Bab 36

1K 72 5
                                    







































hi. betul ke dah tamat?
























































tak tahu.
















































































































































EIRAN menghembus nafas dalam. Saat melihat seorang jejaka yang sudah koma berbulan-bulan dan sekarang, lelaki itu sudah pun bangun dari koma. Pandangan mata lelaki itu dingin. Tiada perasaan yang ditunjukkan.

Hanya wajah mendatar yang ditayangkan.

"Who are you?"  Suasana yang sudah sedia dingin itu bertambah dingin apabila Ayaz dan Eiran mendapat soalan tersebut dari Aslan. Badan mereka langsung mengeras. Terkedu.

Ris yang turut ada di situ, mula melakukan kerjanya sebagai doktor. "Hi sir, ingat tak nama penuh?" Ris menyoal. Matanya melihat Aslan. Mahu melihat jawapan Aslan dan mahu memastikan apa sebenarnya yang terjadi pada keadaan Aslan sekarang ni.

Mendengar soalan dari doktor perempuan itu, kepalanya terasa sakit saat dia memaksa untuk ingat namanya. "Apa nama aku?"

"Okay sir, next question. Tell me, apa yang sir ingat."

Aslan mencuba sekali lagi. Dan sakit di kepalanya makin berkali ganda rasanya. Aslan pegang kepalanya. Dahinya berpeluh.

"It's okay sir. Jangan paksa diri." Ris pantas menghalang apabila melihat pesakitnya mula merasakan sakit. Dia tidak mahu memaksa pesakit untuk ingat semula ingatan lama.

Ris pusing badannya menghadap Eiran dan Ayaz. Matanya mula memberi isyarat untuk ikut keluar bersamanya. Ada sesuatu yang mereka perlu bincangkan.

"Macam mana?"

"Macam yang you sendiri tengok. He lost his memory," maklum Ris. Melihat sikap Aslan tadi, sudah jelas yang Aslan kehilangan semua ingatannya termasuk ingatan zaman kanak-kanak.

"Untuk sekarang, jangan paksa dia untuk ingat semua ingatan sekali gus. Cerita kat dia sikit-sikit," pesan Ris tegas. Eiran dan Ayaz mengangguk faham dengan ucapan Ris.

"Bila dia boleh keluar?" Eiran menyoal. Sudah lama Aslan berada di hospital. Lelaki itu pasti muak dengan bau hospital.

"Esok atau lusa dah boleh. Tengok dulu. Nanti kalau dah boleh, I bagitahu."

Mereka berdua mengangguk serentak. Tak lama selepas itu, Ris meninggalkan mereka di dalam wad tersebut bersama Aslan. "I ask you. Who are you?" Sekali lagi Aslan menyoal mereka dengan soalan yang sama.

"Kawan kau. Aku, Ayaz." Ayaz mula perkenalkan dirinya. Kemudian, jari telunjuknya beralih tunjuk ke arah Eiran. "Ni pula, Eiran."

Aslan memandang mereka atas bawah. Raut wajah Aslan masih lagi mendatar. Langsung tidak memberi reaksi apa-apa saat Ayaz memperkenalkan dirinya.

"Nama kau, Zeeq Hael Aslan."

Masih diam. Dan itu mengundang suasana canggung di antara mereka. Ayaz mengeluh perlahan. Aslan tetap Aslan. Hilang ingatan atau tak, dingin tetap ada.

Broken TrustWhere stories live. Discover now