Bab 49

1.1K 91 5
                                    

ERSANA diam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Matanya menusuk tajam dalam anak mata zamrud Aslan mencari kebenaran dalam anak mata tersebut.

"Macam mana kalau saya tolak? Awak akan pergi?"

"I will wait for you. Because I don't want anyone else to have you."  Aslan menatap Ersana dengan tatapan yang ikhlas. Dia tahu yang Ersana tidak percaya dengan kata-katanya setelah semua yang terjadi. Susah untuk wanita itu menerimanya semula.

Ersana masih trauma dengan masa lalu. Dia takut itu akan berulang sekali lagi.

"Aku sayang kau. Aku takkan sesekali tinggal kau. Aku dah janji yang aku takkan tinggalkan kau. Aku tahu susah untuk kau percaya aku semula, tapi izinkan aku untuk buktikan pada kau yang aku boleh memiliki kau. Bagi aku peluang kedua."

"Macam mana pula kalau awak tak boleh sembuhkan luka yang pernah saya dapat?"

"I can't promise to fix all your scars. But I can promise you will never get this scar again."

Ersana pegang tangan Aslan dan mengucup bahagian depan tangan itu. "You already know, that I will accept you."  Ersana peluk Aslan. Air mata Ersana masih mencurah ke pipi. Kalini tangisan kebahagiaan.

"Let's start again darling. For the first time."

Lama mereka berpelukan. Kemudian, Ersana longgarkan pelukan. Dia kemudiannya menyentuh setiap inci wajah Aslan. Dadanya terasa lapang setelah menerima Aslan semula. Lapang seperti dulu. "Kalau saya tolak, awak akan cari perempuan lain?"

Aslan menggenggam tangan halus Ersana. Ersana masih ragu-ragu dengannya. Perlulah usaha lebih kalau nak Ersana terimanya seratus peratus.

"In every star and galaxy in the sky, I will always choose you, my wife."  Aslan mencium dahi Ersana lama. Ersana senyum mendengar ucapan Aslan. Tidak dapat dinafikan yang hatinya terusik mendengar ucapan Aslan. Dari dulu lagi, Aslan memang bermulut manis dan pegang kata-kata.

"Jom? Bagitahu Mama pasal kita." Aslan bangun mahu tarik Ersana ke tempat Mama dan Papa berada.

Ersana pantas menjauhkan tangannya dari tangan Aslan buat Aslan menoleh ke belakang. "Nanti lah. Saya takut," takut jika Ashira akan kecewa bila dapat tahu yang dia isteri Aslan. Kerana sudah terang yang Ashira mahu satukan Aslan dengan Arzania.

"Aku ada. You're my wife. As long as I'm with you, no one can touch or hurt you." Aslan kembali menggenggam tangan Ersana.

Dan sekali lagi Ersana tarik semula tangannya. "Tunggu Kak Nia balik eh? Kita cakap malam ni. Boleh?" Ersana berdiri di hadapan Aslan memujuk. Dapat dia lihat yang riak wajah Aslan yang jelas lagi merajuk dengannya.

"Ye lah. Bye," sebelum melangkah pergi, sempat lagi dia mencium selamba pipi kanan Ersana.

Tak lama selepas Aslan masuk, Ersana juga turut masuk ke dalam dan duduk di tempat Ashira dan yang lain berada. Ersana senyum ke arah Ashira.

"Kenapa muka merah ni? Panas ke kat luar?" Ashira menyoal risau melihat wajah Ersana membahang. "Aslan, buka aircond." Ashira mengarah. Ayaz yang duduk di sebelah Aslan itu hanya gelak sahaja. Dia sudah tahu yang mereka sudah bersama semula. Melihat riak wajah Aslan pun dia sudah tahu.

"Ma, malam ni Aslan ada nak buat pengakuan tu. Kan Ana?" Ayaz bersuara. Dia sengaja menyebut nama Ersana di akhir ucapannya. Mahu mengusik wanita itu.

"Oh ye ke? Pasal apa ni?" Ashira menoleh melihat ke Aslan dan Ersana bersama. Alis keningnya diangkat mahu tahu apa yang mahu dibicarakan. Saat itu wajah Ersana makin membahang malu.

Kenapa semua orang nak mengusik dia ni?

GELAS yang ada di dalam sinki itu dia ambil kemudian membasuhnya. Sedang dia fokus untuk membasuh gelas, terasa ada sepasang tangan kekar yang memeluk pinggang rampingnya.

"Nanti orang nampak, Aslan," tegur Ersana garang. Dia serius ni. Kalau Mama Papa nampak apa lah yang diaorang fikir nanti.

"Hael, sayang. Panggil aku Hael." Aslan membetulkan panggilan yang Ersana guna padanya tadi. Ersana memutar bebola matanya. Ngada-ngada.

Selesai membasuh gelas, dia cepat tinggalkan Aslan di dapur. Hari sudahpun malam dan malam ini merupakan malam Aslan dan dia akan memberitahu kebenaran yang sebenar.

Ersana melabuh duduk di sebelah Ashira. Tak lama selepas itu, Aslan berjalan keluar mendekati tempat semua ahli keluarganya duduk. Arzania sudah pun pulang ke rumah selepas maghrib tadi.

Aslan duduk di sebelah Ayaz. Nafasnya ditarik dan dihembus keluar.

"Mama, Papa. I want to tell you all that I am married three years ago. I'm sorr-"

Belum sempat Aslan menghabiskan ayatnya, Alcazar terlebih dahulu memotong. "No need to apologize, son. We have known about this for a long time." Alcazar bersuara mengatakan fakta.

Aslan mengangkat wajahnya. Jelas dia terkejut dengan kebenaran yang Alcazar cakap tadi. Allah, ini mimpi ke? Kalau mimpi jangan bangunkan dia. Mimpi ini terlalu indah untuknya.

Aslan mendekati Alcazar dan Ashira. Kedua tangan ibu dan bapa saudaranya di salam. Dia bukanlah anak kandung Ashira dan Alcazar. Ashira dan Alcazar hanya mengangkatnya sebagai anak angkat kerana ibu bapanya meninggal akibat kemalangan yang dirancang. Selepas kematian Arsel dan Eraya, ibu bapanya. Dia hilang rumah. Dan ketika itu hanya Ashira dan Alcazar yang tetap bersamanya.

Malam itu, suasana di rumah agam itu begitu bahagia. Akhirnya Aslan dan Ersana mendapat pengakhiran yang bahagia. Ashira senyum melihat kebahagiaan yang terserlah di wajah jelita Ersana. Sudah lama dia mahu lihat wajah itu memaparkan senyuman bahagia.

Sejak dia tahu yang Ersana ialah isteri Aslan, dia sentiasa berdoa supaya hari ini tiba. Hari yang akan menyatukan pasangan itu semula. Akhirnya, Allah makbulkan doanya.

"Termenung apa?" Alcazar datang menyapa. Ashira angkat kepala dan senyum pada suaminya. Kisah dia juga tragis. Bahkan lebih.

"I suka tengok Ana yang sekarang. Bila tengok diaorang, macam tengok kita yang dulu."

meh i bagi spoiler next chap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

meh i bagi spoiler next chap.

"Show me your scars." Aslan bersuara. Wajahnya serius yang bermaksud dia tidak main-main dengan kata-katanya. Dia mahu lihat parut itu. Parut yang menyeksa isterinya bertahun-tahun.

"But why?"

"I want to see every time you get this scar, but I'm not with you."

Broken TrustWhere stories live. Discover now