Bab 4

3.1K 184 8
                                    

"ASAL tiba-tiba kau datang sini?" Eiran menyoal Aslan. Terkejut juga dia saat mendapat panggilan dari Aslan yang lelaki itu ada di hadapan rumahnya.

"Saja." Aslan melangkah masuk ke dalam rumah sewa kawannya.

Eiran Hilyas.

Aslan duduk di atas sofa yang terletak di hadapan televisyen."Ni. Ambillah simpan. Aku dah suruh orang repair balik dah," cincin yang bertakhtakan mutiara itu dikembalikan semula pada Aslan.

Aslan diam seketika. Matanya dipejam rapat

"Kau simpanlah dulu."

"Sampai bila? 8 tahun dah berlalu. Sampai bila kau nak aku simpan benda ni?"

Aslan pejam mata rapat. Sakit mengingat masa lampau. Setiap kali dia ingat kenangan lalu, dadanya akan sakit dan dia rasa lemas. Kerana selama 8 tahun dia hidup tanpa si dia, hidupnya tidak bahagia.

"Sampai waktunya tiba." Aslan kedua matanya. Dia pandang ke arah Eiran. "Waktu aku dah pasti itu memang dia, aku janji akan datang ambil cincin ni."

Eiran mengangguk. Jika itu keputusan Aslan, dia juga pasti akan menyokongnya.

"BUAT pe tu orang handsome," tegur Ersana. Ayaz pandang ke arah punca suara bersama senyum.

"Hi adik manis. Rindu orang handsome?" Ersana senyum lalu mengangguk. Rindu lah juga. Sejak kebelakangan ni dia jarang dapat jumpa Ayaz. Disebabkan kesibukan Ayaz.

"Abanglah busy sangat."

"Sorry, my dear. Lepasni kalau abang free, kita date okay?" Ersana mengangguk berkali-kali. Setuju dengan perancangan Ayaz. "Macam mana pergi kerja dengan Aslan? Best tak?"

"Tak best. Dia pembuli," adu Ersana geram. Dia masih tidak lupa dengan usikan Aslan beberapa hari yang lalu.

"Awak cantik tak outfit saya?" Ersana menyoal sambil membuat gaya.

"Tak. Buruk," senyumannya langsung pudar. Lalu tangannya secara refleks naik mencubit kuat lengan Aslan.

Ceritanya habis saat Ayaz melepaskan tawa. "Ish gelak pula. Dia tu selalu je buli orang. Sakit hati tahu tak," adunya sekali lagi.

Tidak puas dengan itu, lebih banyak yang mereka berdua borak. Dan setiap kali membuka cerita, pasti nama Aslan yang akan terselit. Walaupun benda kecil. Makin lama, dia makin selesa dengan kehadiran Aslan disisinya.

"MAMA!" Sapa Ersana bersama senyum manis. Pipi Ashira diciumnya sekilas lalu dia mula melihat pelbagai makanan yang terhidang di atas meja.

"Dah panggil Aslan dan Ayaz sana. Mama tunggu dekat sini." Ersana mengangguk. Dan dia terus melangkah meninggal ruang makan.

"Abang Ayaz!" Ersana menguak luas dedaun pintu bilik Ayaz. Bibirnya membentuk senyum bila melihat Ayaz ada di dalam biliknya. Sedang mengetik sesuatu.

"Ya? Need something?"

"Jom. Turun bawah. Mama ajak makan makan," katanya sambil melihat ke arah Ayaz.

"Okay, jap."

Ayaz menutup laptopnya. Bersama kaki panjangnya dia keluar dari bilik persendiriannya bersama Ersana di sebelah.
"Abang. Panggil Aslan sekali tau."

"Aik asal abang pula? Ana panggillah," katanya sengaja. Dia tahu yang Ersana sedang merajuk dengan Aslan.

"Ee tak naklah," keningnya berkerut tidak suka. "Kalau Ana yang panggil, Ana tak ikhlas pun. Nanti tak dapat pahala."

Ayaz menggeleng. Ada-ada saja alasannya. Ayaz memulas tombol pintu bilik Aslan. Seketika pintu itu terbuka luas.

"Aslan jom makan-makan," ajak Ayaz sambil kakinya menghampiri Aslan yang sedang tidur. Berselimut. Ersana juga ikut langkah kaki Ayaz dari belakang. Tersorok-sorok. Bukan takut. Tapi dia kan masih merajuk.

"Dah-dah. Bulan dah tak ada. Bangun bangun!" Ayaz membuka selimut yang menutupi seluruh badan Aslan. Selimut itu dicampak merata. "Kau tidur pukul berapa semalam?"

"Empat pagi," suara serak basah Aslan menyapa pancaindera Ersana. Air liurnya ditelan kesat. Erk...kenapa dengan jantung dia ni? Lajunya.

"Kau cari dia lagi ke? Aslan kau penat kan. Berhentilah sekejap. Lapan tahun dah kau cari dia. Aku bukannya tak nak bagi kau cari. Tapi diri kau ni perlukan rehat."

"Heh kalau aku nasihat pun bukannya nak dengar," kata Ayaz kesal lalu dia menyiku kepala Aslan geram. "Degil."

Ayaz berbalik memandang ke arah Ersana dan dia senyum manis. "Jom turun," baru beberapa langkah berjalan, Ayaz menguatkan nada suaranya. "Mandi Aslan! Lepastu turun makan."

Aslan berdecit perlahan. "Bisinglah orang tua."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now