Bab 21

2.3K 177 14
                                    

Aku kembali duduk di atas sofa selepas beberapa minit kehulur kehilir. K-drama yang menayangkan cerita The K2 yang dilakonkan oleh ji chang-wook itu aku abaikan.

Hati aku resah sejak pemergian Hael tadi. Bagaimana kalau sesuatu yang buruk terjadi pada suaminya? Aku takut jika sesuatu yang buruk menimpa Hael.

Aku mengerling jam yang tergantung di dinding. Aku mengeluh perlahan bila tengok jam baru pukul 1 tengah hari. Selalunya Hael akan balik petang.

TOK TOK TOK

Bunyi ketukan pintu membuatkan aku yang sedang melamun jauh itu tersentak. Aku bangun dari duduk langkah kaki mendekati pintu utama rumah. Aku pulas tombol pintu tersebut.

Buka sahaja pintu, retina mataku disapa dengan wajah Hael. Tetapi ada yang lain dengan Hael. Baju yang dia pakai tidak sama dengan baju yang Hael pakai sewaktu pergi kerja.

Aku mahu menyoal tetapi aku batalkan sahaja niatku itu. Lagipun dia baru pulang. Dan aku juga berasa sedikit lega setelah melihat dia selamat sampai ke rumah seperti biasa. Cuma lebih awal. Tak pelik sebab kadang-kadang Hael memang akan balik awal.

"Hi awal balik? Kenapa?"

"Saja. Asal salah ke aku nak balik awal?" Balasnya sarkastik. Aku gigit bibir bawahku dan menunduk.

"Taklah. Saya saja tanya." Aku senyum tipis. Aku panjangkan tangan aku untuk menyentuh lengannya tetapi terlebih dahulu ditepis olehnya. Tanpa kata, Hael terus masuk ke dalam rumah meninggalkan aku di muka pintu.

Aku tutup pintu rumah dan kunci seperti biasa. Ianya mungkin hanya perasaan aku tetapi aku berasa yang auranya berubah. Tak sama seperti biasa.

Aku ikut langkah kakinya yang pergi ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. "Awak nak bawa saya pergi check up pukul berapa?" Soal aku. Memandangkan pagi tadi dia sendiri kata yang balik nanti dia akan bawa aku pergi check up.

"Check up apa?"

Kening aku berkerut mendengar ucapannya. Dia lupa ke? "Bukan ke kita nak pergi check up baby? Awak lupa ke?"

"Ha, aku lupa. Bukan benda penting pun. Untuk apa aku ingat." Aku tersentak mendengar ucapannya. Tak penting? Anak yang aku kandung ini tak penting?

"Siap sekaranglah." Aku mengangguk. Tanpa mempedulikan hati aku yang sudah terasa dengan kata-katanya, aku pergi naik ke bilik tidur kami dan bersiap.

"CONGRATULATIONS, puan. Puan disahkan mengandung. Usia baby sekarang baru seminggu. So, please take care of yourself okay? Your mentally, food and others. don't stress and don't do hard work."

Pesan doktor perempuan itu. Aku mengangguk dan senyum lebar mendengar berita itu. Aku toleh ke kanan di tempat Hael berada. Mahu melihat reaksi Hael. Saat itu, aku fikir reaksinya sama seperti aku. Ternyata aku salah. Dia bahkan sedang bermain telefon pintar saat doktor dan aku sedang berbincang tentang kandungan yang ada di dalam perut aku.

Aku kecewa dengannya. Tingkah lakunya. Tingkah laku Hael saat ini seperti orang asing yang tidak pernah aku kenal. Hael sungguh sangat berbeza saat ini.

Bukan ini reaksi yang aku mahu.

Aku kembali pandang doktor. Aku senyum tipis padanya dan mula menyoal berkaitan anak kami. Aku tidak mahu menyiakan waktu berharga ini. Biarlah kalau Hael nak dingin pada aku sekalipun. Aku akan bahagia harini untuk anak aku.

Anak sulung aku.

Anak pertama Aku dan Hael.

"AWAK, kita nak pergi mana? Ni bukan jalan balik rumah?" Soal aku panik. Ini aku tahu jalan ini. Jalan balik ke rumah yang buat aku trauma. Kenapa Hael bawa aku ke rumah ini? Dia sudah berjanji yang dia tidak akan bawa aku ke rumah ini lagi.

Broken TrustOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz