Bab 6

3.1K 199 5
                                    

"NIA buat apa dekat sini?" Aslan menyoal Arzania sedang duduk di atas sofa. Arzania menundukkan kepalanya. Wajahnya sudah merah melihat sepasang mata milik Aslan.


"Mama minta Nia datang sini. Nak bincang pasal kita," matanya masih tertumpu ke arah lantai marmar.

Aslan meraup rambutnya kebelakang. Ni dah satu hal. Dengan Ersananya yang masih merajuk dengannya. Tanpa sebarang suara yang terbit di bibir, Aslan terus meninggalkan Arzania di situ mahu berjumpa dengan Alcazar yang baru pulang dari kerja.

Ini sudah mahu masuk maghrib tapi Arzania berbual, memasak bersama ibunya dari pagi hinggalah maghrib. Ersana? Gadis itu pergi berjumpa Natasha tetapi sampai sekarang tak balik.

Sempat dia ketuk terlebih dahulu pintu kayu Bilik kerja Alcazar sebelum melangkah masuk. Saat Alcazar sudah memberi kebenaran terus dia memulas tombol pintu kayu itu.

Pintu dikuak dan ditutup oleh Aslan. Irisnya disapa dengan Alcazar dan Ashira sedang duduk di atas sofa sambil memandangnya pelik. Mungkin tidak menduga dengan kehadirannya di sini.

"Kenapa?"

"Apa maksud Mama yang Aslan akan kahwin dengan Arzania? Tak pernah setuju pun."

"Mama berkenan dengan Nia. Mama yakin Nia akan dapat jadi isteri yang baik untuk kamu." Ashira berkata lembut. Dalam ayatnya sudah tentu terselit pujian terhadap bakal menantunya itu.

"Tapi Aslan tak anggap dia lebih pun."

"Ya, Mama tahu. Tapi, mama juga yakin yang Nia boleh jadi isteri yang baik untuk Aslan. Dan lagi satu, bila dah kahwin bolehlah kenal-kenal dengan Nia. Bercinta lepas kahwin kan lagi bagus."

Aslan meraup rambutnya kasar. Semua orang nak kahwinkan dia dengan Arzania. Kenapa tak kahwinkan Arzania dengan Ayaz si talam dua muka tu?

"Aslan dah ada calonnya," berkerut kening Ashira mendengar sahaja apa yang Aslan beritahu.

"Siapa? Bawa dia jumpa Mama."

"Kiranya kalau bawa dia jumpa mama, mama akan terima dia?"

"Aslan, walaupun mama nak kamu kahwin dengan Nia tapi kalau dah ada calon, mama mestilah perlu hormat keputusan Aslan. Kamu yang nak kahwin bukan mama."

Bukan sifatnya yang suka memaksa Aslan berkahwin dengan pilihannya. Jika Aslan tidak mahu, tidak mengapa. Dia tidak akan paksa. Yang mahu kahwin bukannya dia, tapi anaknya.

Aslan mengangguk. Dia senyum ke arah Ashira yang turut memandangnya.

MALAM itu semuanya berkumpul untuk menikmati makan malam. Awalnya, hanya dengar suara Alcazar dan Ayah Arzania berbual pasal basketball.

Manakala Ashira dan Ibunya Arzania berbual tentang handbag Carlo Rino yang baru keluar. Aslan dan Ayaz? Entah lah dua orang tu ada je yang nak digaduhkan.

Memang padan sungguh Aslan yang dingin manakala Ayaz yang suka mengusik. Tapi sesungguhnya di dalam keluarga ni, Ayaz yang paling-paling misteri. Kalau Aslan, dialah yang paling dingin, kasar.

Arzania pula berborak dengan kakaknya. Mulut sahaja yang bergerak manakala Mata tak henti-henti jeling orang depan. Bila eye contact dengan Aslan, dia terus tundukkan pandangan.

Hanya dia seorang diri di sini. Tiada teman berborak. Sedang dia merenung nasib sendiri, telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Terus dia menggesek ikon berwarna hijau dan menekup telefon di telinga.

Tanpa mempeduli mata-mata yang melihatnya, dia bangun dari duduk. Kolam renang dituju. Sampai di situ dia duduk di tepi kolam sambil kaki berendam di dalam air.

"Ya kenapa?" Ersana menyoal Natasha. Dah lama Natasha tak call dia.

"Aku nak ajak kau balik kampung aku. Jom!" Katanya bersungguh-sungguh. Bersemangat mahu membawa Ersana ke rumahnya.

"Eh, tak apa ke?"

"Mestilah tak apa. Jomlah nenek aku nak kenal-kenal dengan kau."

Ersana menggigit bibir bawahnya. Dia bukan tak nak tapi segan dan takut. Takut kalau kehadirannya tak dijemput oleh keluarga Natasha.

"Bolehlah...tapi keluarga kau okay ke kalau aku pergi?"

"Mestilah okay. Diaorang yang ajak. Kita jumpa esok eh, pukul 8 pagi. Jangan lewat!" Seusai menghabiskan ayatnya, Natasha memberi salam lalu panggilan telefon dihentikan.

Ersana memegang kemas telefon bimbitnya. Kepala mendongak melihat langit malam yang dihiasi dengan bintang-bintang yang berterabur di langit.

"Say something in french."

"Tu es I'amour de ma vie." katanya bersama suara serak basah. Gadis itu senyum lebar walaupun tidak tahu maksud perkataan itu.

"What does it mean?" Soalnya sambil tangan naik mengelus rambut messy jejaka itu.

"You are the love of my life."

Ersana pegang kepalanya yang mula berpusing selepas bayangan itu berlalu. Ada apa dengannya? Kenapa dia seperti sangat kenal punca suara itu. Saat dia mahu cuba untuk ingat, kepalanya sakit.


Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
Broken TrustWo Geschichten leben. Entdecke jetzt