Bab 47

1.1K 86 4
                                    

PINTU biliknya yang dikunci itu dibuka. Aslan menguak dedaun pintu biliknya kemudian menutupnya semula apabila dia sudah membolos masuk ke dalam.

Alis keningnya berkerut apabila melihat kipas biliknya terbuka. Manakala cadar dan selimut tidak kemas seperti sebelum dia pergi. Aslan menghampiri katil biliknya. Selimut ditarik mahu melipatnya. Alangkah terkejutnya dia melihat ada Ersana yang sedang nyenyak tidur di atas katil.

"Ish, jangan tarik lah," dengan mata yang masih tertutup, selimut di tangan Aslan dia tarik semula. Aslan menggeleng. Tiada bilik lain ke sampai bilik dia yang menjadi tempat gadis ini tidur?

Aslan naik atas katilnya. Dia berbaring di bersebelahan Ersana yang lena tidur. Lagipun dia suami Ersana. Tak salah pun dia nak tidur dengan isteri sendiri kan?

Rambut depan Ersana yang menutup separuh wajah isterinya itu dialihkan dan diselit di belakang telinga. Ersana masih cantik seperti dulu. "Sleep well, darling." sejurus menghabiskan ayatnya, Aslan menutup mata.

Ersana langsung sedar saat mimpi buruk singgah sewaktu dia tidur. Mimpi dirinya gugur ketika Khair memijak perutnya. Ersana meraup rambutnya lemas. Dadanya berombak tidak tenang memikirkan tentang itu.

Balkoni bilik yang tidak tertutup itu dipandang. Langit sudah gelap. Lama betul dia tidur. Mata Ersana melilar melihat siapa yang letak tangan sasa di pinggangnya ini. Membulat matanya melihat Aslan yang tidur di sebelah dengannya.

Pantas dia menolak lengan Aslan. Apabila dia tolak, Aslan terus tarik Ersana supaya tidur di atasnya. Ersana terdiam. Badannya kaku.

"A-aslan. Lepas." Ersana menepuk dada Aslan berkali-kali. Makin lama, makin kuat dia tepuk. Sekali gus melepaskan geram.

Saat rasa ada yang menganggu tidurnya, Aslan membuka kedua mata. Tepukan di wajah dan dada Aslan terhenti apabila iris matanya bertentang mata dengan mata Aslan.

"L-lepas," nadanya bergetar menahan esak tangisan. Memori pahit di mana Aslan meninggalkannya di rumah Khair kembali berulang di kepala. Rasa marah dan benci bercampur aduk.

Sampai sekarang, parut yang pernah terhasil dulu masih ada di badannya. Itu sudah tiga tahun berlalu tetapi baginya kejadian dia gugur itu masih baru.

Aslan melepaskan Ersana. Ersana pantas bangun. Wajah Aslan ditatap dengan kemarahan. Spontan tangannya naik dan hinggap di pipi kanan Aslan.

PANG

Lalu mutiara jernihnya turun membasahi pipi. Matanya mulai merah mengingatkan semua yang Aslan buat padanya. Dia ingat semua mimpi buruk yang dia alami. Dia mahu marah semua yang Aslan buat padanya dan benci Aslan sepuasnya.Tetapi dia juga tahu yang dia takkan mampu buat semua itu.

"Kenapa awak tipu? Kenapa awak tinggal saya? Bukan awak dah janji ke tak nak tinggalkan saya?" Nadanya ketika itu sungguh kecewa. Dia tidak tahu di mana salahnya sampai perlu lalui sesuatu yang sesakit ini. Anak pertamanya mati di hadapan matanya sendiri. Dia sendiri nampak Khair memijak anaknya.

"Kalau awak tak mungkir janji, anak saya masih hidup." sambungnya.

Aslan diam tak berkutik. Benar sangkaannya yang Ersana sudah ingat semuanya. Dia sudah bersedia yang hari ini akan tiba juga. Hari di mana dia akan jelaskan semuanya yang terjadi. Aslan panjangkan tangannya mahu mencapai tangan Ersana tetapi Ersana pantas menepisnya.

"Darl-"

"Berhenti panggil saya macam tu kalau awak tak maksudkannya pun. Kalau awak sayang saya, awak takkan tinggalkan saya. Awak takkan mungkir janji. Lepas semua yang terjadi, awak ingat saya akan percaya dengan kata-kata palsu awak tu?"

"Then let me explain to you, what actually happen that day." Aslan betulkan kedudukannya. Lengan Ersana ditarik mendekatinya. Ersana mula menepis tidak suka, tetapi dia paksakan juga sampai Ersana mengalah.

"Ingat hari kita nak pergi check up our baby? Hari tu, aku kena langgar. Bangun-bangun je aku jumpa kembar aku, Arzene." Aslan lekapkan tangannya di perut kempis Ersana. Jika dia tahu ini yang akan terjadi, dari awal dia tidak akan keluar pada hari tersebut.

"Dan yang balik rumah, hantar kau rumah Khair, bukan aku. Tapi Arzene. Dia nak balas dendam. Jadi dia balas dekat kau," tangan Ersana diambil lalu Aslan mengucup telapak tangan Ersana. "Darling, I'm sorry. Aku gagal jadi ayah dan suami yang baik untuk kau dan anak kita." Aslan menunduk. Matanya sudah merah menahan air mata.

Buat pertama kalinya dia melihat Aslan menangis. Selama ini dia tahu yang Aslan sangat pintar menyembunyikan perasaan sebenarnya.

"I-I'm so sorry...I know that my apology doesn't mean anything to you, but I want it too."

"Kenapa bila awak dah lepaskan diri, awak tak cari saya?" Padahal boleh saja kan Aslan mencarinya sewaktu sudah terlepas dari genggaman Arzene. Kenapa tak cari ketika itu? Kenapa sekarang? Jujur dirinya agak goyah melihat keadaan Aslan yang turut terluka sama sepertinya.

"Aku dah cari. Tapi dalam perjalanan aku nak pergi rumah Khair jumpa kau, aku kemalangan jalan raya. Dan sebab kemalangan tu, aku hilang ingatan. Tiga bulan lepas, ingatan aku tentang kau aku ingat balik. Sebab tu aku balik Malaysia. Sebab nak cari kau."

Lidahnya kelu. Patut ke dia percaya dengan kata-kata Aslan? Separuh hatinya mahu kembali dan percayakan Aslan. Tetapi separuh lagi mahu membenci.

"Aku tak tipu kau. Ayaz yang jadi saksi kisah kita. Ayaz ada waktu aku pergi cari kau." Ersana peluk Aslan. Hanya sekejap. Izinkan dia untuk peluk Aslan. Dia mahu ketepikan dulu rasa marahnya. Aslan membalas pelukan Ersana.

"Mama Papa tahu ke pasal ni?" Dalam pelukan Ersana menyoal.

"Tak."

Beberapa dalam keadaan sebegitu, Ersana longgarkan pelukan. "Bagi saya masa untuk fikir kesudahan hubungan kita. Bila ingat balik apa yang saya lalui, benci saya pada awak datang balik," walaupun sekarang Aslan sudah menjelaskan semuanya, ambil masa untuk dia terima.

"Kalau tu yang buat kau bahagia, buatlah," dia sendiri pun tidak boleh memaksa Ersana untuk menerima dirinya semula. Dia tahu apa yang Ersana kena, tetapi dia tiada di tempat Ersana ketika wanita itu dipukul. Kalau masa boleh diundurkan, dia akan mengubah apa yang melukai Ersana akan dia elakkan dari berlaku.

Ersana mengelak matanya dari bertatapan dengan mata zamrud Aslan. Tidak, dia tak nak jatuh lagi dalam anak mata menawan itu. Biar kalini dia buat keputusan sebaik mungkin. Ersama bangun dari bersila. Dia berjalan keluar dari bilik Aslan.

Pintu biliknya dibuka. Ersana rebahkan diri di atas katil. Nafas dihembus lelah. Begitu banyak perkara yang mengejutkan harini. Ersana pejam mata. Harini, begitu melelahkan.

i takut nak pub chap ni and seterusnya

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

i takut nak pub chap ni and seterusnya. takut mengecewakan anda semua :<

Broken TrustOù les histoires vivent. Découvrez maintenant