Bab 28

1.2K 84 0
                                    

MAK TEH mengetuk pintu bilik Ersana. Cukup tiga ketukan Ersana masih tidak menyahut panggilannya, dia terus memulas tombol pintu bilik Ersana.

Ersana yang terbaring di atas katil itu didekati. Mak Teh membuka selimut tebal yang menutupi seluruh badan Ersana. Kelihatannya Ersana masih lena tidur. Kepala Ersana diusapnya. Usapan terhenti saat dia merasakan ada bahang panas di dahi Ersana.

Terus di raba-rabanya dahi licin Ersana. Panas. Mak Teh menepuk lembut bahu Ersana untuk menyedarkan gadis itu. Dengan keadaan Ersana yang sekarang ni wajar jika dia banyak jatuh sakit. Bekas luka dibadan Ersana masih belum hilang dan sekarang datang sakit lain pula yang menyerang.

Ersana sedar dari tidur. Sedar sahaja dia, terus dipeluk Mak Teh dan mula menangis di bahu Mak Teh. "Ana takut. Papa nak pukul Ana," adunya seperti anak kecil. Mak Teh memejam matanya. Dia kasihankan nasib Ersana yang sudah banyak menderita.

"Ana, bertahan sikit lagi ya? Selagi Mak Teh hidup, Mak Teh akan lindungi Ana," belakang tubuh Ersana diusapnya perlahan.

Ersana longgarkan pelukan. "Mak Teh nanti mesti tipu macam Hael. Hael pun kata dia nak lindungi Ana. Tapi, dia juga yang tinggalkan Ana," kolam air matanya sudah pecah. Sejak dia pulang ke rumah Khair, air matalah yang menjadi saksi penderitaannya.

"Mungkin Mak Teh akan tinggalkan Ana. Tetapi, percayalah yang Allah takkan tinggalkan Ana. Dia selalu ada dengan Ana. Dia selalu perhatikan Ana. Oleh itu, kalau Ana tak percayakan Mak Teh, percayalah Allah. Sebab sampai bila-bila pun, Allah tidak akan sesekali tinggalkan Ana."

"Ana tahu Allah tu Tuhan. Tapi, Ana tak pernah solat macam yang Hael buat. Setiap kali Hael ajak Ana solat, Ana kata nak tak boleh. Ana selalu tipu dia." Ersana menunduk. Lagipun dia agak tak percaya tentang Allah. Kalau benarlah Allah itu baik seperti yang orang percaya, kenapa seksa dia begini?

Padahal dia langsung tak bersalah.

"Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Dia sayang semua hamba dia. Tak kiralah hamba dia ada banyak dosa macam mana sekalipun, dia tetap akan terima."

"Kalau betullah Allah tu baik, kenapa dia tak tolong Ana? Ana hilang anak Ana. Ana hilang Hael. Allah tak tolong pun waktu Papa pukul Ana," luahnya. Kenapa Allah tidak membantunya. Padahal dia memang perlukan pertolongan.

"Seberat apapun ujian Ana, percayalah yang Allah akan buat ia menjadi senang selagi bibir tu tak berhenti meminta pada-Nya, mengadu pada-Nya dan yakin yang ujian itu akan selesai jika kita percaya pada Allah dan tetap bersabar."

"Allah tahu yang Ana mampu hadapi benda tu sebab tu Allah beri ujian tu. Setiap benda buruk yang berlaku dalam hidup, adalah jalan kematangan. Siapa yang tak pernah rasa menderita dan kecewa, maka dia tidak akan pernah belajar." Mak Teh mengusap rambut panjang Ersana.

"Dengan adanya Allah setiap kali mahu berbuat sesuatu, maka kita akan selamat."

Ersana pandang Mak Teh. "Allah nak ke terima taubat Ana? Ana dah lama tinggalkan solat. Ana dah lupa bacaan dalam solat," pendosa sepertinya ini layakkah dapat ampunan dari Allah?

"Semua orang layak untuk berubah menjadi lebih baik. Mestilah Allah terima taubat Ana kalau Ana minta betul-betul. Allah dah lama tunggu Ana balik pada dia." Ersana senyum tipis mendengar ujaran Mak Teh. Dadanya terasa lapang mendengar bait kata Mak Teh.

"Dah, pergi mandi. Kemudian, kita solat dhuha sama-sama." Ersana mengangguk. Badannya masih panas. Dengan agak payah dia bangun lalu masuk ke dalam bilik mandi.

"TAK, asal lambat sangat? Cepatlah sikit." Kaezar bersuara setelah beberapa minit dia menunggu. Aslan diculik kut. Takkanlah nak biar je.

"Eh budak kau diam boleh tak? Aku tengah buat kan." Eiran membalas bengang dengan sikap Kaezar yang tak reti nak sabar. Dari tadi lagi duk pokpek pokpek. Dah lah tak buat apa-apa pun.

"Tak nak diam, tak nak diam." Kaezar mengejek. Dia lagi suka memancing kemarahan Eiran. Eiran dan Aslan selalu sahaja tahan sabar dengan sikapnya itu.

"Dari kau bising macam ni, baik pergi zikir. Dapat juga pahala. Aku penat layan kau dari tadi. Memekak je." Kaezar memegang dadanya yang terasa sakit dengan semburan Eiran.

"Auch, sampai hati. Kau memang tak sayang aku," nadanya kedengaran dramatik. Eiran memutar bebola matanya menyampah.

"Aku tak pernah sayang kau." Eiran menghabiskan ayatnya dengan tawa lalu dia sambung lakukan kerjanya. Sesekali keningnya akan mengerut saat dapat notifikasi dari bawahannya yang setakat ini, lokasi Aslan masih tidak dapat dijejak.

 Sesekali keningnya akan mengerut saat dapat notifikasi dari bawahannya yang setakat ini, lokasi Aslan masih tidak dapat dijejak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now