Bab 42

968 70 4
                                    

"IBU, Ana pergi dulu tau? Ibu rehat kat rumah ya," tangan berkedut Ibu, diambil lalu dikucup tangan tersebut. Ibu mengusap kepala Ersana yang berbalut tudung sarung yang dia beri.

"Jaga diri ya? Maafkan Ibu sebab menyusahkan Ana," nada suaranya diperlahankan. Dia rasa sebersalah kerana perlu menyusahkan Ersana untuk menggantikannya mengutip tin. Sudah dia larang habis-habisan tetapi Ersana tetap dengan pendiriannya.

"Ibu, mana adalah. Lagipun bukan susah pun. Kutip aje," seusai menghabiskan ayatnya, Ersana bangun dari mencangkung. Dia muls berjalan meninggalkan kawasan jambatan itu. Sempat dia melambai tangan sebelum pergi.

Dia mula berjalan ke kawasan kedai terlebih dahulu. Mata jelitanya tajam memerhati setiap jalan yang dilalui. Melihat jika ada tin ataupun botol plastik di sana. Sekurang-kurangnya dia perlu membawa wang berjumlah RM 30 untuk dia membeli makanan dia dan Ibu.

Ersana melihat ke kanan dan kiri sebelum dia mula berjalan menyeberang jalan. Kemudian, terlihat ada satu kereta proton saga datang meluru kepada dia yang berdiri tengah-tengah jalan tar. Bunyi enjin kereta ditekan bersama dengan hon.

PIN

PIN

Ersana tidak mampu buat apa-apa. Dia berdiri di tengah jalan tar seperti patung. Tidak tahu mengapa, tetapi kakinya seperti di gam di atas jalan. Dia bahkan tidak mampu bergerak dan menutup matanya.

Tidak lama kemudian, terasa bahagian depan tubuhnya terasa dilanggar oleh kereta proton tersebut. Dapat dia rasa yang dirinya terlayang di bahu jalan. Hanya satu yang mampu dia ungkapkan saat ini. Sakit yang teramat. Kepalanya terasa mahu pecah dan badannya rasa seperti sudah retak tulangnya.

Ersana pejam matanya perit. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Dia langsung tidak dapat gerakkan badannya. Mata dipejamkan rapat dengan wajah yang berkerut hebat. Terasa sakit yang mencucuk isi di perut amat perit dan menyeksakan batinnya.

Dadanya terasa kian sempit sekali dalam cuba mencari nafas untuk terus bertahan. Rona wajah mula berubah pucat apabila terasa semakin banyak darah yang kehilangan.  Kesadarannya makin lama, makin perlahan hilang. Dia terasa seolah-olah dia sedang tenggelam di dalam kegelapan yang perlahan-lahan menariknya.

Seperti inikah pengakhirannya?

"Ibu...maafkan Ana." perkataan terakhir yang diucap sebelum dunianya gelap serta merta.

"Finally, we found her."

ERSANA membuka kedua matanya. Dia mula memandang pemandangan di tempat yang begitu asing ini. Ini, di mana? Dia sendiri pun tidak tahu. Tapi bukankah tadi, dia dilanggar? Kenapa sekarang dia berada di sini?

Persoalannya terhenti apabila dia melihat ada seorang lelaki membelakanginya yang sedang santai duduk berlapikkan tikar. Badannya menghadap pemandangan laut yang begitu cantik.

Tetapi, siapa lelaki itu sebenarnya? Kenapa dia tak ingat? Dari sisi wajah tampan lelaki itu begitu tidak asing di penglihatan. Seperti pernah melihat di sesuatu tempat. Tapi di mana?

Ersana bangun dari duduk. Dia mula berjalan menghampiri lelaki tersebut. Dia mahu melihat lebih jelas wajah lelaki itu. Dia sangat yakin yang dia pernah kenal lelaki ini di suatu tempat. Sampai di tepi lelaki itu, Ersana duduk bersila di sebelah lelaki itu. Wajahnya menghadap lelaki tersebut.

Saat sedar akan kehadirannya, lelaki itu menoleh ke arahnya. Terkedu dirinya melihat kecantikan iris mata yang dimiliki lelaki tersebut. Iris bermata berwarna zamrud. Ersana terus merenung mata itu. Mata itu seperti menyembunyikan seribu rahsia yang dia sendiri pun tidak tahu.

"Your eyes..." Ersana bersuara. Tetapi nadanya hanya perlahan. Dia sengaja perlahankan. Tidak disangka dia akan bertentang mata dengan iris mata secantik ini.

"You want?" dia menyoal Ersana. Lelaki itu menyoalnya. Mahu saja dia menjawab, tetapi dirinya terasa lemah apabila makin melihat mata itu. "Then touch it," tangan kasar lelaki itu memegang tangan Ersana dan membawa tangan halus Ersana menyentuh kelopak matanya.

"Darling, do you remember me?" tangan halus Ersana dicium sekilas. Ersana hanya membiarkan. Tiada langsung niat mahu menepis.

Tangan Ersana dilepaskan. Lelaki itu kemudiannya menyapu wajah Ersana menggunakan tangan kasarnya. Ersana pejam mata. Sentuhan di wajah ini tidak asing di kotak memori.

Ersana pejam matanya.

"Doktor, oksigen pesakit menurun!" Ris yang sedang membuka pelitup muka itu terhenti niatnya saat mendengar ucapan dari jururawat yang bertugas untuk membantu merawat pesakit.

"Defibrillator, please!" Arah Ris dengan nada yang tegas. Dadanya sudah kencang menahan debaran. Takut jika sesuatu yang buruk akan berlaku.

"20 joules!" Tambah Ris lalu ditekan alat tersebut pada dada pesakitnya. Peluh dingin mula membasahi bahagian dahi. Dalam hati tidak berhenti berdoa supaya keadaan pesakit di hadapannya ini baik-baik saja.

"She's in cardiac arrest! More Doctor, 30 joules!"  Tambah lagi. Matanya tidak berkelip melihat mesin yang tidak henti berbunyi di sebelah katil tersebut. Walaupun tindak negatif yang diberi, Ris masih tidak menyerah. Dia berkali-kali menekan alat tersebut pada dada pesakitnya.

"Doktor! Jantung dia kembali berdegup!" Saat keadaan pesakit perempuan itu kembali normal, Ris jatuh terduduk bersama riak wajah bahagia yang terpapar di wajahnya. Nafasnya dilepaskan lega. Hampir tercabut jantungnya tadi mendengar yang degupan jantung wanita itu kian lemah.

Kesemua jururawat yang berada di dalam wad tersebut, menghela nafas yang lega. Ris bangun berdiri. Tisu di ambil kemudian dia menyapu peluh yang berkumpul di dahi. Dia membuka langkah berjalan keluar dari wad. Mahu mengkhabarkan berita ini pada mereka.

Keluar sahaja dari wad, Ayaz dan Eiran pantas menghampirinya dengan wajah yang jelas risau. Tak lama selepas itu, Ris menarik sebuah senyum manis terhadap mereka. "Don't worry. She's fine."

Kata-katanya mendapat helaan lega dari Ayaz dan Eiran. "Untuk sekarang, dia akan koma untuk beberapa hari. I tak boleh nak cakap apa-apa pasal keadaan dia untuk sekarang. I akan terangkan bila dia dah sedar nanti."

Kerana dia bukan Tuhan. Dia hanya doktor. Dia hanya boleh merawat selagi yang dia boleh. Selebihnya itu, Yang Maha Esa yang akan menentukan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now