Bab 10

2.9K 157 5
                                    

"NAK pergi mana Natasha?" Puan Safura menyoal anak gadisnya yang mahu keluar bersama Ersana.

"Nak pergi pasar malam. Harini kan last Ersana duduk sini. Saja nak bawa dia pergi pasar malam kat sini."

Puan Safura mengangguk. Bersetuju dengan anaknya yang mahu membawa Ersana pergi pasar malam.

"Kalau macam tu bawalah Ayaz dan Aslan sekali. Diaorang pun last harini."

Natasha senyum tipis. Tak pasal-pasal kena angkut abang-abang Ersana sekali. Rancangnya nak bawa si adik saja.

Iris matanya dikalihkan melihat Ersana yang tersenyum hambar. Dia yakin Ersana juga berfikir sama dengannya.

"Aslan, Ayaz pergilah pergi pasar malam dengan Natasha."

Tanpa menunggu jawapannya, Ibu Natasha sudah mengarah supaya dua lelaki itu mengikuti mereka.

Dan hanya keluhan yang mampu dia lepas. Itu pun dalam hati.

PASAR MALAM yang membutuh waktu selama beberapa minit juga untuk sampai di situ menjadi sasaran mereka berempat. Ya berempat. Yang sepatutnya berdua menjadi berempat saat ada yang nak ikut.

Sampai di sana, mereka disapa dengan kehadiran penjual yang berniaga pelbagai jenis makanan. Ersana dan Natasha berjalan sambil mata melilar melihat makanan yang dijual. Sampai sahaja di depan gerai roti john, Ersana berhenti.

"Kau nak?" Natasha menyoal rakannya. Ersana tanpa segan silu terus mengangguk. Melihat balasan Ersana terus Natasha membelinya.

"Abang, roti john satu ya."

"Ayam ke daging?"

"Ayam," kerana Ersana tak begitu suka pada daging. Penjual itu terus membungkus roti john dan diserahkan pada Natasha. Roti John bertukar tangan.

"Berapa?"

"RM7.80," pak cik itu menyambut huluran duit Natasha bersama senyuman manis adab dengan pembeli.

Plastik Roti John Natasha serahkan pada Ersana. Ersana senyum manis. Dia juga tak pernah makan makanan seperti ini.

"Hmm...kauorang berdua nak makan apa?"
Natasha menyoal orang belakang.

"Aku ikut Ayaz."

"Kalau macam tu, awak nak makan apa?" Soal Natasha pada Ayaz sekali lagi.

"Apa-apa je."

"Kalau macam tu, jomlah." Natasha mengikut sahaja. Jika Ayaz tidak cerewet, dia boleh saja membeli apa-apa makanan. Ayaz terus berjalan bersebelahan Natasha dan meninggalkan Aslan bersama Ersana.

Ersana dan Aslan juga turut melangkah bersama tetapi di belakang Ayaz dan Natasha. Hanya senyap juga diantara mereka. Ersana sendiri juga tidak tahu mahu berbual apa dengan Aslan.

"Jangan dekat-dekat dengan saya," katanya dingin. Lalu Ersana berjalan cepat-cepat supaya Aslan tak berjalan disebelahnya.

Melihat tindakan Ersana, membuatkan Aslan makin melajukan langkahnya supaya berjalan di bersebelahan Ersana. Makin dilarang, makin dibuat.

"Saya kata jangan jalan dekat dengan saya kan?" Soalnya dengan nada marah.

"Why?"

"Because I hate you. So much."

"Okay. Keep hating me," kedua tangannya naik memeluk tubuh. Mereka berdua berhenti di tengah-tengah pasar malam ini. Aslan berjalan untuk beberapa langkah namun, dia kembali menoleh ke belakang saat menyedari bahawa Ersana tidak mengikutinya.

"Sini, Ersana. Ladies first."

Ersana laju melangkah meninggalkan Aslan di belakangnya. Sepertinya hubungan dingin antara dia dan Aslan akan bermula tak lama lagi.

Menyesal? Mungkin tidak atau ya. Dia sendiri juga keliru dengan perasaan sendiri. Tetapi, ada timbul rasa sakit di tempat terletaknya jantungnya. Hatinya berdegup laju setiap kali memandang iris indah milik lelaki itu.

Dia sendiri juga keliru dengan perasannya. Itu suka atau benci?

Tapi tidak mungkin dia sukakan Aslan. Setiap kali berada lebih dekat dengan Aslan juga mereka akan bergaduh.

Mana mungkin dia sukakan Aslan.

"ERSANA sayang, kau dah siap ke?"
Soal Natasha pada Ersana yang sibuk membetulkan tudung. Soalan Natasha dibiarkan untuk beberapa saat, sudah puas dengan penampilannya barulah dia bersuara.

"Okay dah," balas Ersana. Setelah puas dengan penampilan diri, bibir menarik senyum. Senyum manis.

Ersana memakai long shirt dress bersama casual pants. Rambutnya ditutupi dengan tudung bawal.

Manakala wajahnya tidak ada sebarang mekap yang dipakai. Ersana hanya meletakkan pelembap bibir. Memandangkan dalam kereta nanti, tidur juga. Jadi, pakai yang mudah sahaja.

Ersana mengangkat barang-barangnya meletakkan di ruang tamu. Untuk memudahkan kerjanya mengangkut kesemua barangnya masuk ke dalam kereta.

Ersana kemudiannya berjalan ke arah Puan Safura yang tersenyum manis ke arahnya. Tangan tua Puan Safura dicapai dan dikucup lembut.

Natasha juga turut buat seperti itu pada ibunya memandang dia juga akan pulang ke Kuala Lumpur. Beginilah dia setiap kali dapat cuti, dia akan pulang ke rumahnya dan bila cuti sudah habis, dia haruslah pulang walau separuh hatinya tidak rela meninggalkan keluarga.

"Aslan, Ayaz hati-hati bawa kereta. Jangan bawa laju sangat," pesan Puan Safura.

"Abang kacak, janganlah balik lagi. Adri tak puas lagi dating," datang pula Adriana memeluk kaki Aslan. Anak kecil itu sudah menangis di kaki Aslan.

Tidak mahu melepaskan 'Abang kacaknya' itu. Puan Safura yang melihat tingkah Adriana, dia menarik tubuh anak kecil itu dan mendukungnya.

"Abang kacak kena baliklah sayang. Dia kerja," Puan Safura memujuk Adriana.

"Abang kacak jangan lupa Adri tau," pesannya pada Aslan yang sedang membersihkan air mata Adriana.

"Ya, nanti abang datang lagi okey?"

Dan Adriana terus senyum lebar. Ersana yang turut melihat tingkah laku Aslan pada Adriana, turut senyum.

Aslan.

Lelaki itu makin menarik perhatiannya.

Lelaki itu makin menarik perhatiannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now