Bab 51

1K 75 3
                                    

MEREKA berdua masuk ke dalam tanah perkuburan islam. Ersana terue berjalan sambil mata melilar mencari nama penuh anak lelakinya. Dia terus berjalan sampailah jumpa kubur Arsene, dia berhenti di situ.

Ersana menghampiri kubur tersebut dan dia duduk di atas kerusi yang disediakan. Kubur anak lelakinya dipandang dengan perasaan yang jelas sebak.

Tangan kekar Aslan yang mendarat di bahunya buat rasa sebaknya sudaya upaya ditahan. "Arsene." Ersana tarik nafasnya kemudian dihembuskan perlahan. "Umi datang bawa Babah jumpa Arsene. Arsene mesti rindu Babah kan?" Bibirnya dipaksa tarik senyum tipis di hadapan kuburan anak lelakinya.

Aslan senyum. Dia genggam tangan Ersana. "Kita buat adab ziarah kubur dulu."

"Assalamu'alaikum dara qaumin mu'minin wa atakum ma tu'adun ghadan mu'ajjalun, wa inna insya-Allahu bikum lahiqun."

("Assalamualaikum hai tempat bersemayam kaum mukmin. Telah datang kepada kalian janji Allah yang sempat ditangguhkan besok, dan kami insya Allah akan menyusul kalian." )

Aslan mengambil tangan Ersana, kemudian diletak di atas batu nisan.

"Astaghfirullah hal adzim Alladzi la ilaha illa Huwal hayyul qoyumu Wa Atubu ilaihi."

("Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha hidup lagi Maha berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya.")

Aslan menadah kedua-dua tangannya. Haura juga turut tadah tangan kemudian Surah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas di baca. Selesai membaca surah tersebut, Aslan menyambung lagi Membaca kalimat Tahlil.

"Laailaaha illallah."

(Tiada Tuhan selain Allah)

"Allahummaghfìrlahu war hamhu wa
'aafìhìì wa'fu anhu, wa akrìm nuzuulahu
wawassì' madholahu, waghsìlhu bìl maa'ì watssaljì walbaradì, wa naqqìhì,
mìnaddzzunubì wal khathaya kamaa
yunaqqatssaubul abyadhu mìnad danasì.

"Wabdìlhu daaran khaìran mìn daarìhì wa zaujan khaìran mìn zaujìhì. Wa adkhìlhul jannata wa aìdzhu mìn adzabìl qabrì wa mìn adzabìnnaarì wafsah lahu fì qabrìhì wa nawwìr lahu fìhì."

("Ya Allah, berilah ampunan dan rahmat kepadanya. Berikanlah keselamatan dan berikanlah maaf kepadanya. Berikanlah kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air, es, dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran."

(Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, isteri yang lebih baik dari isterinya. Masukkanlah dia ke dalam surga, berikanlah perlindungan kepadanya dari azab kubur dan azab neraka. Lapangkanlah baginya dalam kuburnya dan terangilah dia di dalamnya." (HR. Muslim).

Sesudah Aslan membaca segala adab menziarahi kubur, mereka berdua mula menyebut setiap huruf suci Al Quran yang terdapat dalam Yassin. Surah Yassin dibaca dengan penuh tertib bersama dengan tajwid yang betul.

Botol air yang dibawa, penutup itu dibuka. Aslan memberikan Ersana menyiram kubur Arsene terlebih dahulu bermula dengan kepala hingga kaki. Selesai bahagian Ersana, Aslan pula yang menyiramnya. Ketika siram kubur Arsene, selawat tidak henti meniti di bibir.

Kawasan di tanah perkuburan itu mulai panas, Aslan menyuruh untuk Ersana masuk ke dalam kereta terlebih dahulu. Nanti dia akan menyusul. Ersana dihantar dengan ekor mata.

Hilang sahaja Ersana, Aslan duduk bercangkung di sebelah kubur Arsene. Matanya mulai merah melihat kubur anak lelakinya secara keadaan seperti ini. Tidak pernah dia fikir yang di tiga tahun ke depan, dia akan jumpa Arsene dengan keadaan alam mereka yang berbeza.

"Terima kasih jaga Umi selama Babah tak ada. Terima kasih sebab bahagiakan Babah dan Umi walaupun tak lama. Walaupun Arsene tidak lahir lagi, tapi waktu Umi mengandungkan Arsene pun kami sudah gembira."

Mahu atau tidak dia perlu terima kematian Arsene. Pernah dia dengar bahawa bayi yang gugur itu kerana pilihan sendiri. Kerana sewaktu berada di dalam kandungan Ibu, seorang bayi akan disoal oleh malaikat mahu dilahirkan atau tidak. Dan mungkin saja Arsene menolak untuk dilahirkan.

Hidup di dunia ini memang banyak ujian yang akan di hadapi. Banyak rintangan hidup. Ujian itu datang untuk menguatkan. Sama juga dengan sekarang. Allah menguji dia dan Ersana kehilangan anak pertama mereka kerana mahu mendidik mereka untuk di masa hadapan, ingatlah bahawa dunia ini sementara.

Semua akan kehilangan orang tersayang.

"Tunggu Babah dan Umi di syurga ya? Tak lama dah ni. Babah pun nak ikut Arsel balik." Aslan mencium batu nisan anaknya lama. Membayangkan yang sekarang dia sedang mencium dahi Arsene.

Aslan keluar dari kawasan tanah perkuburan Islam. Kereta yang berada di tempat letak kenderaan dihampiri. Masuk sahaja dalam kereta wajah Ersana dipandang.

"Jangan nangis. Arsene tunggu kita dekat sana," tangannya dilarikan di wajah Ersana. Membersihkan air mata yang mengalir di tubir mata si isteri.

"Mana ada nangis." Ersana menafikan. Ialah mana ada dia nangis. Mata berair aje.

"Ye sayang. Kau tak nangis. Kau cry je kan?" Perlinya dan mendapat pukulan manja dari Ersana. Aslan menekan pedal minyak dan kereta bergerak membelah jalan raya.

"Nak pergi mana ni?" Aslan menyoal. Keadaan di kereta ini sunyi sepi sampailah dia yang pecahkan kesunyian.

"Rumah lama kita." Aslan mengangguk. Dia sudah lama tidak pergi dan membersihkan rumah itu. Maklumlah asyik mengawasi Ersana dari jarak yang jauh.

 Maklumlah asyik mengawasi Ersana dari jarak yang jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sabar ya, nanti Babah jumpa Arsene di alam barzakh.

Broken TrustWhere stories live. Discover now