Bab 24

2.1K 136 10
                                    

"DAH SIAP kemas semua?" Aqeef yang baru masuk ke dalam wad itu menyoal kepada kedua wanita yang berada di dalam wad tersebut. Ersana dan Mak Teh.

"Dah," Mak Teh mengambil beg pakaian Ersana lalu diberikan pada Aqeef.

"Bu, balik rumah pak lang?"

Mak Teh diam sejenak. Jika diikutkan, dia tidak mahu membawa Ersana pulang semula ke neraka ciptaan Khair itu tetapi Khair juga tidak mengizinkannya untuk membawa Ersana pulang ke rumahnya.

Jadi, tiada pilihan lain lagi untuk dia menyelematkan Ersana.

"Mak Teh...Ana tak nak balik rumah tu. Sakit..." tangan berkedut Mak Teh dipegangnya takut. Tubir matanya sudah berair ketakutan.

Rumah itu sentiasa menyakitinya. Tetapi, ada satu rumah yang tidak menyakitinya dan dia tidak tahu di mana rumah itu berada. Memorinya samar-samar.

Memikirkan tentang hal itu membuatkan kepalanya sakit. Ersana pegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.

"Ana, kenapa ni sayang?"

"Darling, let me hug you."

"Sakit...siapa dia? Siapa?" kepalanya dipukul berkali-kali berharap dengan itu mampu menghilangkan sakit kepalanya.

"Ana, siapa yang Ana cakap ni?" Mak Teh menyoal cemas. Dan sakit kepalanya langsung hilang saat Mak Teh menyoal. Ersana menjauhkan tangannya dari kepala.

Mata bulatnya dikelip-kelipkan berkali.

"Ana okey tak ni?"

Ersana mengangguk menandakan dia baik-baik saja. Dan pipinya terasa basah. Untuk yang ke sejuta kalinya dia menangis.

"Mak Teh...mana Hael?" bersama esak tangisan. Ersana mula menangis seperti seperti anak kecil.

"Mak Teh, Ana nak Hael. Ana penatlah duduk sini."

Bahu Ersana diusapnya perlahan. Mak Teh memeluk Ersana. "Hidup ini perjuangan walaupun penuh ujian hadapilah ia dengan penuh kesabaran dan keimanan dalam hati supaya dapat kita laluinya dengan mudah. Insha'Allah," pesan Mak Teh. Dia sendiri juga tidak mahu Ersana terlalu berlarut dalam kesedihan.

Ujian itu datang untuk menguatkan bukan melemahkan. Allah itu, menguji Ersana untuk terus kuat menghadapi pelbagai cabaran yang akan ditimpanya di masa hadapan.

"Tak kiralah, pahit macam mana pun hidup yang dilalui, hidup itu mesti diteruskan," kerana segala yang dialami ketika di atas dunia ini, ada hikmahnya yang tersendiri. Akan ada pelangi selepas taufan yang melanda.

"Percaya pada Allah. Letak Allah sebagai yang pertama dalam hati kita. Percayalah, saat itu datanglah ujian bentuk macam mana sekalipun kita mampu melepasinya dengan mudah."

Pelukan dilonggarkan. Mak Teh mengelus pipi Ersana. Membersihkan sisa air mata Ersana. Selama Ersana menginap di Hospital, dia tahu yang Ersana selalu menangis. Kerana itu, untuk kalini biarkan dia menemani Ersana. Ersana sudah lalui pelbagai bentuk ujian di masa mudanya.

"BALIK dah perempuan murah?" Khair menghampiri Ersana yang berdiri bagai tunggul. Khair senyum sinis melihat keadaan Ersana yang bersih dari sebarang luka.

"Muka kau jadi tak cantiklah bila tak ada lebam dan darah," katanya bersama senyuman sinis. Ersana meneguk gugup air liurnya. Badannya menggeletar.

"Mana anak kau?"

Diam.

Ersana tidak membalas. Malah, dia menunduk. Khair berdecit kasar saat Ersana tidak membalas soalannya. Dengan rasa panas di hati, Khair dengan kasar menarik rambut panjang Ersana.

"Jawab lah! Aku tanya kan? Kau pekak ke sundal?!" Tengkingya di hadapan wajah Ersana. Mata Ersana mulai berair. Takut.

Makin marak api di hatinya saat Ersana menangis pula. Ingat dengan menangis itu mampu buat dia kesian? Dia langsung tidak kisah lah!

Khair menolak Ersana lalu menyepak perut Ersana kuat.

BUK

BUK

Cukup dua kali menyepak perut Ersana, dia beredar. Meninggalkan Ersana tanpa ada niat mahu membantu. Dia biarkan Ersana berbaring lemah di situ. Saat itu tangisannya makin lebat. Perutnya dipegang. Matanya dipejam rapat menahan rasa sakit. Dengan rasa ngilu dia perut, dia bangun lalu memaksa diri untuk masuk ke dalam bilik.

SUIZ enjin motosikal dimatikan. Rambutnya yang messy akibat memakai helmet dibetulkan biasa lalu dia masuk ke dalam sebuah bangunan yang sudah lama tidak digunakan.

Saat dia sampai ke tingkat ketiga, dirinya disapa dengan kehadiran orang bawahannya yang ditugaskan untuk mengawasi seorang lelaki yang dia tangkap beberapa hari yang lalu.

Dia terus berjalan selangkah demi selangkah ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang sudah diikat tubuhnya pada kerusi seperti yang dia suruh. Keningnya terjongket melihat keadaan lelaki tersebut.

"How was your day, my lovely twins?" Dia bersuara pada lelaki yang diikat itu.

"You touch my wife?" Soalan dia, dibalas pula dengan soalan. Lelaki yang diikat itu angkat kepalanya. Memandang tajam ke arah dia.

"Ah, yes I am. Sekarang, aku rasa dia mungkin dah..."

"Fuck." Dia senyum sinis mendengar carutan lelaki itu. Bibir bawahnya dijilat. Jika dia tahu seperti ini reaksi lelaki itu, dia sepatutnya cederakan wanita itu.

"Kau tahu tak? Aku dah lama perhatikan kau. Aku ikut semua yang kau buat. Tingkah laku, gaya semua aku ikut. Tapi aku tak pernah dapat sama macam yang kau dapat. Kau selalu dapat lebih." Lelaki itu hanya diam. Mendengar setiap bait kata yang dia luahkan.

"Sebab tu..." dia menghampiri lelaki itu dan menarik rambut. "Aku takkan lepaskan kau. Aku nak kau menderita sekali dengan bini kau!" Pistol yang diselit di dalam poket di keluarkan laku dia menembak di kaki lelaki yang terikat dengan tali itu.

BANG

Dia pusingkan badannya kemudian berjalan meninggalkan lelaki itu bersama dengan anak buahnya. Sempat dia menitipkan pesan untuk jangan merawat kaki yang terkena tembakan.

 Sempat dia menitipkan pesan untuk jangan merawat kaki yang terkena tembakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now