Bab 16

2.8K 165 15
                                    

JARI jemari runcing aku bermain-main di rambut coklat perang Hael. Sesekali, aku akan mencucuk-cucuk pipi Hael menggunakan jari telunjuk.

Hael yang awalnya tenang diulit mimpi, tersedar saat wajahnya dimain oleh aku. Apabila melihat Hael membuka kedua matanya aku senyum lebar.

"Good Morning!" Pipi Hael aku cium sekilas.

"Cara baru nak kejutkan aku ke?" Soal Hael dengan suara serak basahnya. Hael bangun dari pembaringan menyandarkan tubuhnya di dinding. Aku senyum dan mengangguk.

Aku mengesot mendekatkan jarak aku dengan Hael. Lalu, aku menyembam wajah aku di dada bidangnya. Sekalian memeluknya. Hael melingkar tangannya di pinggang aku. Merapatkan lagi jarak diantara kami.

"Kenapa pagi ni pelik semacam je? Ada nak apa-apa ke?" Rambut aku yang cantik itu dimainnya.

Aku pandang Hael bersama senyuman. Jari jemari aku bermain di bahagian abdomennya. "Harini kan cuti, boleh tak awak bawa saya pergi jalan-jalan?" Soal aku. Akhirnya setelah berfikir seribu kali mahu cakap atau tak.

"Boleh. Kau nak jalan-jalan dekat mana?" Aku senyum mendengar jawapannya.

"Mana-mana je." Aku membalasnya mudah. Aku tak kisah pergi ke manapun. Asalkan boleh keluar. Aku terasa ada tangan yang menarik wajah aku lalu,

Cup!

Dahi aku, diciumnya. Aku sembunyi senyum. Di dalam perut aku, terasa seperti ada beribu rama-rama yang berterbangan suka.

"Pergi mandi. Aku nak buat breakfast." arahnya. Aku pandang dia mahu berkata sesuatu.

Not for today. Today, let me make breakfast for you, for us."

Hael menggeleng sepertinya tidak bersetuju dengan cadangan aku. "It's okay, darling. Aku boleh-"

"No, thanks Hael,"  potong aku laju. Tidak tidak. Aku takkan setuju dengannya yang mahu buat sarapan untuk harini. Lagipun dia sudah setiap hari buat sarapan untuk aku. Biar lah aku pula yang buat sarapan.

"Darling." aku pandang ke arahnya. Tajam. Mata aku seolah-olah memberi amaran untuknya supaya jangan berkata lagi.

Hael mengeluh. "Okay darling, kau menang." Hael kemudiannya bangun dari duduk. Tuala diambil dan Hael hilang di balik pintu itu. Aku senyum. Bagus-bagus. Aku bangun dari katil. Getah rambut diambil dan rambut aku ikat gaya mudah.

Sambil ikat rambut, kaki aku berjalan pergi ke dapur.

Sampai sahaja di ruangan dapur. Aku lipat lengan baju. Peti ais dibuka mencari bahan-bahan yang perlu aku guna untuk buat pancake.

"Eh pancake dekat dalam almari kan?" Soal aku sendiri. Sejak bila pula aku simpan pancake dalam peti. Aku tutup pintu peti itu dan buka pintu kitchen cabinet pula. Bibir aku membentuk senyum saat jumpa tepung yang khas diguna untuk pancake. Aku tarik tepung yang terisi di dalam bekas itu keluar.

Mangkuk diambil dan aku ikut langkah-langkahnya seperti yang tertera di dalam telefon pintar aku.

Selesai membancuhnya, aku letak butter dalam kuali. Bila butter sudah cair, aku letak satu sudu yang penuh dengan bancuhan pancake di dalam kuali non-stick.

Aku letak bancuhan pancake itu sampailah bancuhan tersebut sudah habis. Pancake yang sudah siap dimasak aku susun-susun dan tuang madu dan coklat di atasnya. Saat sudah siap kesemuanya, barulah aku memanggil Hael.

Aku berjalan naik ke atas. Melintasi satu persatu anak tangga yang ada di rumah kami. Sampai di hadapan bilik, tanpa mengetuk, aku terus pulas tombol pintu bilik tersebut.

"Awak," panggil aku pada Hael. Dia sedang melihat sesuatu di laptop.

"Ya sayang. Kenapa?" Soalnya.

"Jom breakfast. Saya dah siap berperang," ujar aku. Nada aku berbaur gurauan. Dia pandang ke arah aku lalu senyum dia juga sepertinya terhibur dengan ujaran aku tadi.

"Okey. Jom." Hael pegang tangan aku dan mengenggamnya. Kami berdua berjalan bersama-sama pergi ke dapur. Selama perjalanan itu, Hael tak habis-habis merosakkan rambut aku.

"Hey, stop okay! Tak cantik dah rambut saya." Aku menepis tangannya. Tak apa, tak apa. Nanti aku balas balik. Yang pastinya 2 kali ganda.

Hael tarik kerusi. Dan dia melabuh duduk. Aku juga duduk. Tetapi bukan di sebelahnya malah, dihadapannya.

"Kau tetap cantik walaupun tak mandi setahun." Hael berkata dan mendapat jelingan manja aku. Aku suka dengan permulaan ayat itu tapi tidak suka dengan pengakhirannya. Tak mandi setahun? Hello? Aku mandi tiga kali sehari okey?

"Saya mandi setiap hari eh. Jangan nak reka cerita." Aku makan satu mini pancake yang aku buat tadi. "Tapi, yang cantik tu. Saya ambil. Yang tak mandi setahun tu, saya bagi awak." Aku senyum padanya.

"Kau simpanlah dulu. Nanti aku nak, aku minta." Aku mengangguk. Kalau macam tu, baiklah. Aku simpan. Sambil ketawa kecil.

Kami berdua habiskan makanan bersama-sama.

"HAEL." Aku panggilnya. Nada aku separuh berbisik. Hael pandang ke arah aku. Keningnya berkerut aneh. Mesti pelik dengan aku yang tiba-tiba berbisik padanya.

"Kenapa?"

"Saya takut. Macam mana kalau kita terserempak dengan Papa? And Papa akan ambil saya dari awak? Saya takut." Aku luahkan segala yang terpendam dalam hati. Aku sudah cukup penat dan trauma dengan tindakan Papa di masa hadapan.

Aku tidak mahu lalui sakit itu sekali lagi.

"Hey, dont worry okay? Im here. I will protect you, untill my last breath."  Aku senyum tipis padanya. Sekurang-kurangnya bila tinggal dengan Hael, aku rasa selamat.

 Sekurang-kurangnya bila tinggal dengan Hael, aku rasa selamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now