Bab 103

520 48 6
                                    

"Alo, comelnya cucu opah.." Puji ibu yang sedang mendukung Izaira.

"Tengoklah tu. Sebiji muka papa dia." Sambung ibu lagi.

Laju aku melarikan anak mata ke arah Faiq yang berada di sebelahku, "See? Izaira ikut muka hubby."

Faiq ketawa lalu digaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah bagi nama ke, Thea?" Soal Datin Zurin.

"Dah, mommy." Jawabku.

"Apa namanya?" Dato' Idzrin pula mencelah.

"Nur Izaira Arzrin binti Faiq Adzrin." Balas Faiq.

"Noh, rokiah! Berbelit lidah nak sebut! Good lucklah along ucapkan dekat bakal suami dia nanti." Sampuk along.

"Itu baru nama, along. Cuba suruh dia jumpa papa Izaira ni dulu. Tengok ketar tak ketar lutut dia tu." Ucapku lalu diakhiri dengan ketawa.

Along ketawa.

"Amboi.. Awak tu baru lepas bersalin tau? Boleh pula gelak sakan eh?" Ucap Faiq.

Aku sengih.

"Muka sebiji macam Faiq. Tang bibir je ikut Thea." Ujar Datin Zurin.

Aku tersenyum.

"Memanglah. Dah papa suka bibir mama, nak buat macam mana?" Bisik Faiq perlahan.

Laju aku menepuk lengannya sambil tersenyum malu.

"Ha, Thea. Lepas ni kena berpantang betul-betul. Makanan orang berpantang ni bukan macam makanan dekat kedai. Tak semua makanan berpantang ni sedap. Nak ke tak nak, tetap kena berpantang. Faham?" Tegas ibu.

Aku sengih, "Kena makan sayur juga ke, bu?"

"Kena!" Sampuk along.

Semua di dalam bilik itu sakan menghamburkan tawa mereka kerana tahu aku terlalu bencikan sayur.

Aku mencebik. 'Tak nak sayur!'

Sudah beberapa hari berlalu. Kini, aku sudahpun berada di rumah kami.

Disebabkan keadaanku yang masih belum sihat sepenuhnya, jadi aku meminta izin kepada Faiq untuk tidur di bilik yang berada di tingkat bawah. Aku bukan apa, aku tak nak menyusahkan sesiapa kalau aku rasa nak keluar bilik nanti.

Faiq setuju. Tapi, dia juga mahu ikut tidur di bilik tingkat bawah.

"Morning, papa." Sapaku kepada Faiq yang sedang menggeliat kecil.

Perlahan-lahan Faiq membuka matanya sebelum senyuman manis terukir di bibirnya.

"Hi, babies.." Balas Faiq. Terus sahaja dia memelukku sambil berbaring.

"Bangunlah. Hubby tak lapar ke?" Soalku.

Faiq mengangguk.

"Bangun, mandi."

"5 minit, 5 minit." Ucapnya perlahan sambil mengeratkan pelukan.

Aku ketawa.

"Assalamualaikum, ibu." Sapaku.

"Waalaikumussalam. Bangun dah anak ibu.. Thea macam mana hari ni? Sakit lagi ke?" Tanya ibu prihatin.

Aku mengangguk.

"Anak ibu kuat kan? Jangan risau. Ibu akan selalu ada dengan Thea.."

Aku hanya tersenyum, "Terima kasih, ibu.."

Ibu senyum.

"Mana Faiq?" Soal ibu.

"Dalam bilik, dengan Izaira." Jawabku.

His Sayang with White LoveNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ