Bab 23

1.8K 118 2
                                    

PINTU wad dikuak luas dari luar oleh Aqeef. Masuk sahaja dia di dalam wad tersebut, matanya dihidang dengan sekujur tubuh seorang wanita lemah yang sedang berbaring di atas katil hospital.

Mata wanita itu hanya sayu. Tiada langsung sinaran cahaya pada iris matanya. Aqeef senyum tipis, dia tahu yang Ersana masih lagi sedih atas pemergian anak yang dikandung.

Mata Ersana melilar memerhati setiap sudut wad ini sampailah matanya terhenti pada Aqeef yang baru sampai di wadnya. Lantas Ersana bangun dari pembaringan.

Ersana senyum tipis. Rasa janggal apabila hanya dia dan Aqeef sahaja yang berada di dalam bilik ini. Mak Teh tiada. Keluar membeli makanan katanya.

Aqeef membalas senyuman Ersana lalu duduk di kerusi bersebelahan katil Ersana.

"Macam mana harini? Semua okay?" Soalnya prihatin. Ersana senyum seketika lalu pantas mengangguk.

"Lupakanlah lelaki tak guna tu. Saya nak awak dengan dia bercerai. Lelaki macam tu, tak layak jadi suami awak," katanya tiba-tiba selepas beberapa minit berdiam diri.

Ersana menggigit bibir bawahnya. Dia, tak suka apabila ada yang memburukkan Hael. Lihatlah dia tetap memihak pada Hael walaupun tahu yang Hael memang meninggalkannya.

"Hal rumah tangga saya, tolong biar saya selesaikan sendiri. Tak ada kena mengena dengan awak pun."

Dingin. Serius jawapannya. Harap-harap Aqeef memahami keputusannya ini.

Aqeef berdecit perlahan. Tak puas hati dengan jawapan Ersana. "Masih sayangkan dia?" Soalnya biasa. Hanya mahu tahu.

"Sayang. Sangat sayang," balasnya tetapi hanya didengari oleh dirinya sahaja. Tak mampu dia membalas lewat suara. Rindunya dia pada Hael sampai dia tak lena tidur kerana merindukan Hael. Tetapi...adakah Hael rindukannya seperti dia?

Soalan Aqeef dibiarkan seperti angin berlalu.

Kebisuan dia dan Aqeef mendapat aura beku diantara mereka. Dan rasa itu mula menghilang apabila Mak Teh masuk ke dalam wad tersebut.

"Ana, lapar? Jom makan." Ersana menggeleng perlahan. Selera makannya beransur hilang saat Aqeef bicara buruk tentang suaminya.

Dia tahu yang dia patut membenci Hael tetapi sangat susah mahu melupakan seseorang yang telah buat dia bahagia walaupun hanya sementara.

Tolong, beri dia masa. Jangan terlalu paksa dia untuk melenyapkan Hael dalam hidupnya sekelip mata. Dia baru sahaja kehilangan anak dan suaminya. Semuanya berlaku dalam satu hari.

Aqeef menghembus kasar nafasnya, "Jangan disebabkan lelaki tu awak tak nak makan macam ni. Fikirlah pasal keadaan awak tu yang baru lepas gugur. Jangan nak pentingkan dir-"

"Diam, Aqeef!" Jeritnya kuat. Geram dengan sikap Aqeef yang tidak henti-henti membual tentang hal nya.

"Keluar!"

"Ana, Qeef, kenapa ni?"

"Mak Teh, suruh Aqeef keluar," arah Ersana dengan suara menahan amarahnya dari membuak keluar. Mak Teh mengalih pandangan memandang anak bujangnya yang sudah menunduk.

Tanpa membuang masa lagi, lengan Aqeef ditarik keluar bersama dengannya.

"Ibu dah pesan kan, emosi ibu mengandung ni sensitif. Jangan selalu mainkan emosi dia Qeef. Kesian Ersana. Dia baru je hilang anak dan suami."

"Tapi Bu, suami dia tu-"

"Tak kiralah suami dia tu sikap macam mana sekalipun, kamu tak boleh cakap macam tu Qeef," nasihat Mak Teh tegas. Tidak setuju dengan tindakan anaknya itu.

Broken TrustTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon