saja membayar orang lain, tetapi semuanya tidak berjaya. Sudah lama dia mencari anak gadisnya itu.

Tiara Medisa dikatakan lari dari hospital selepas bangun dari koma. Tujuan dia lari dari hospital, dikatakan kerana mengesyaki keluarganya sebagai penjahat.

Memori dua tahun lepas mula bermain di dalam kepalanya. Memori di mana dia memutuskan untuk membantu rakan ayahnya mencari gadis itu.

Tiara Medisa.

Dan sekarang, tidak disangka dia akan bertemu dengan Tiara dengan keadaan yang seperti ini. Suasana di dalam kereta itu kekal senyap sampailah mereka mula masuk kawasan rumah orang kaya.

Membulat mata Tiara melihat Eiran membawanya ke sini. "No, No! Patah balik. Saya tak nak balik sini!" Suaranya dinaikkan seoktaf menandakan yang dia benar-benar tidak mahu pulang ke sini.

Melihat perubahan drastik Tiara, Eiran pun patah balik seperti yang Tiara mahukan. Sekali lagi, gadis itu menangis. Eiran berhentikan keretanya di kawasan yang agak tersembunyi. Dia mengeluh perlahan melihat wajah Tiara yang comot dengan air mata.

Eiran ambil tisu lalu disuakan pada Tiara. Saat tangisan Tiara sudah perlahan tenang, dia mula menyoal.

"Tell me why."

"Kalau saya bagitahu, belum tentu awak percaya. Family saya pun cakap saya gila, awak yang orang luar ni?" Tiara bersuara agak sinis. Dia hanya mengatakan fakta. Selama ini, apa yang dia ceritakan pada keluarganya, mereka akan menganggapnya gila.

Dan mulalah memanggilnya gila. Bahkan di hadapan orang ramai.

Eiran mengurut perlahan pelipis dahinya. Tali leher yang dipakai, dilonggarkan. Tiga butang kemeja di atas, dilepas. Eiran selesakan kedudukannya di atas kerusi kemudian dia kembali fokus memandang Tiara.

"Saya boleh nampak sesuatu yang tak semua orang boleh nampak." Tiara pandang Eiran. "Saya boleh nampak makhluk ghaib," matanya hanya tertumpu pada wajah tampan Eiran. Dia mahu melihat reaksi jejaka itu apabila dapat tahu tentang ini.

"Kalau sekarang? Nampak tak?" Semua sangkaannya meleset apabila melihat Eiran seperti tidak kisah dengan fakta yang baru dia tumpahkan.

"Awak...tak rasa saya gila ke?" Tiara menyoal. Semua ahli keluarganya menganggap dia berimajinasi dan gila ketika dia buka cerita tentang ini. Tiada siapa yang percaya.

"Tak. Dekat dalam dunia ini, bukan hanya ada manusia dan haiwan, tetapi ada juga makhluk lain. Iaitu makhluk ghaib. Kita tak nampak mereka, tetapi mereka nampak kita. Dan, ada sesetengah manusia yang Allah kurniakan dia untuk dapat melihat makhluk gaib tu. Contohnya kau." Eiran menjelaskan 'sesuatu' yang Tiara nampak itu dengan lebih ringkas.

Perkara ini perkara biasa untuknya. Saat masih kecil, arwah ibunya pernah menceritakan hal ini serba sedikit padanya. Kerana arwah ibu Eiran juga dapat melihat 'benda' itu.

"Jadi...awak percaya cerita saya?"

"Percaya." Tiara kekal menatap sepasang iris mata berwarna hazel itu. Di dalam mata itu sepertinya ada seribu rahsia atau luka yang disembunyikan. Ini membuatkan dia makin tertarik mahu tahu sesuatu dari Eiran.

"Apa nama awak?"

"Eiran Hilyas."

Terlopong kecil mulut Tiara mendengar nama tersebut. Rupanya, itu memang dia. Eiran Hilyas. Jejaka idamannya sewaktu dia masih sekolah menengah.

"KENAPA awak tinggalkan saya?" Aslan berdecit perlahan apabila mengingat semula ayat tersebut. Ya, dia mimpi lagi. Rambutnya dikusut agak kesal. Tolonglah ingat! Dia mahu tahu siapa sebenarnya wanita itu.

Nama?

Apa hubungannya dengan wanita itu sampai begitu sekali. Setiap kali melihat wanita itu menangis sampai bengkak mata di hadapannya, hatinya seolah ditikam berkali-kali dengan belati. Dia tidak suka melihat wanita itu menangis seperti itu.

Aslan bangun dari duduk. Buku di tangannya itu diletak di atas meja. Dia berjalan mendekati balkoni. Sampai di balkoni, angin mula menampar lembut permukaan wajah tampan Aslan.

Dia kembali masuk ke dalam bilik setelah beberapa minit mengambil angin petang. Bagasi yang dalamnya ada barang keperluan yang akan dia bawa pergi ke UK diangkat dan dibawa turun ke ruang tamu.

Sesampai sahaja di ruang tamu, kehadirannya disambut dengan wajah yang setiap hari dia tengok. Eiran dan Ayaz. Tanpa mempedulikan mereka yang memandang, Aslan sambung berjalan ke pintu utama.

Eiran dan Ayaz yang sepertinya sudah tahu itu, mengikuti langkah kaki Aslan dan mereka bertiga memulakan perjalanan pergi ke Kuala Lumpur International Airport.

ya, hijab tiara terbuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ya, hijab tiara terbuka. kalau ada yang salah, tolong betulkan ya? thankyou.

Broken TrustWhere stories live. Discover now