Bab 22

2.3K 173 10
                                    

"CEPAT-CEPAT  bawa dia masuk wad kecemasan!" Laung jururawat tersebut selepas melihat kondisi gadis muda itu. Darah tidak berhenti mengalir keluar.

Keadaan gadis muda itu sangat teruk. Jika tidak dirawat secepat mungkin, peluang untuk gadis itu hidup sangat tipis apabila banyak organ dalaman gadis muda itu rosak. Seperti diseksa.

KEPALA yang sudah basah dengan peluh dibiarkan. Sesuatu yang perlu dia risaukan ialah keadaan gadis yang sudah lama dia suka.

Lelaki tinggi lampai itu kehulur kehilir. Keningnya berkerut memikirkan nasib yang ditimpa gadis itu. Saat usianya yang masih muda diuji dengan sebegini rupa.

Dia tak mampu berbuat apa-apa. Hanya doa yang mampu dia beri.

"Aqeef, jangan risau sangat. Insha'Allah, dia selamat." Aqeef senyum tipis saat mendengar ujaran ibunya. "Ibu tahu Aqeef risau dengan keadaan Ersana. Ersana tu kuat budaknya. Ibu yakin dia boleh bertahan," tambahnya lagi.

Aqeef mengangguk. Ya, Ersana kuat. Dia pasti boleh bertahan.

"Kenapa Pak Lang sanggup buat macam tu dekat anak dan cucu sendiri. Melampau," rambutnya diraup kebelakang kesal.

"Aqeef...masih sukakan Ersana?" Ibu menyoal. Mahu tahu perasaan anaknya.

"Aqeef cintakan dia Ibu. Aqeef tak nak dia terluka lagi. Kalini, biar Aqeef yang bahagiakan dia."

Sarung tangan yang berlumuran darah dibuka dan dibuang ke dalam tong sampah. Pelitup muka juga dibuka ikatannya dan dibuang. Sebelum keluar dari wad, dia membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan di situ.

Barulah dia membuka langkah menghampiri pintu wad kecemasan tersebut. Keluar sahaja dari wad kehadirannya disapa dengan seorang lelaki dan seorang wanita, "Doktor, bagaimana dengan keadaan Ersana?"

"Awak keluarga pesakit?" Wanita itu mengangguk. Doktor senyum tipis, "Boleh ikut saya ke dalam bilik ya. Saya akan terangkan lebih lanjut tentang keadaan dia."

"Dia okay je kan doktor?" Soal wanita berusia itu panik. Risau dengan keadaan Ersana. Doktor itu senyum tipis, lalu mulakan penerangannya.

"Kandungan Cik Ersana yang berusia seminggu tidak dapat diselamatkan. Kandungannya mati kerana sepertinya macam ada yang menekan bahagian perutnya kuat. Banyak organ-organnya rosak. Dan risiko untuk Cik Ersana mengandung lagi sangatlah tipis. Sekarang dia dalam tempoh berpantang. Jadi, tolong jaga emosi dia dan cara pemakanannya. Macam yang kita tahu, emosi ibu yang baru kehilangan anak sangat sensitif. Dia sangat perlukan dukungan dari orang sekitar. Jika emosi selalu tidak stabil, boleh menyebabkan depresi."

Mak Teh mengangguk tanda mengerti pesanan doktor. Selama Ersana ditahan di rumah sakit, memang hanya dia dan Aqeef yang akan menjaga Ersana memandangkan yang lain pasti tidak akan ambil peduli tentang Ersana.

Aqeef yang mendengar ujaran doktor yang merawat Ersana itu sudah menggepal penumbuk.

TANGANNYA  bergerak meraba-raba sesuatu yang berhampiran dengannya. Keningnya berkerut apabila perutnya terasa sakit apabila dia bergerak.

Perlahan-lahan Ersana mula membuka kedua-dua mata sayunya. Buka sahaja kedua mata, iris matanya disapa dengan kehadiran Mak Teh dan Aqeef. Ersana senyum tipis ke arah mereka. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan mereka berdua. Kali terakhir pun beberapa bulan yang lepas. Sebelum dia kahwin dengan Hael.

Mata melilar ke arah lain mencari seseorang tetapi sayangnya tiada. Lelaki yang dia cari itu tiada. Dia tetap mencarinya walaupun tahu jawapannya tak sama seperti yang dia inginkan.

Broken TrustWhere stories live. Discover now