Bab 15

2.7K 153 22
                                    

LACI night stand aku buka. Jumpa apa yang aku cari, aku ambil keluar dari laci. Aku tutup semula laci tersebut lalu duduk di atas katil bersama buku diary yang aku ambil tadi.

Diary itu dipandang. Sudah lama aku tidak menulis diary. Dan, isi yang ada di dalam diary juga hampir semua berkaitan dengan penderitaan yang aku alami sewaktu tinggal dengan Papa.

Mungkin sudah sampai masanya untuk aku menulis sesuatu yang manis pula di dalam Diary ini. Aku bangun dari duduk. Aku berjalan ke arah meja yang terletak di sebelah pintu gelangsar besar yang menghadap pemandangan di luar rumah.

Aku tarik kerusi kemudian melabuh duduk. Diary itu diletak di atas meja. Halaman pertama aku buka, berisi biodata. Halaman kedua, ketiga dan seterusnya berisi penderitaan yang aku alami ketika tinggal dengan Papa.

Di setiap halaman itu, ada kesan air mata.

Saat sampai ke halaman yang bersih dari tulisan, aku mula menulis setiap kenangan manis yang aku alami selama tinggal dengan Hael. Saat aku bersamanya, bibir aku tidak berhenti senyum.

Aku bahagia tinggal bersamanya.

Aku tamatkan isi dalam diary dengan tarikh aku tulis diary ini. Diary, aku kembali simpan di dalam laci night stand. Aku ambil getah rambut lalu ikat rambut panjang aku guna gaya messy bun.

Aku memulas tombol pintu dan keluar dari bilik tersebut. Keluar sahaja dari bilik, aku melihat jam di dinding sekilas.

Pukul 5.00 petang.

Kosong. Beginilah aku setiap harinya kecuali hari Sabtu dan Ahad. Hael akan pergi kerja pada hari Isnin hingga Jumaat. Pergi pukul 10 pagi, dan dia akan balik pukul 6 petang. Disebabkan aku tak boleh ikut dia pergi kerja, jadi aku akan duduk di rumah. Kadang-kadang aku akan belajar memasak seorang diri. Ataupun, aku akan tengok k-drama.

Tapi tidak untuk harini. Aku rasa bosan. Dan sekarang, memang sangat perlukan Hael di sisi untuk melayan segala karenah manja aku. Aku boleh je call dia. Cuma aku tak nak ganggu dia buat kerja. Haih.

TOK TOK TOK!

Bunyi ketukan pintu utama rumah buat aku tersedar dari lamunan. Terus cepat-cepat aku berlari menghampiri pintu rumah. Seketika terlupa tentang segala yang aku fikirkan sebentar tadi.

Sebelum aku buka pintu, aku intai gerangan yang datang melalui tingkap yang tertutup dengan langsir. Tak mungkin Hael sebab ni baru pukul 5. Aku membuka sedikit langsir untuk melihat siapa yang berdiri di hadapan pintu rumah. Mata aku membulat suka melihat Hael yang berada di depan pintu.

Terus aku menguak dedaun pintu tersebut. Membiarkan Hael masuk ke rumah.

"Welcome home, husband."  Aku senyum ke arahnya. Hael membalas tindakan aku dengan ciuman di dahi.

Hael tutup pintu rumah. Dia membuka langkah menghampiri ruang tamu bersama tangan kekarnya menggenggam tangan kanan aku. Dia kemudiannya, dudukkan aku di atas sofa. Hael membongkok di hadapan aku. Memandang tepat iris coklat aku. Aku juga turut memandangnya. Seperti mana dia pandang aku.

"You want a hug?" Aku soal Hael. Walaupun dia tidak berkata apa-apa. Tapi aku tahu yang dia alami sesuatu ketika keluar dari rumah. Aku sangat kenal dengan sifatnya yang memilih untuk pendam segala rasa yang dia alami.

Hael masih diam tidak membalas soalan aku. Seketika, dia mendepakan kedua-dua tangannya ke arah aku. Aku senyum tipis lalu masuk ke dalam pelukannya. Aku peluknya erat dan usap belakang badannya. Seperti mana dia buat kepada aku setiap kali aku perlukannya.

"I missed you, Ersana." Aku angguk dalam dalam pelukannya.

"I know Hael." Aku masih usap belakang badannya. "So...what happened?" Soal aku setelah beberapa minit kami berpelukan. Saat itu, pelukan sudah dilepaskan. Aku duduk bersila atas lantai bersama dengan Hael.

"Tak ada apa. Nothing important." balasnya.

Aku berdecit kesal. Jawapan yang sudah selalu dia beri. "Sampai hati tak nak bagitahu. Awak selalu berahsia dengan saya!" Rungut aku. Mengeluarkan segala ketidakpuasan hati aku padanya.

"Hey-"

"Saya dah bagi hug pun awak still tak nak bagitahu saya. Sampai hati!" Sambung aku lagi. Aku lihat dia. Dia senyum. Aku memutar bola mata. Dia ingat kalau buat macam tu aku cair macam ais krim ke? Ish

"Hey! Okay okay listen me." Hael pegang muka aku lalu dia paksa untuk melihat wajahnya. Face to face. "Okay Darling! I enjoy this hug and all but, can you stop being damn cute?" Soalnya dengan menahan tawa.

Muka aku masih masam macam tadi. Geram dengannya yang memang tidak mahu berkongsi 'tea'. Selalu saja seperti ini. Ada saja benda yang mahu dirahsiakan.

Hael yang lihat wajah aku masih masam itu, dia angkat aku dan letak di atas pahanya. Pinggang aku dia peluk. "I really appreciate your effort to be the best for me and all. But do you know you looks cute?"

Aku terus pukul lengannya geram. "Huh! Malas dah saya. Saya sayang awak sebab tu nak tahu. Tapi awak tu asyik berahsia je."

"Thank you, darling. This is the first time I have experienced this moment. Thank you, always be there for me."  Aku senyum dan dia menghadiahkan ciuman di hujung hidung aku.

"Jom teman saya tengok k-drama." Aku ambil remote control. Membuka televisyen.

"Okey. Kau tengok dulu. Aku naik mandi. Lepas mandi aku turun bawah and kita tengok k-drama sama-sama okey?" Aku angguk bersetuju dengannya. Hael bangun dari bersila. Dia naik ke tingkat atas. Sempat dia beri ciuman di pipi aku sebelum naik atas.

know that for the next few chapters, maybe you always will hear the phrase 'i love you'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

know that for the next few chapters, maybe you always will hear the phrase 'i love you'

(dan itu sangat clichè :p) #lenejealous

Broken TrustWhere stories live. Discover now