Bab 52

1.1K 74 0
                                    

"DAH SAMPAI?" Ersana menyoal. Lama dia termenung sampai tidak sedar yang mereka sudah sampai di rumah lama mereka. Pintu kereta bahagiannya dibuka oleh Aslan. Keluar sahaja dari perut kereta, dia senyum tipis. Rumah itu masih sama seperti dulu. Tiada yang berubah. Cuma, motosikal lama Aslan yang sudah tiada.

Dengan kunci yang dia ada, Aslan membuka pintu rumah dengan kuncinya. Buka sahaja pintu, Ersana diarah untuk masuk terlebih dahulu. Ersana masuk ke dalam rumah. Suasana di dalam rumah itu sunyi sepi. Tetapi kenangan yang ada tiga tahun lepas mula bermain di dalam kepalanya.

Kenangan yang pernah terhasil di dalam kepalanya ini semuanya indah. Ia menjadi kenangan hitam selepas hari kedua dia membawa Arsene dalam perut.

Aslan yang perasan dengan perubahan yang dialami oleh Ersana itu, dia lantas peluk pinggang ramping isterinya. Badan Ersana yang tadinya menggigil itu mulai tenang apabila Aslan memeluknya.

"Hael..." suaranya tersekat-sekat memanggil nama Aslan. Dadanya berombak laju mengatur pernafasan. Dia tidak dapat menahan lagi tangisan yang mahu keluar.

"Shh, aku ada." Aslan pusingkan Ersana menghadapnya kemudian Aslan masukkan Ersana ke dalam pelukan. Ersana mula menangis di dada bidang Aslan. Sesekali tangannya akan naik memukul perlahan dada Aslan.

"Ya, macam tu. Pukul aku. Pukul sampai rasa marah dan sedih kau hilang." Aslan membiarkan tangan kecil Ersana memukulnya. Dia akan menahan dan memaafkan semua pukulan Ersana padanya.

"Ya Allah, maafkanlah kesalahan isteri aku saat ini," gumamnya perlahan.

Tak lama selepas itu, perlahan-lahan tangisan Ersana mulai reda. Ersana angkat kepala pandang mata Aslan yang dari tadi memandangnya.

"Feel better?" Aslan menyoal. Dia usap kepala Ersana yang berbalut tudung bawal.

Ersana mengangguk. Kemudian mata dia turun pada dada Aslan yang berlapik baju. Basah dengan air matanya. Aslan yang perasan pada pandangan mata Ersana tertuju pada bajunya, bersuara. "Tak apa, nanti aku keringkan baju ni."

Ersana bangun berdiri. Selama dia menangis tadi, dia hanya duduk di atas riba Aslan. Bila teringat balik, buat mukanya jadi kembali membahang malu. Apabila Ersana sudah bangun darinya, Aslan membuka baju t-shirt. Baju itu dijemur di atas sofa.

Sekarang, Aslan hanya memakai seluar. Dengan keadaannya yang seperti itu, Aslan membawa Ersana masuk ke dalam bilik tidur mereka.

"Kau mengantuk kan? Tidur dulu. Nanti Asar, aku kejut," selalunya seperti itu. Setiap kali selepas Ersana menangis, Ersana akan meminta untuk tidur.

Tubuh Ersana dibaringkan di atas katil. Setelah diselemut, Aslan pusingkan badannya mahu keluar dari bilik tetapi langkahnya terhenti apabila tangan kecil Ersana menahan dia dari meneruskan langkah seterusnya.

"Hael...teman," pintanya lembut. Mendengar permintaan isteri kecilnya, Aslan bersetuju dan dia mula berbaring di bersebelahan Ersana.

Keadaan mereka berdua di dalam bilik itu hanya senyap. Keduanya hanyut dalam fikiran masing-masing.

"Hael...saya rindu Arsene," ucapnya perlahan. Nada suaranya sangat lemah saat itu. Nafasnya sudah tersekat-sekat.

"Kita doakan dia ya? Arsene pun mesti rindu kau," sekali lagi wajah Ersana basah dengan air mata. Sejak akhir-akhir ini, dia dan air mata seumpama kawan baik.

"Hael nanti awak kejut saya tau. Saya nak solat Asar sama-sama dengan awak," katanya perlahan. Saat ini, matanya sudah tidak mampu untuk dibuka. Terasa berat sekali. Sungguh dia penat berada di sini. Semuanya terasa sakit apabila ingat tentang masa lalu.

Ersana pejam mata. Air matanya yang masih mengalir dari tubir mata, dibiarkan sahaja. Dia mahu melepaskan semuanya.

Mata kembali dibuka apabila terasa ada sesuatu yang kecil bermain di wajahnya. Alis kening Ersana berkerut melihat ada bayi lelaki bermata zamrud ada di sini. Tetapi tempat yang dia berada sekarang, bukanlah rumah sewa dia dan Aslan.

Bukan ke tadi dia sedang tidur di bersebelahan Aslan?

Matanya kembali tertuju pada bayi lelaki itu. Tampan dengan matanya warna zamrud. Ersana mengangkat bayi itu kemudian diletakkan di atas ribanya.

Tangan kecil itu tidak duduk diam. Ada je akan menarik hidung Ersana dengan senyuman yang tidak pudar. Pandangannya pada bayi itu beralih pada seorang lelaki yang sedang menghadap laut. Lelaki itu, dia kenal. Aslan, suaminya.

Matanya kembali memandang ke arah bayi tersebut apabila bayi itu mula bersuara, "Ba...bah!" Kedua mata Ersana membulat suka. Jika dia memanggil Aslan sebagai Babah, bermakna bayi lelaki ini ialah...Arsene.

Sedar akan hal itu, pantas dia memeluk Arsene dan melabuh ciuman di pipi Arsene berkali-kali. Jadi benar sangkaannya yang mata Arsene akan ikut mata Aslan.

"Hael!" Ersana panggil Aslan. Aslan berbalik kemudian jejaka itu senyum ke arah mereka. Aslan bangun dari duduk kemudian datang menghampiri tempat dia dan Arsene berada.

"Hi darling dan anak Babah." Arsene yang berada di atas riba Ersana, Aslan ambil kemudian mencium pipi bulat itu.

Dia kembali melihat ke arah Ersana seusai mencium pipi Arsene. "Baby, tengok Umi nangis." Arsene yang seakan faham dengan kata-kata Babahnya itu, dia mula merangkak naik ke atas riba Ersana dan mengelus lembut pipi Ersana.

"U...mi!" Dengan dia yang masih sukar untuk berkata-kata, dia menyebut nama panggilan yang Aslan ajar padanya. Ersana senyum dalam tangisan mendengar panggilan Arsene padanya.

Ini terasa seperti mimpi yang dia boleh berjumpa Arsene.

"Dah, baby. Umi ngantuk. Dia nak sleep. Say bye bye to Umi," arah Aslan lembut pada Arsene. Tak lama selepas itu, Arsene mula melambaikan tangannya pada Ersana.

Ersana pejam mata.

Buka sahaja matanya, tiada lagi Arsene di hadapannya. Hanya ada Aslan yang sedang tidur bersebelahan dengannya. Ersana senyum tipis. Walaupun sekejap, tetapi sungguh dia menikmati momen-momen terakhir itu. Ersana menyentuh pipi Aslan. Wajah Aslan kelihatan tenang apabila tidur.

Kalau waktu Aslan buka mata, jujur yang dia sangat takut nak bertatapan. Iris zamrud itu begitu tajam di matanya.

Melihat kedua mata Aslan terbuka, cepat-cepat Ersana menutup matanya dan berpura-pura tidur. Walaupun dia sudah tahu yang Aslan pastu sudah sedar yang dia sudahpun bangun dari tidur.

"Sayang, aku tahu kau dah bangun," pinggang Ersana ditarik rapat ke badannya. "Esok, aku hantar kau balik rumah Mama okey? Aku nak pergi kerja jap. Nanti kerja dah settle, aku pergi ambil kau lepastu kita balik rumah kita." Ersana mengangguk. Dia boleh saja mana-mana pun. Asalkan Aslan dekat dengannya, dia okey aje.

 Asalkan Aslan dekat dengannya, dia okey aje

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now