Bab 29

1.2K 74 2
                                    

"NI, telekung untuk Ana solat nanti." Mak Teh menghulurkan telekung itu pada Ersana. Sudah beberapa hari berlalu sejak Ersana memutuskan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Itu yang terbaik untuk Ersana. Dia mahu lihat Ersana bahagia. Dan Ersana juga sudah mula berubah. Tidak selalu murung seperti dulu.

Dia tidak lagi berkurung di dalam bilik seperti waktu pertama kali datang ke rumah ini. Khair juga tidak lagi mencari Ersana. Bahkan setiap kali Mak Teh pergi berjumpa Khair, Khair langsung tidak menyoalkan tentang Ersana.

"Terima kasih, Mak Teh." Ersana senyum kemudian menarik telekung yang ada di pegangan Mak Teh. Telekung itu ditiliknya bersama senyuman. Cantik.

Mak Teh membalas senyuman Ersana mendengar komen positif dari wanita itu. "Jom turun bawah."

"Mak Teh pergi dululah. Lepas ni Ana turun." Mak Teh mengangguk. Kalau itu yang Ersana mahu, dia okey je. Mak Teh mengatur langkah meninggalkan Ersana di dalam biliknya bersendirian.

Hilang sahaja Mak Teh dari biliknya, Ersana menghampiri pintu gelangsar yang menghadap pemandangan luar rumah agam Mak Teh. Dia duduk di atas kerusi yang tersedia di hadapan pintu gelangsar itu.

Hanya jasad sahaja di situ tetapi fikirannya pergi ke arah lain. Memang sejak dia pilih untuk kembali melakukan ibadah, hidupnya menjadi tenang. Tak sama seperti dahulu. Tapi, setenang-tenang dia pun, nama Hael tetap teringat segar dalam kotak memorinya.

Hael, apa khabarnya?

Soalan itu tiada siapa mampu membalas melainkan tuan badannya sendiri. Mahu mencari Hael juga tidak bisa kerana dia takut kalau terserempak dengan Khair.

Jadi dia memilih untuk kekal di rumah.

Ersana mengurut tepi kepalanya yang terasa sakit. Laci night stand dibuka dan diambil botol ubat tidur lalu dia makan 5 biji ubat tidur tersebut. Nampaknya, dia tidak akan turun ke bawah seperti yang dia kata pada Mak Teh tadi.

Ubat tidur, sudah biasa dia makan setiap hari. Kalau tak makan ubat tidur, dia memang susah sangat nak lelap. Setiap kali sakit kepala pun dia akan makan ubat tidur. Ersana bangun dari kerusi. Dia berjalan ke arah katil dan berbaring.

Matanya dipejam rapat. Perlahan-lahan dia disambut mimpi.

"ANAK kau dah mati, Aslan." Arzene mencengkam rahang Aslan. Memaksa untuk memandang ke arah matanya yang penuh dengan dendam.

"Berhentilah dendam dengan benda bodoh. Mama, Papa layan kita sama rata je." Aslan bersuara setelah beberapa hari dia hanya diam membiarkan si adik melepaskan amarah.

"Tak! Aku tahu. Papa, Mama layan kau lebih. Nenek pun sama! Dia baru nak layan aku baik, bila kau buat hal," balasnya tidak puas hati. Selama ni Nenek abaikannya. Bila Aslan memilih untuk kahwin dengan Ersana, barulah Nenek nak manjakannya.

"And apa yang kau tak puas lagi? Nenek dah layan kau baik kan?" Aslan menahan rasa sakit saat Arzene memijak bekas luka tembakan yang dia terima.

"Apa yang aku tak puas? Nenek layan aku baik sebab muka kita sama je. Kalau tak, sampai mati pun dia takkan layan aku baik!" Kerusi yang menjadi tempat Aslan diikat itu, disepak oleh Arzene.

Aslan jatuh dan kepalanya terhantuk lantai di bangunan tersebut. Aslan pejam matanya saat kepalanya berdenyut-denyut sakit. Mahu melepaskan diri pun susah dengan keadaannya yang kaki masih luka dengan bekas tembakan.

Arzene menggepal penumbuk. Tidak, tidak dia masih lagi tidak puas. Tidak puas menyeksa Aslan. Arzene mengeluarkan pistol yang disimpan kemas di dalam poket seluarnya.

Pistol diangkat dan dibawa ke arah Aslan. Arzene senyum senget. Dengan kematian Aslan, akan mampu buat dia puas. "Goodbye, my twins."

BANG

BANG

BANG

ERSANA pegang dadanya apabila bunyi kilat menyentakkannya. Pandangan dilemparkan ke arah pintu gelangsar yang menghadap pemandangan luar. Dapat dia lihat dengan jelas yang awan mula gelap.

Dia mula rasa tak sedap hati.

Ersana membuka telekung yang menutup badanya itu. Telekung solat dilipat dan disangkut di hanger. Katil dihampiri kemudian Ersana duduk di atas katil itu. Di dalam hatinya tidak berhenti berdoa. Semoga, semuanya baik-baik sahaja.

Ya Allah, kau jagalah dia di manapun dia berada. Bisik hati kecilnya.

 Bisik hati kecilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now