Bab 17

2.5K 171 7
                                    

TOK TOK TOK

Aku pulas tombol pintu bilik kerja Hael. Tempat Hael berkurung. Disinilah Hael akan berada kalau tak keluar. Masuk sahaja dalam bilik kerja Hael, dengan gembira aku berjalan menghampirinya.

Aku berdiri di hadapannya bersama senyuman lebar. "Hael, jom main main dengan saya," pelawa aku padanya.

Dia angkat kepala. Pandang aku. Buku yang ada di tangannya itu, ditutup dan dia letak atas meja kerjanya. "Main apa?" Dia tarik lengan aku lembut mendekatinya.

"Handwritten letters," balas aku. "Awak kena tulis sesuatu dalam surat tu. Tak kisah pasal apa. Tapi ia berkaitan dengan saya."

Hael mengangguk. "Kau pula buat apa?"

"Saya pun akan tulis surat untuk awak juga. Nanti kita bacalah sama-sama." Hael mengangguk. Dia bangun berdiri. Tangan aku ada dalam genggamannya. Kami berjalan pergi ke ruang tamu bersama.

"Nah." Aku beri kertas segi empat sama itu padanya. "Ini saya punya."

"Masa dia10 minit. Lepas 10 minit, kena stop dari tulis." Hael mengangguk. Lalu, kami berdua mula menulis. Aku duduk agak jauh darinya kerana tak mahu dia melihat apa yang sedang aku tulis padanya.

"Times up, my love." Aku tersentak hebat saat mendengar suara garaunya begitu dekat dengan telinga aku. Dapat aku rasa nafasnya dari belakang telinga.

Aku terus pusingkan badan menghadapnya. "Awak baca!" Aku pandangnya yang sedang menahan tawa. Mesti dia dah baca surat aku!

"Ish awak ni. Mana aci macam tu!" Rungut aku tidak puas hati. Kalau macam tu, baik tak payah main.

"Tak, aku baca yang last je. Lebih kurang macam ni," dia tarik nafas lalu hembusnya. "I lov-"

Belum sempat dia habiskan ayatnya, aku terus bangun dan menutup mulutnya menggunakan tangan aku. Muka aku pasti sudah merah menyala. Aku malu.

Aku duduk semula. Ekpresi wajah cuba aku kawal sebaik mungkin supaya kelihatan tenang. "Okey, nah. Bagi surat awak tu dekat saya." Hael serahkan surat yang dia tulis sebentar tadi kepada aku. Apabila aku dapat surat tersebut. Aku pusing ke arah lain.

Ke arah yang bertentangan. Asalkan bukan wajahnya. Kerana aku masih malu.

Aku buka surat yang Hael tulis pada aku.

Dear my last love , my everything, my other half.

I love you so incredibly much. And I want you to be happy wherever you are. Darling, when the world overwhelms you, remember that I will be with you and listen to your fears. I will hold your hand in your darkest night and cherish our brightest moment. I want to be the best for you. I want to be the one with you when you need me. You are the shining sun. My love for you is like the Universe. Will never end. How glad I am that you exist. I want to write more about you, but time does not allow it. Want to talk about you is not enough with a paragraph. You deserve a thousand books written about how amazing you are. Last, but no least I love you Darling.

Your Husband,
Hael.

Aku senyum membaca satu persatu yang dia tulis. Dan kerana inilah aku cintakan dia. Sejak aku memilih untuk hidup dengannya, diary yang dulunya aku jadikan sebagai tempat aku menulis penderitaan, bertukar menjadi tempat aku menceritakan perkara manis yang aku lalui bersamanya.

Dialah tempat yang aku panggil sebagai 'rumah'

I love him and I want to spend my days in the future, with him.

"Lama termenung. Fikir aku ke?" Tegurnya dari belakang dan sekali lagi mengejutkan aku. Dia letak dagunya di atas bahu aku. Sesekali, pipi aku menjadi sasarannya.

"Best tak baca surat aku?"

"Best. Manis sangat. Saya suka." Aku membalasnya bersama senyuman.

"I know. You will like it. By the way, I love you more, wife."

Dan muka aku terus merah mendengar ayatnya. Walaupun dia selalu mengucapkan kata-kata itu pada aku tapi harini lain. Kerana aku tahu dia sudah baca seluruh surat yang aku tulis. Argh, malu.

"Baru aku tahu, waktu kita first time jumpa kau dah suka aku rupanya." Aku menunduk pandang lantai.

Dia ketawa kecil. Dia duduk bersila di hadapan aku. Aku nampak kakinya bersila di hadapan aku. Tangannya pula angkat menarik dagu aku supaya memandangnya.

Bila aku memandangnya, aku rasa selesa. Keberadaannya di sisi aku buat aku rasa selamat. Rasa yang pernah aku rasa dulu. Sewaktu Ibu masih hidup dan sihat.

Hael pegang kepala aku, dan dia tarik aku masuk ke dalam pelukannya. Aku membalas pelukannya kemas. Sesekali, dia akan kucup dahi aku.

"I'm your human diary, darling. So if you want to express something, I'm here. I will listen to everything you say."

"Thank you."

"My pleasure."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now