Bab 85

671 31 3
                                    

"Mall?"

Faiq mengangguk.

"Awak nak tahu apa?" Tanyaku.

"Macam mana dia boleh ada dekat situ tadi?"

"Dia? Maksud awak, Ahmad?"

Faiq mengangguk.

"Saya terserempak aje dengan dia tadi. Saya tengah main phone, tiba-tiba dia tegur saya. Tapi, saya tak borak banyak pun dengan dia tadi." Terangku.

"Lagi?"

Aku kerut kening, "Itu ajelah. Lepas tu kan awak datang?"

Faiq kini kelihatan lebih serius dan memandang tajam ke arahku. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"What?" Tanyaku.

"Ada benda lagi yang awak nak jelaskan dekat saya?"

Aku menggeleng, "Tak ada."

"Fine. Dah, jom naik." Faiq mula berdiri.

"Adzrin, awak marah saya lagi ke?"

"Tak. Saya mengantuk."

"Kalau awak masih marah saya lagi, awak bagitahulah. Saya tak tenang kalau awak asyik layan saya macam ni."

"Saya tak marah awak. Jomlah naik atas? Seharian kita keluar harini, awak mesti penat kan? Jom naik?" Faiq menghulurkan tangannya kepadaku.

Aku hanya melihat tangan yang dihulur itu beberapa saat sebelum aku menyambut hulurannya.

"Saya minta maaf." Ucapku sambil berjalan.

"Awak tak salah pun."

"Saya rindulah.."

"Rindu siapa?" Tanya Faiq seraya menoleh.

Aku tetap memandang ke hadapan, "Rindu dengan Faiq yang banyak cakap. Rindu sangat."

Selepas menuturkan kata-kataku itu, terus sahaja aku berjalan laju ke hadapan meninggalkan Faiq di belakang.

Keesokan harinya...

"Sayang, hari ni kita keluar nak?" Aku memulakan perbualan.

Faiq yang sedang leka melihat pantai segera menoleh, "Pergi mana?"

"Rahsia. Saya nak bawa awak pergi ke suatu tempat." Jawabku.

"Where?" Soal Faiq.

Aku senyum, "Somewhere only we know, baby.." Aku bersuara dengan nada yang lembut dan sengaja aku mengenyitkan sebelah mataku kepadanya.

Faiq menelan air liur, "O-Okey."

Aku senyum.

"Kita nak buat apa dekat sini?" Tanya Faiq sambil memandang ke sekeliling.

"Naik kereta kabellah, buat apa lagi?" Jawabku.

Faiq kerut kening, "Awak kan takut naik kereta kabel?"

"Tak apa. Demi suami kesayangan saya ni, saya sanggup naik untuk kali yang kedua."

"Seriously? Tak payahlah naik, kita jalan-jalan aje dekat sini. Nak?"

Aku menggeleng, "I don't care, sayang. Jom.."

Aku menarik tangannya ke ruang menunggu. Dan setelah hampir 15 minit menunggu, giliran kami akhirnya tiba.

Aku mencapai tangan Faiq dan aku bawa ke arah sebuah kereta kabel yang sudah disediakan.

"Ready?" Sengajaku bertanya.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now