Bab 2

3.8K 228 9
                                    

“LAMBAT lagi ke Natasha? Dah banyak dah barang kau beli,” rungut Ersana sambil kakinya mengejar langkah Natasha yang sudah mara ke hadapan.

“Sekejap je. Aku nak beli perfume ni.” Natasha membalas malas. Dari tadi lagi Ersana tidak henti membebel ditelinganya mahu balik ke rumah.

“Kau ni. Ingat kau seorang je yang shopping? Aku pun sama lah! Tapi tak adalah banyak macam kau ni!” Ersana berkata dengan nada yang geram sambil tangan naik mencubit lengan Natasha.

Balasan untuk Natasha yang mintanya meneman. 3 jam mereka berada di sini tapi si minah senget ni tak henti-henti membeli belah.

Natasha lantas mengelus lengannya yang sudah dicubit oleh Ersana. “Sekejap je. Aku nak beli Perfume Dior,” jawabnya ringkas. Malas mahu mendengar Ersana membebel. Bingit telinganya dengar Ersana membebel tiga jam duk sini, tiga jamlah dia nak membebel.

Terus kedua-dua kakinya melangkah masuk ke dalam tempat yang menjadi pilihannya untuk membeli perfume kegemarannya itu. Manakala Ersana dengan hati yang terpaksa mengikuti Natasha.

“Dah? Jom balik,” baru sahaja Ersana berura-ura mahu menuju ke parking lot matanya disapa oleh dua orang Jejaka tinggi. Kedua-duanya memakai baju kemeja putih bersama lengan kemeja yang dilipat hingga ke siku. Gaya santai.

Tetapi yang menarik matanya untuk tetap melihat seperti magnet ialah jejaka yang bermata zamrud tu. Mata dikecilkan mahu melihat lebih jelas. Dan Ya! Memang dia.

Zeeq Hael Aslan.

Pandang lagi sekali memang sah Aslan dan Ayaz. Disebabkan rasa ingin tahu seorang Ersana sangatlah tinggi, kaki secara sendirinya menapak ke arah Ayaz dan Aslan. Tidak lupa juga mengheret Natasha sekali.

PEJAM CELIK pejam celik lihatlah sekarang! Dia sudah berada tepat di hadapan Ayaz dan Aslan di kafe yang ada di dalam Mall yang besar ni.

Dihadapannya ada Aslan yang sedang sibuk bermain telefon pintar. Manakala di sebelah Aslan ada Ayaz yang lempar wajah tanpa riak.

Dan bila menoleh ke arah seseorang yang ada di depan Ayaz semestinya Natasha! Dapat dia lihat yang wajah Natasha masam saat ini.

Walaupun dia selalu sahaja bercerita tapi Natasha memang tidak pernah bersua muka dengan abang angkatnya ni. Kalau ajak makan malam dirumahnya pun, Natasha akan mengelak.

Hanya senyap diantara mereka berempat. Perasaan janggal mula hadir disaat Natasha membisikkan sesuatu di telinganya.

“Kenapa kita duk sini? Tadi kau kata nak balik. Jomlah,” bisik Natasha. Terus habis mood dia yang nak membeli-belah lebih lama.

“Haih, takkanlah nak diam je? Siapa nak cakap ni?” Ayaz mengalihkan matanya dari telefon pintar yang digenggam. Kini pandangannya menembus ke arah Ersana dan Natasha.

“Bila abang balik? Bukan ke abang dekat Italy?”

“Baru je sampai. Si Aslan pergi ambil dekat Airport tadi.” Ayaz menjeling Aslan sebelah yang sibuk bermain telefon pintar. Langsung tidak ambil peduli tentang perbualan mereka.

“Jadi Aslan yang tersayang, how was your life? Everything is good?” Ayaz menyoal ramah pada Aslan. Sambil tangan kekarnya menepuk-nepuk belakang badan Aslan.

“Diamlah talam,” kata Aslan selamba. Sinis nada suaranya berbunyi. Ayaz menarik senyum senget pada Aslan. Aslan hanya membalas dengan jelingan tajam.

Bibir Ayaz naik menyinis.

“MAMA!” tubuh tua Ashira yang sedang berperang dengan kuali itu dipeluk dari belakang. Pipi Ashira dikucup sekilas.

Broken TrustUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum