Bab 48

1.1K 81 3
                                    

"HEY, morning Ana."  Ersana segara menghampiri dan membantu Ashira menghidangkan makanan. Dia orang terakhir yang turun bersarapan harini. Dan macam biasa, Arzania turut ada dengan mereka semua.

"Dah, biar Mama buat. Ana duduk je." Ersana menurut. Dia melabuh duduk di kerusi yang di hadapannya ada Aslan. Aslan sedang memandangnya. Ersana mengelak matanya dari bertatap dengan mata zamrud itu.

"Ana, semalam Ana tidur dekat bilik tetamu ke? Mama pergi bilik Ana semalam. Tapi Ana tak ada." Ersana yang sedang menikmati air teh itu tersedak mendengar soalan Ashira.

"Ya Allah, Ana! Okey tak ni?" Ashira pantas menepuk perlahan belakang badan Ersana. Tisu yang dihulurkan pantas dia ambil dan lap mulutnya yang ada sisa air teh. Ersana mendongak memandang setiap yang ada di meja makan.

"Tak apa, Ana dah okey dah. Tersedak sikit." Ersana sengih tidak bersalah. Wajahnya meraj akibat tersedak. Dia tak sangka pula yang Ashira akan datang ke bilik dia. Ersana alihkan matanya pandang reaksi Aslan. Makin merah wajahnya melihat Aslan senyum senget padanya.

Melihat pandangan mata Aslan yang mula mahu memikatnya, dia pantas putuskan eye contact diantara mereka. Ingat orang tak tahulah tu yang dia saja nak rebut hatinya semula.

Semalam, selepas sahaja dia meluahkan semuanya pada Aslan, pagi tadi dia kerap termenung memikirkan hal yang sama. Patut atau tidak dia menerima Aslan semula? Hatinya ragu-ragu mahu memilih mana yang terbaik.

Benarkah mereka ditakdirkan bersama?

Benarkah mereka berdua saling mencintai?

Bagaimana kalau hanya dia yang sayang dan cinta pada Aslan tetapi Aslan tidak pernah cintakan dia?

Akuan cinta yang pernah Aslan beri padanya dulu tidak mahu dia ingat. Kerana itu sebelum berlaku semua kekacauan ini. Selepas berlaku semua hal ini, dia mahu pengakuan sekali lagi dari Aslan.

Dia mahu dengar sekali lagi perkataan itu keluar dari dua ulas bibir Aslan.

"Ya Allah, kalau benarlah memang nama dia yang tertulis di Luh Mahfuz aku, maka permudahkanlah urusan rumah tangga kami." bisiknya perlahan yang hanya dia yang dengar. Jika Aslan bukanlah untuknya, maka jauhkanlah. Dia tidak mahu rasa sakit itu sekali lagi.

Kini, dia serahkan semuanya pada Allah. Oleh itu, dia akan buat solat istikharah meminta petunjuk dari Yang Maha Menentukan. Jika pilihan Allah itu bertentangan dengan apa yang dia mahu, tidak mengapa. Kerana apa yang Allah tentukan, itulah yang terbaik.

Tidak mengapa jika dia hilang manusia. Asalkan jangan hilang Allah. Kerana hidup manusia akan kacau jika tiada Allah di dalamnya.

Lamunannya terhenti apabila buaian yang dia duduk ditolak oleh seseorang dari belakang. Ersana pantas menoleh ke belakang. Ada Aslan.

"Hi darling," sapanya dengan senyuman. Ersana melihat Aslan mendatar. Sebelum ini Aslan nak senyum pun susah. Jual mahal. Tapi sekarang, murah je senyum jejaka itu. Setiap masa akan senyum padanya. Hanya pada dialah. Bukan Arzania atau sesiapa.

"Buat apa dekat sini?" Melihat reaksi tidak suka Ersana dengan kehadirannya, Aslan senyum tipis. Tidak mengapa, ini baru pemanasan. Dia bahkan belum memulakan rancangannya yang mahu merebut Ersana kembali padanya.

"Saja." Aslan turut duduk di atas buaian outdoor itu di bersebelahan Ersana. Kepalanya dialihkan memandang pada wajah Ersana dari tepi. Bahkan dari tepi pun kecantikan Ersana tidak dapat ditandingi.

"Bukan ke tadi Mama suruh borak dengan Arzania?" Ersana masih memandang ke hadapan. Kepalanya langsung tidak tertoleh ke kanan memandangnya.

"Malas. Aku nak borak dengan isteri," kemudian Aslan mengambil tangan Ersana dan menciumnya. Ersana cepat-cepat menjauhkan tangannya dari tangan Aslan. Dia angkat kepala pandang ke sekitar. Takut-takut ada yang melihat.

"Janganlah! Kalau Mama Papa nampak tadi macam mana?" Soalnya separuh berbisik.

"Siapa kisah.," balas Aslan selamba. Ye lah siapa kisah? Lagipun dia dah halal dengan Ersana. Suka hatilah nak sentuh-sentuh pun. Ersana menjeling Aslan kesal.

Seketika suasana diantara mereka kembali senyap. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sampailah sekali lagi suara Aslan memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Darling, thank you for sticking around until now. I don't think I can be happy without you. Kau sendiri tahu yang kebahagiaan aku ada pada kau. Aku takkan belajar sesuatu kalau tak kenal kau. Aku tahu, kau mesti sangat bencikan aku. Anak kita mati sebab aku. Kalaulah waktu tu aku tak bodoh, mungkin sekarang umur dia dah tiga tahun." Aslan menunduk. Matanya sudah merah menahan tangisan.

Ersana yang melihat semuanya itu menggigit bibir bawahnya. Terkadang dia terlupa yang Aslan juga turut terluka dengan kematian anak mereka. Aslan pasti lagi terluka kerana kali terakhir Aslan berkomunikasi dengan anak mereka ialah merupakan hari di mana dia mengumumkan bahawa dia mengandung.

"D-doktor kata, anak kita lelaki," saat itu Ersana tidak mampu lagi menahan tangisannya. Dia juga turut mengeluarkan air mata. "Walaupun kecil, tapi dia handsome," masih dia ingat sewaktu doktor tunjuk mayat Ezraell Arsene padanya.

Aslan angkat kepala memandang segenap wajah Ersana yang basah dengan air mata. Jari jemarinya mendekati wajah Ersana kemudian menyeka air mata wanita itu.

"I'm the one who makes you smile. And, I'm also the one who made you cry. I'm sorry. I have hurt you a lot."

"But without you, I will never feel happy either."

Ersana bersuara. Tetapi sayang sekali kerana dia hanya mampu mengucapkan kata itu di dalam hati. Tidak mampu dia beri pada Aslan.

Mereka berdua langsung tidak sedar yang sebenarnya, mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Cinta itu indah bukan? Diam-diam melukai. Juga, diam-diam memberi kebahagiaan.

"Sayang, sudi tak kau sambung semula kisah kita?"

"Sayang, sudi tak kau sambung semula kisah kita?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

marilah kita, sama sama overthinking.

Broken TrustWhere stories live. Discover now