Bab 19

2.3K 142 3
                                    

"AWAK ni demam ke? Kenapa suruh saya pakai masker pula?" Soal aku aneh. Ini pertama kalinya Hael seperti ini. Mana tak terkejutnya aku.

Hael tanpa membalas soalan aku, dia pegang kedua-dua bahu aku. Aku dibaringkan paksa olehnya. Kemudian dia letak pula masker tersebut di atas permukaan wajah.

"Jangan gerak. Stay macam ni 15 minit," pesannya. Aku hanya senyap dan menurut arahannya.

Selepas 15 minit menunggu, Hael tarik masker setelah cukup 15 minit. "Hm, dah."

"Thank you, husband." Hael membalas ucapan terima kasih aku dengan anggukan. Aku tetap memandang gerak gerinya.

Aku pandang ke arah lain saat dia mula pandang ke arah aku. Mesti dia perasan yang mata aku hanya memandangnya tadi.

Aku kembali memandang ke arahnya saat tangan besarnya mencengkam lembut dagu aku. Dipaksa untuk memandang ke arahnya.

"Kau nak tanya apa?" Hael sepertinya sangat tahu yang aku mahu menyoal sesuatu padanya. Dia sangat mengenali aku. Walaupun aku berkali-kali mencuba untuk berlakon, tetapi tidak berjaya. Semuanya berjaya dia tangkap.

"Hael tak rimas ke dengan saya?" Aku soalnya. Wajah mendatarnya aku pandang. Aku mahukan jawapan. Bukan apa, sebab selama aku tinggal dengan dia sepertinya dia tidak pernah mengeluh apa pun yang aku mahu. Dia ikut sahaja semua yang aku mahu.

POV ASLAN;

Aku masih lagi tidak membalas soalan Ersana. Aku hanya membalas pandangan matanya yang jelas mahukan jawapan dari aku. Aku tahu semua penderitaan yang dia alami selama hidup dengan Khair.

Aku tahu yang dia diseksa, dipukul dan dimaki oleh ayahnya. Waktu pertama kali kami berjumpa, masih aku ingat riak wajahnya yang jelaa kelihatan takut dengan aku. Kesan perbuatan Khair terhadap Ersana sangat memberi impak terhadap kesihatan mentalnya. Ersana trauma.

Aku mengelus rambut panjangnya. Saat itu, tubuhnya sedikit menggigil. Beginilah Ersana sewaktu selesai majlis akad nikah aku dengannya. Malam itu, aku tidak berniat mahu menyakitinya. Aku hanya mahu menenangkannya.

Tetapi lain yang dia fikir. Dia fikir aku akan menyakitinya. Aku pejam mata saat kepala aku teringat akan kata-kata Ersana saat malam pertama kami.

"M-maafkan saya. Jangan pukul saya! Sakit..."

Ayat itu diucap berkali-kali dari dua ulas bibir Ersana. Dan aku sangat membenci ayat tersebut. Aku kembali buka kedua mata aku. Ersana masih menggigil.

Tanpa kata, aku tarik Ersana masuk ke dalam pelukan. Belakang badannya aku gosok lembut. "Kenapa aku nak rimas? Aku suka bila kau nak perhatian aku. Lagipun, aku tahu perempuan memang sifatnya yang mahu dibelai dan perhatian."

Saat itu, dapat aku rasa yang Ersana sudah tidak lagi menggigil. Gadis itu mulai tenang. Dan dia mula membalas pelukan aku. Aku masih mengelus rambut ikal mayangnya.

"Kenapa malam ni manja semacam? Kau mengandung ke sayang? Tadi pun kau makan banyak." 

Sewaktu makan bersama di restoran tadi, Ersana memesan nasi goreng kampung. Bila habis nasi goreng tersebut, dia cakap tak cukup nasi. Katanya lapar lagi.

Mendengar sahaja kata-kata aku, Ersana terus longgarkan pelukan. Dia duduk bersila memandang aku. "Kalau betul saya mengandung, awak marah ke?" Soalnya.

Aku tarik hujung hidungnya geram. "Kenapa nak marah? Aku suka adalah."

"Awak takkan suruh saya gugurkan anak ni kan?" Dia soal aku lagi. Aku menggeleng perlahan. Dia pasti teringat perbuatan Khair pada Talisha.

Khair sungguh buat isterinya trauma.

"Takkan. Aku janji takkan suruh kau gugurkan anak kita okey? Jangan takut. Kalau aku ada, aku takkan benarkan sesiapa pun sentuh atau sakitkan kau," jika aku sudah berjanji, aku tidak akan mungkiri. Walaupu ianya akan mengorbankan nyawa aku, aku tidak akan benarkan sesiapa pun sakitkan Ersana.

PRENANCY TEST ditangan aku pandang gugup. Aku takut dengan hasilnya. Positif atau negatif. Hael sudah mengira bahawa aku mengandung jadi aku pasti mahu hasilnya positif.

Tetapi kalau hasilnya negatif, pasti akan mengecewakan Hael yang sepertinya sudah berharap yang aku mengandung. Aku takut dengan hasilnya. Tetapi dalam masa yang sama aku juga takut dengan penerimaan Hael. Walaupun dia sudah meyakinkan aku yang dia tidak akan suruh aku menggugurkan kandungan ini, tetapi aku masih takut.

Macam mana kalau Hael jadi macam Papa?

Soalan itu sentiasa bermain-main dalam kepala aku.

Setelah beberapa minit menunggu, pregnancy test yang aku tutup dengan tangan, perlahan-lahan aku alihkan tangan aku untuk melihat hasilnya.

Aku terjerit kecil saat melihat hasilnya yang positif! Sedang aku bersorak gembira dalam tandas, pintu tandas itu diketuk dari luar oleh Hael.

"Darling, open the door!" Arah Hael dari luar. Aku pantas membuka pintu tandas tersebut. Aku lempar senyuman lebar pada Hael apabila keluar sahaja dari tandas.

Pregnancy test digenggam dengan tangan kanan. Tangan aku bawa ke belakang menyoroknya dari Hael. "Asal lama sangat?" Soalnya bersama kening berkerut.

"Nothingg." Aku membalasnya riang. Aku senyum ke arahnya. Kemudian, aku dekatkan bibir aku pada pipinya. Dan pipi kananya aku cium sekilas.

"Have a nice day today, husband!"

Hael masih memandang aku aneh. Lambat-lambat dia membalas. "Thank you."

"YOU  look so happy today. What's wrong? Any tea?" Aku senyum ke arah Hael yang santai menyandar di kabinet dapur. Dia menunggu aku menyediakan sarapan.

"Hehe, want know something interesting?" Soal aku bersama senyuman. Aku sangat bahagia sekarang. Dan mahu secepatnya memberitahu berita ini padanya.

"What?"

"I'm..." aku melangkah mendekatinya. "Pregnant!" Lehernya aku rangkul teruja.

"Darling. What? You really pregnant?" Soalnya kaget. Reaksi wajahnya memang terkejut dan teruja. Aku laju mengangguk membalas persoalannya.

"Darling! Ya Allah, finally," ucapnya lega. Aku suka melihat reaksi Hael. Dia sangat gembira mendapat berita ini.

"Thank you sayang. Nanti kita pergi check up."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now