Bab 4

1.1K 41 0
                                    

Di dalam tandas, aku membetulkan tudung dan sekali sekala aku membetulkan bajuku. Aku rasa serba-serbi tidak kena dengan diriku. Macam over pula aku pakai baju macam ni.

Lama aku berdiri di hadapan cermin dan setelah aku puas dengan penampilanku, aku berlalu keluar dari tandas.

"Habis tu, macam mana sekarang ni? You nak ganti balik tak baju I ni? You bagi number you sekarang, nanti senang I nak cari you balik!"
Seorang perempuan bersuara, nadanya seperti sedang marah.

Aku memandang seorang lelaki yang tinggi di hadapannya. 'Pasangan bercinta kut, biasalah tu gaduh-gaduh.' Malas aku hendak melayan, terus sahaja aku berjalan dengan sedikit menunduk sambil berkata "Excuse me.." dan terus meninggalkan pasangan itu.

"Hadirin sekalian,

Buah pauh mari di kerat,
Alamat petang boleh dimakan,
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan.

Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.

Tanpa membuang masa, saya dengan ini mengumumkan langkah masuk pengantin perempuan, Violet Sandra binti Nazim ke persada pelaminan."

Disebelahku, aku lihat Zaza yang tersenyum manis ke arah pengantin perempuan yang juga merangkap kawan lamanya itu sedang berjalan di atas red carpet menuju ke pelamin. Dari riak wajahnya, aku nampak dia sedikit sebak. Terus aku dekatkan diriku dan memeluknya dari tepi.

Lalu alunan selawat pun mula dimainkan ketika pengantin perempuan berjalan menuju ke pelamin.

Setelah selesai lafaz akad bagi pengantin lelaki dan bacaan doa, pengantin lelaki diminta untuk mengerjakan solat sunat selepas nikah diikuti dengan sujud syukur di tempat khas yang sudah disediakan oleh pihak majlis.

"Aku happy gila tengok Violet tadi, uihh segak juga noh suami dia.. Hang nampak dak depa masa makan beradab tadi? Sweet aih. Nanti hang kahwin, aku nak jadi pengapit dengan bridesmaid hang tau, Thea." Zaza memulakan bicara ketika aku sedang memandu untuk pulang.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Violet juga sudah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Aku doakan semoga hubungan mereka sentiasa dihiasi dengan kemanisan agama dan kekal hingga ke Jannah. Aamiinn..

Sepanjang majlis berlangsung, ramai tu memanglah ramai tapi suasana di majlis tadi sangatlah menenangkan. Dengan alunan zikir dan selawat yang diputarkan secara terus-terusan sehingga aku menjadi lupa dengan rasa 'benci pada keramaian' yang ada dalam diriku ini. Tapi untuk aku pergi lagi ke majlis macam ni.. Aku tak tahu aku mampu atau tidak.

"Amboi hang ni, dok balun semua tugaih awat? Awai noh hang booking? Tapi aku tak buleh janji dengan hang lah Za sebab aku ada kawan-kawan. Lagipun kalau hang yang jadi pengapit aku, riuhlah jawabnya dekat ataih pelamin tu nanti sebab hang." Aku berkata seolah-olah menyindirnya.

"Sampai noh hati hang habaq kat aku lagu tu, kalau aku ni tak dak nanti, hang jangan dok call-call aku lepaihtu ajak jumpa bagai noh. Malaih aku kawan ngan hang dah." Zaza membalas seakan menyambung sindiranku.

Aku tersenyum, "Ha, buatlah perangai lagu tu, silap-silap kalau aku dah kahwin sampai ada anak semua nanti, hang masih lagi single sebab perangai kuat sentap hang tu. Masa tu baru padan muka hang tau!"

"Malaih aih aku bertekak dengan hang ni. Hang cakap macam hang dah ada calon, hang pun single. Toksah dok berangan cakap pasai anak bagai aih. Bukannya laku pun hang tu!" Sambung Zaza untuk menghentikan perbualan.

Sentap ke? Relaxlah, kita dua-dua single kut? Haha!

Aku turun ke tingkat bawah setelah selesai mandi serta menunaikan kewajipan. Aku bercadang untuk membuat kek batik kerana sudah menjadi kebiasaanku pada setiap minggu supaya kek batik akan sentiasa tersedia di dalam peti sejuk. Tetapi kek batik itu tak akan mampu bertahan sehingga seminggu, kerana Zaza juga sukakan kek batik! Kami selalu makan bersama ketika menonton televisyen atau ketika berbual kosong di meja makan.

"Hang nak masak ka?" Zaza yang baru masuk ke ruang dapur itu aku pandang sekilas.

"Hm? Tak lah.. Aku nak buat kek batik je, hehe.. Kau lapar ke? Nak makan apa?"

"Aku ingat nak masak mee goreng.. Hang mau?" Tanya Zaza.

"Hm boleh jugak, aku pun rindu mee goreng kau. Kau nak aku tolong tak?" Aku bertanya padanya kembali.

"Takpayah aihh.. Ni hang nak buat kek batik dulu ka macam mana? Hang buat kek batik tu sat ja kan? Hang masak dulu la noh? Sementara hang dok buat kek batik tu, biar aku sediakan bahan-bahan masak dulu."

Aku yang masih berdiri di belakang Zaza terus mengeluarkan butter dan susu pekat dari dalam peti sejuk. Kemudian mengambil biskut Marie dan Milo yang terletak di dalam kabinet. Pantas tanganku bergerak mencapai segala bahan termasuklah kuali untuk memasak.

15 minit kemudian, aku bergerak ke ruang makan untuk memanggil Zaza dan memberitahunya bahawa aku sudah pun siap membuat kek batik. Ku lihat dia leka scroll media sosialnya.

"Zaza.. Aku siap dah aih. Lekaih lah, aku nak tengok hang masak!" Panggilku.

Begitulah aku, suka menyibuk di dapur untuk melihat Zaza memasak. Kadang-kadang ada juga topik yang kami bualkan bagi menghilangkan rasa sunyi ketika Zaza memasak.

"Hang ni baguih dah, rajin ikut aku ke dapoq. Tapi bila aku suruh masak, satu apa pun hang tak tau! Aku tahu hang minat baking-baking ni.. Tapi hang kena belajaq masak lauk-pauk juga. Tak kan hari-hari hang nak makan kek? Gemuk hang satgi baru hang tau!" Panjang Zaza membebel.

"Nantilah, Za. Ala, kau ni kecoh betullah! Kau kan ada boleh masak? Kalau aku tak ada dengan kau sekali pun, mungkin sebab aku balik rumah ibu, lepastu nanti kita jumpa balik. Kau nak pergi mana sampai aku tak boleh minta tolong kau untuk masak? Lagipun aku kuranglah bab memasak ni.. Hehe.." Jelasku.

"Tak menjawab memang tak sah la hang ni! Aku bercakap ada ja hang nak menjawab kan? Aku pelangkung pala hang pakai kuali ni satgi, apa pun hang tak dapat!" Jawab Zaza yang tak ubah seperti gaya mak-mak yang sedang memarahinya anaknya.

Boringlah Zaza ni! Tak cool langsung!

"Jom makan.. Muka tu awat? Marah ka? Lantak hang la Thea, aku lapaq ni.. Tak dak masa aih nak melayan. Kalau nak merajuk, pi naik ataih, tutup lampu lepaihtu pasang lagu broken macam yang biasa hang buat tu." Zaza bersuara setelah melihat wajah cemberutku.

"Biasa.. Biasa, maksudnya?" Jawabku sambil menelengkan kepalaku ke kanan.

Zaza tersenyum, "Hang pasaipa? Toksah berangan aih nak jadi macam abang viral tu. Tak comei pun, rasa macam nak tampaq ja tau! Lainlah abang tu, herlokk!"

Terkena lagi aku. Malas mahu membalas, aku terus melabuhkan punggungku di kerusi meja makan. Dan kami pun menjamu selera bersama sambil menyambung kisah tentang abang viral sebentar tadi.

Gaduh dengan Zaza ni tak boleh lama-lama, nanti rindu!

His Sayang with White Loveحيث تعيش القصص. اكتشف الآن