Bab 1

5.1K 225 4
                                    

“MORNING girl, how did you sleep? everything is fine?” wanita yang separuh usia itu menyoal pada Ersana yang baru sahaja sampai di tingkat paling bawah rumah agam mewah itu.

“Tak lena sangat. Semalam mimpi buruk,” punggung direhatkan di atas kerusi empuk itu. Matanya menganalisis makanan yang dimasak pada pagi ini.

Semuanya kelihatan sedap dan menyelerakan!

“Mimpi? Pasal apa? Mind to share with me?”

Ashira iaitu Ibu angkat Ersana bertanya lembut. Matanya lembut sahaja menikam mata bundar Ersana. Gadis yang dia jadikan sebagai anak angkat. Dari Ersana dibuang dari keluarga lagi. Sewaktu dia tiada hala tuju.

Ersana menggeleng perlahan. Belum lagi bersedia mahu bercerita. Kalau boleh dia tidak mahu ingat tentang mimpi itu.

Ashira hanya mengangguk. Dia perlu memberi masa pada Ersana untuk bertenang. Kalau boleh tidak mahu terus-terusan memaksa gadis itu untuk bercerita tentang masa lalunya.

“Dah jomlah makan. Lepasni nak pergi ofis pula kan?”

Terus Ashira menghidangkan nasi goreng cina untuk memberikan pada Ersana makan.

“SELAMAT Datang cik Ersana.”

“Selamat datang cik Ersana.”

“Selamat datang cik Ersana.”

Satu persatu sapaan pekerja di company Cyrus yang ditubuhkan oleh ayah angkatnya menyapa ramah pada Ersana. Tidak ada niat dia mahu balas kerana itu dia hanya mengukir senyuman tipis.

Tujuannya sekarang ini hanya mahu berjumpa dengan Alcazar. Langkah kakinya semakin pantas dengan kasut bertumit tingginya membuatkan menghasil bunyi di lantai putih bersih itu.

Sampai sahaja di depan bilik Alcazar, Ersana terus masuk ke dalam tanpa ketuk, terus menguak pintu kaca bilik Alcazar.

Masuk sahaja di dalam bilik Alcazar, matanya disapa dengan susuk tubuh lelaki separuh usia sudah tentunya Alcazar dan… seorang lelaki yang juga turut berada di situ.

Yang penting...dia tidak kenal lelaki itu.

“Datang dari mana ni? Kenapa berpeluh-peluh?”

Alcazar menyoal risau. Mana taknya Ersana datang dengan keadaan tidak terurus. Dengan tudung yang dipakai bermandikan peluh. Manakala nafasnya sudah tercungap-cungap.

Alcazar menghampiri Ersana bersama di tangannya mengenggam botol Air mineral. Sampai di depan Ersana, lantas dia menyerahkan air tersebut pada Ersana.

Ersana menyambutnya lalu botol air mineral itu dibuka penutupnya terlebih dahulu bacaan bissmillah meniti di bibir terus dia meneguk air mineral itu. Rakus!

Apabila Alcazar merasa yang Ersana sudah tenang, sekali lagi dia memberi soalan pada anak angkatnya itu

“Datang dari mana ni? Kenapa berpeluh-peluh?”

“Nak hantar makanan ni.”

E

rsana menyerahkan paper bag yang dalamnya berisi Bekal yang dikirim dari Ashira pada Alcazar. Katanya Alcazar tidak sempat mengambil sarapan pagi tadi kerana takut tak sempat meeting.
Alcazar melepaskan tawanya. Rasa geli hati melihat Ersana.

“Hantar bekal je. Kenapa kalut sangat?”

Ting!

Bunyi notifikasi dari telefon bimbitnya buat dia terus membuka mesej yang baru sampai beberapa saat yang lalu. Saat membaca mesej tersebut, tangan naik tepuk kepala sendiri.

Broken TrustWhere stories live. Discover now