Bab 40

1K 74 0
                                    

KEDUA matanya dibuka separuh apabila merasa ada tepukan di bahagian bahu. Ersana bangun dari pembaringan. Badan disandar di dinding keras. Hari sudah cerah dan matahari sudahpun keluar.

Ersana menoleh ke arah punca dari tepukan di bahunya. Bibir naik senyum melihat mak cik itu yang dia tengok saat bangun dari tidur. Walaupun baru kenal mak cik ini, tetapi dia berasa sangat selesa seolah mereka sudah lama saling kenal.

"Nah, ni baju dan tuala. Bilik air ada dekat hujung sana je," beritahu mak cik dan mendapat anggukan dari Ersana.

"T-terima kasih, mak cik."

Mak cik itu senyum sesaat. "Panggil ibu je. Lagi senang dan selesa," setelah menghabiskan ayatnya, ibu bangun dari duduk. Dia mengangkat bakul yang dalamnya ada kain baju yang sudah siap dibasuh dan berjalan mendekati tali yang dia buat untuk jemur pakaian.

Ersana bangun dari duduk. Kakinya masih terasa sakit. Walaupun sukar untuk dia berjalan, dia memaksa juga diri untuk berjalan dengan sendiri. Tidak mahu menyusahkan Ibu sekali lagi. Bilik air didekati. Bukanlah mewah seperti sebelum dia dibuang.

Seusai membersihkan diri, dia berjalan mendekati Ibu. Biskut yang Ibu beri padanya tadi, dia ambil dan makan. Beberapa minit berlalu, Ibu kembali dengan bakul yang sudah kosong. Bermakna sudah selesai Ibu menjemur pakaian.

"Ibu nak pergi mana?" Ersana menyoal apabila melihat Ibu seperti bersiap-siap mahu ke sesuatu tempat.

Mendengar soalan yang keluar dari dua ulas bibir Ersana, Ibu senyum. Dia seolah mempunyai anak perempuan untuk kali kedua. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu dari anak tunggalnya. Dia dibuang oleh anak tunggalnya dua tahun lepas. Sejak itu, dia mula menjadi gelandangan.

"Ibu nak pergi kutip tin. Adik rehat ya? Ibu pergi sekejap je ni. Petang nanti Ibu balik," beritahunya. Ersana menggigit bibir bawahnya. Sesungguhnya dia mahu ikut Ibu dan membanth Ibu mengutip tin. Tetapi dengan keadaannya yang sekarang, akan menyusahkan Ibu jikalau dia ikut.

Ersana menghela nafas perlahan. Mahu atau tidak, dia hanya mengangguk dan senyum tipis. Tak lama selepas itu, Ibu mula berjalan keluar dari jambatan.

DADANYA turun naik mengatur pernafasan yang tidak teratur. Bibirnya sudah pucat dan kering setelah 3 hari berturut-turut dikurung di ruang bawah tanah ini. Khair langsung tidak melepaskannya.

Tudungnya sudah hilang dari kepala akibat ditarik oleh anak buah Khair. Mereka bahkan hampir mahu merogolnya. Air mata sudah kering. Dia tidak tahu mahu beriaksi macam mana lagi dengan apa yang sedang dia lalui sekarang.

Semuanya begitu menyakitkan.

Mahu saja dia memukul kesemua dari mereka sekuat hati. Tapi apakan daya yang kekuatan yang dia ada, tidak cukup untuk membalas mereka. Mereka sangatlah ramai.

"Oh dah bangun?" Salah seorang anak buah Khair datang kepadanya bersama tali pinggang di tangan. Medina hanya melempar riak kosong. Setiap hari dia akan kena pukul dengan tali itu sampai lebam. Sudah biasa di matanya melihat tali di tangan lelaki itu.

Apabila dia tidak menjawab, lelaki itu bertukar agresif dengan mencengkam rahangnya dan memaksa dia untuk mendongak pandang ke arah mata lelaki tersebut. Lelaki itu senyum sinis. Medina bersama dengan riak kosongnya, dia meludah air liurnya tepat ke arah wajah lelaki tersebut membuatkan wajah itu langsung merah dan timbul urat-urat di dahi.

"Ee sundal ni-" belum sempat dia meneruskan niatnya mahu menampar Medina, ada tangan lainn yang sempat mengenggam tangan lelaki itu dari meneruskan niatnya.

Sekelip mata, lelaki itu sudah pengsan dikerjakan oleh jejaka asing di matanya. Dia tidak tahu siapa jejaka yang baru tiba di sini. Iris tajam itu menoleh memandangnya. Walaupun mereka berada dalam kegelapan, dia jelas dapat melihat iris jejaka itu yang berwarnaa biru. Bersinar di dalam kegelapan ini.

Dia membantu Medina melepaskan rantai yang mengikat gadis itu. Selesai membuka ikatan rantai di tangan dan kaki Medina, dia pantas menyambut Medina yang sudah pengsan terlebih dahulu. Gadis halus seperti itu dipukul dan tidak diberikan makan. Wajar jika Medina pengsan dan tidak sedarkan diri.

MEDINA buka mata. Apabila dia mahu bangun, alis keningnya berkerut sakit. Belakang badannya terasa lebam. Dan badannya sangat susah mahu digerakkan. Teringat tentang apa yang terjadi, matanya laju melilar melihat setiap sudut ruangan wad hospital yang dia duduki. Sepertinya jejaka yang membantunya itu sudah pergi tanpa sempat Medina mengucapkan terima kasih, jejaka itu sudah pergi terlebih dahulu.

Medina diam. Tidak mengeluarkan sebarang kata-kata. Dia masih terkejut dengan situasi yang dia alami. Dia bermimpikah? Adakah dia bermimpi yang ada orang datang menyelamatkannya?

Tetapi jikalau dia bermimpi, dia tidak akan ada di sini. Apa-apapun sekarang ni, dia sudah terlepas dari genggaman Khair. Sekarang ini dia hanya akan fokus mencari Ersana. Dia lebih risaukan Ersana dari dirinya sendiri.

Kerana Ersana seolah adik padanya.

ERSANA menghembuskan perlahan nafasnya. Panas. Mana tak panasnya kalau khemah ini berada di bawah teriknya matahari. Bila tengah hari, panas pula. Bila malam, sejuk.

Ersana pejam matanya. Tiba-tiba rasa mengantuk pula menyerang. Ibu sudah berjam-jam pergi. Melihat matahari yang masih terik ini kelihatannya masih tengah hari. Bilalah dia boleh sembuh dari luka ni. Sesekali dia akan mencapai biskut kosong itu dah makan untuk mengisi perutnya.

Ini pertama kali dia hidup seperti ini. Dia sendiri pun tidak pernah menyangka yang dia akan lalui hidup seperti ini. Bukanlah tidak mahu menerima takdir, cuma ia terasa seperti mimpi. Walaupun dia dibuang, tetapi dalam takdirnya tertulis yang dia akan  berjumpa dengan Ibu. Ibu yang akan membantunya lalui hari yang sulit.

Ersana mencapai ubat gamat dan menyapu sedikit di bahagian lukanya. Dia mahu cepat sembuh supaya dia boleh membantu Ibu berkerja juga.

 Dia mahu cepat sembuh supaya dia boleh membantu Ibu berkerja juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sikit lagi.

Broken TrustWhere stories live. Discover now