Bab 33

1.1K 82 6
                                    

ASLAN membuka kedua matanya. Di awalnya, pandangan matanya kabur tapi bila dikelipkan matanya berkali-kali ia menjadi jelas.

"Oh, are you awake? What do you feel now?" Ris menyoal Aslan. Matanya memerhati pesakitnya yang tidur selama hampir tiga hari terbaring di atas katil hospital.

Aslan tidak membalas. Dia bahkan tiada niat untuk membalas. Ris yang mendapat diamnya Aslan itu faham yang lelaki itu baik-baik sahaja. Dia tidaklah lama kenal Aslan tetapi tahulah juga personaliti Aslan. Salah satunya malas membalas apa yang disoal.

Dalam mulut ada emas. Sebab tu susah nak menjawab.

"Well, glad to see that you look normal and not crazy, Aslan." Ris bersuara dengan nada perlian dan mendapat jelingan Aslan. "Heh, tak payah nak jeling I bagai. Rehat jangan cuba-cuba nak buat benda gila. Kalau nak something, tekan button tu." Ris membuka langkah keluar dari wad Aslan.

Aslan meraup rambutnya ke belakang. Kepalanya pening tetapi dia baik-baik sahaja. Aslan menoleh ke arah pintu wadnya yang terbuka separuh kerana ada orang yang masuk.

Ayaz dan Eiran.

Aslan bangun dari pembaringan. Menyandarkan tubuh sasanya di kepala katil.

"Now, you have to answer my question. Where's is my wife?" Mata zamrudnya tajam memandang Ayaz dan Eiran.

"Bad news. We lost her." Eiran membalas tenang. Nak sorok apa lagi? Lambat nanti Aslan tahu juga.

"Hah, are you kidding me?" Aslan melepaskan tawa kecil. Tangannya naik memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Ayaz yang melihat keadaan Aslan yang sepertinya kurang baik laju menghampiri.

"Ersana tengah mengandung! If something happens to her, I will not forgive myself." Aslan menepis tangan Ayaz yang cuba menyentuhnya. Sungguh saat ini dia rasa, dia seorang suami yang tak guna.

Kerana gagal melindungi wanita yang dicintai.

Eiran dan Ayaz hanya diam membisu. Walaupun mereka tidak ada di tempat Aslan saat ini, tetapi merasa kehilangan seseorang yang kita sayang, sukar untuk terima.

Lama mereka diam sampailah suara serak Aslan memecahkan kesunyian. "Korang cari dia dekat mana?"

"Tempat Khair."

Aslan mengangguk. "Aku nak pinjam kereta kau petang esok."

"Tapi doktor suruh kau reha-

"Nyawa Ersana dalam bahaya. Bila-bila masa saja Khair boleh bunuh dia," dia kenal Khair macam mana. Walaupun darah daging sendiri, dia tahu yang Khair sanggup membunuh.

Ayaz mengeluh. Mahu atau tidak, dia perlu setuju juga. Tak lama selepas itu, dia mengangguk bersetuju. Tidak mengapa, selepas mengambil Ersana dari Khair, Aslan boleh rehat.

"Tu je untuk harini. Keluarlah. Aku nak rehat." Aslan kembali berbaring. Tangannya dinaikkan buat isyarat menghalau pada Eiran dan Ayaz.

Kepalanya sangat sakit sekarang dan dia mahu bersendirian.

"DAH SIAP?" Ayaz yang baru tiba di dalam wad Aslan itu bertanya. Harini, seperti yang diminta Aslan semalam, dia akan pinjamkan keretanya untuk Aslan.

"Hm." Aslan pusing badannya menghadap Ayaz. Aslan lengkap memakai baju t bersama seluar jeans. Kepalanya disarungkan topi untuk menutup separuh wajahnya.

Suiz kipas dan aircond ditutup oleh Ayaz. Selesai mengemas apa yang perlu, mereka keluar dari wad tersebut. Masuk dalam lif, button GF ditekan.

Tiba di GF, Ayaz memberikan kunci kereta miliknya pada Aslan. Aslan pantas menyambut kunci kereta tersebut. Dia masuk ke bahagian pemandu.

Cermin kereta diturunkan. Terhidang wajah Ayaz yang jelas menunjukkan riak wajah risau padanya. "Don't worry, I will take good care of your car." Aslan bersuara.

Broken TrustWhere stories live. Discover now