Bab 98

508 35 2
                                    

"Okeylah, mommy. Iq pergi kerja dulu. Mommy tolong jaga isteri Iq ni baik-baik ya? Kalau dia nak makan apa-apa, bagi aje. And, Iq tak izinkan sesiapapun untuk bawa Athea keluar." Ucap Faiq.

"Ish, kamu ni! Tahulah mommy nak jaga menantu mommy seorang ni!"

Iq tersenyum sungging, "Saya pergi kerja dulu ya? Awak jaga diri elok-elok. Jangan keluar rumah. Kalau nak keluar, tunggu saya balik. Okey?"

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

Ya, memang begitulah sifatnya apabila di hadapan orang. Tak suka menggelarkan dirinya 'hubby' dan tak mahu memanggilku dengan gelaran 'sayang' ketika di hadapan orang. Biarpun depan keluarga sendiri.

"Thea apa khabar? Kehidupan lepas kahwin, okey ke?" Datin Zurin memulakan perbualan selepas melabuhkan duduk di sebelahku yang sedang bersandar di sofa.

Aku menukar posisi. Aku duduk memusingkan badan menghadap Datin Zurin.

"Thea sihat, alhamdulillah.. Kehidupan lepas kahwin pun, alhamdulillah. Thea bersyukur dapat seorang suami yang sempurna macam Faiq."

"Hm.. Mommy?" Panggilku.

Ini adalah masa untuk aku mengambil seberapa banyak pun kesempatan yang ada untuk bertanya tentang Faiq.

"Ya, sayang?" Jawab Datin Zurin.

"Thea ada benda nak tanya dekat mommy. Berkenaan dengan Faiq." Tanpa berdalih, aku bertanya.

"Okey. Apa dia?"

"Faiq pernah cerita apa-apa dekat mommy ke pasal Thea?"

"Cerita? Banyak sangat! Iq tu kalau bercerita pasal Thea, seminggu pun belum tentu cukup tahu? Dia tu bersemangat betul bila bercerita tentang Thea dekat mommy. Mommy boleh nampak yang dia betul-betul dah jatuh cinta dengan Thea." Beritahu Datin Zurin.

"Mommy kan ada dua orang anak aje. Jadi, mommy memang manjakan Iq dengan Faz sejak kecil lagi. Tapi, Iq tu lain sikit bila dah meningkat remaja. Dia lebih suka berdikari dan buat apa yang dia rasa nak buat ikut suka hati dia. Jaga hati orang? Bukan Faiq Adzrinlah kalau dia tiba-tiba jaga hati orang." Sambung Datin Zurin lalu diakhiri dengan tawanya.

"Kenapa mommy selalu cakap 'terima kasih sebab dah berjaya ubah Faiq' dekat Thea?" Tanyaku lagi. Rasa ingin tahuku masih belum berkurang.

"Macam yang mommy cakap tadi, dia tu suka berdikari. Kalau boleh semua benda dia nak buat sendiri. Tapi, ada satu hari ni, 5 tahun yang lepas. Dia datang rumah mommy. Lepas tu bersungguh-sungguh cerita dekat mommy tentang seorang wanita. Bila mommy tanya, dia asyik jawab 'it's not the right time, mommy'. Tapi, tetap juga dia bercerita. Setiap kali dia datang rumah mommy, dia selalu cakap 'mommy doakanlah semoga wanita yang Iq ceritakan tu akan jadi isteri Iq suatu hari nanti'. Dia selalu cakap macam tu."

Aku hanya diam mendengar ceritanya.

"Then, cerita tu terhenti agak lama jugalah. Iq dah jarang bercerita dengan mommy, tapi dia masih minta mommy untuk berdoa agar dia dijodohkan dengan wanita yang diceritakan. Seminggu sebelum mommy datang meminang Thea, Iq tiba-tiba jadi ceria macam Iq pada 5 tahun yang lepas. Dia datang-datang terus peluk mommy. Lepas tu dia cakap, 'Mommy, I did it! I did it, mommy! Finally!'."

Throwback - seminggu sebelum rombongan meminang datang...

"Mommy, I did it! I did it, mommy! Finally!" Ucap Faiq teruja sambil memeluk Datin Zurin seerat-eratnya.

"Iq, apa yang teruja sangat ni?" Soal Datin Zurin hairan.

"Mommy, Iq nak kahwin!" Jerit Faiq.

Datin Zurin tersentak seketika selepas mendengar kata-kata yang baru sahaja dilontarkan oleh anaknya sebentar tadi.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now