Bab 89

636 45 3
                                    

"Oh.. Sorry, but can I get your attention?" Pinta Faiq.

"Kejap, nak fikir.." Sengaja mahu mengusik.

"Baby..."

Aku ketawa, "Fine. Boleh."

Tangan kiriku yang sejak tadi memang digenggam erat oleh Faiq sengaja Faiq lepaskan dan ditukar dengan tangan kanannya.

Faiq memusingkan badan menghadapku.

"Kenapa ni?" Tanyaku.

Faiq memandang jauh ke dalam anak mataku, "Sayang memang tak perasan apa-apa ke dekat hubby?"

Aku memandangnya dari atas ke bawah, "Apa dia?"

"Tengok dan telitilah betul-betul." Ucapnya.

"Handsome aje saya tengok?" Balasku.

Faiq senyum, "Lagi, lagi?"

Aku mengerutkan kening, "Lagi? Hubby nak cakap apa sebenarnya ni?"

Faiq tiba-tiba mendekatkan dirinya denganku. Tangan kirinya naik memaut bahuku.

"Okey, cuba sayang teliti lagi.." Bersungguh dia bersuara.

Debaran di hati kian terasa. Walaupun sudah hampir 2 minggu aku hidup bersama lelaki ini, namun tetap juga hatiku berdetak kencang ketika berhadapan dengannya.

Aku cuba mengambil nafas sebelum...

Keningku berkerut, 'Wanginya...'

"Did you smell it?" Soal Faiq.

Aku mendongak untuk memandangnya, "Ni perfume yang sayang hadiahkan semalam ke?"

"Finally! Dapat pun tangkap! Yes, hubby pakai perfume yang sayang hadiahkan semalam.. Wangi tak?"

"Wanginya! Cepatnya hubby pakai? Sayang ingatkan, hubby nak pakai untuk ke pejabat aje.."

"Eh, mana boleh! Isteri hubby dah penat-penat belikan hubby perfume, mestilah hubby terus pakai! Pandai sayang pilih perfume.."

"Come on! This is Athea Izara, okay!" Riakku menjawab.

"Ada pengalaman ke?" Tanya Faiq tiba-tiba. Dia kini berubah serius.

"Pengalaman apa?"

"Pilih perfume untuk lelaki?" Keningnya dinaikkan beberapa kali.

"Sekejap, nak kira..." Sengaja aku mengangkat kedua-dua belah tanganku dan mula mengira.

"Athea Izara, are you kidding me?"

"What? Sabarlah, nak kira dulu.."

Faiq menarik kedua-dua belah tanganku ke bawah dan dipegangnya erat.

Aku menahan tawa. 'Cemburulah tu!'

"Hah, kiralah cepat." Cabar Faiq.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now