Bab 6

988 37 1
                                    

Aku mengemas katil memandangkan Zaza sudah pun bangun dari tidur dan sedang membersihkan diri sebelum turun ke bawah untuk bersarapan.

"Zaza! Aku turun dulu tau! Aku nak tolong ibu hidang sarapan kat dapur sebelum abah dengan along turun!" Kataku sambil mengetuk pintu tandas.

"Okey! Satgi aku turun!" Jawab Zaza dari dalam tandas.

Aku turun ke tingkat bawah memandangkan aku sudah pun bersiap sepenuhnya.

"Assalamualaikum, ibu.. Selamat pagi ibuku yang tersayang.." Sapaku.

"Waalaikumussalam anak ibu yang cantik.. Selamat pagi.." Jawab ibu lalu terus memusingkan badannya menghadapku.

"Wah.. Ni dah siap cantik-cantik ni, nak keluar pergi joginglah kan?" Tanya ibu.

"Hehe.. Iya lah, bu.. Nak kena jaga badan, bu. Kalau tak joging, nanti berat naik pula. Ibu dahlah suka masak sedap-sedap. Lagipun, kalau tak jaga badan, nanti tak ada orang yang nak pula dekat anak ibu ni.." Alamak aku terlepas cakap ayat yang last tu.. Ish mulut kau ni, Thea!

"Tak ada orang nak apanya? Beratur anak kawan-kawan ibu tu nak dekat awak, awak tu je yang memilih!" Jawab ibu.

Ha kan dah termakan dengan kata-kata sendiri. Padanlah muka kau, Thea..

"Ibu nak Thea tolong apa-apa tak ni? Ada nak goreng apa-apa lagi tak?" Aku bertanya.

"Tak apalah. Tolong hidangkan makanan dekat atas meja aje. Lepastu Thea buatkan air boleh? Air Ribena pun boleh.." Arah ibu.

"Okey, ibu.. Boleh je." Jawabku.

Pantas tanganku bergerak mencapai segala peralatan untuk membancuh air. Ku capai juga sebuah jag dan gula daripada dalam kabinet. Membuat air adalah tugas kegemaranku ketika di dapur.

Apabila ada tetamu yang datang ke rumah, aku yang selalu menawarkan diri kepada ibu untuk menghidangkan air kepada tetamu di ruang tamu. Ibu tidak pernah memaksa mahupun menganggap itu adalah tugasku walaupun aku yang selalu menghidangkan air untuk tetamu.

Bila tetamu datang, ibu akan terus ke dapur untuk membuat air tetapi dengan pantas aku menghalang ibu dan menyuruhnya untuk duduk sahaja di ruang tamu dan melayan tetamu. Itu memang sifat ibu, tidak suka membebankan orang mahupun anak-anak. Dia akan lakukan semua benda sendiri selagi dia mampu. Sebab itulah aku rajin untuk membancuh air, supaya aku dapat membantu serba sedikit tugasnya.

"Morning, ibu.. Morning, Zara.." Sapa along yang baru sahaja masuk ke dapur.

Along seorang sahaja yang memanggilku dengan nama 'Zara' dan kadang-kadang dia juga memanggilku dengan panggilan adik. Apabila aku bertanya sebabnya, dia hanya menjawab "Saja, biar along the one and only yang panggil Zara. Barulah special.. Kira okaylah dari along panggil angah?"

NO! Aku memang tak suka orang panggil aku angah! Sebab? Macam biasa, aku sendiri tak tahu sebabnya. Bila aku cakap tak suka, maksudnya memang aku tak suka.

Aku tidak memerlukan sebab untuk semua perkara yang aku tidak suka kerana aku adalah anak perempuan kedua dan juga bongsu. Seorang anak yang sangat keras kepala dan dimanjakan oleh seluruh ahli keluarga, sebab itulah aku bebas untuk menolak semua perkara yang aku tak suka dan mereka juga terpaksa menuruti segala kehendakku.

"Wah, hensemnya along ni.. Along nak pergi mana?" Tanyaku sambil bergerak menuju ke meja untuk menghidangkan makanan.

"Along nak ikut abah pergi surau sebab semalam abah ada ajak along. Nak tolong uruskan apa yang patut dekat sana." Balasnya.

"Oh.." Aku hanya mengangguk, tidak berminat untuk bertanya dengan lebih lanjut.

"Rajin betul Zara ni joging setiap kali balik rumah ibu.. Entah-entah ada boyfriend kat taman tu kan? Baik cakap betul-betul dengan along! Bawa dia datang jumpa along petang ni, along nak tengok juga rupa budak tu." Mula dah along ni.

"Shhh.. Perlahan sikit, nanti ibu dengan abah dengarlah! Ish, apa along ni? Lambat lagilah Zara nak ada boyfriend! Biar Zara bagitahu along satu benda.. Ada orang pernah cakap dekat Zara, kalau kita sedih, kita rasa macam tak ada semangat atau tak ada tujuan hidup.. Baliklah dekat tempat kita membesar. So.. sebab itulah Zara semangat bila dekat rumah ibu ni.. Faham?" Panjang lebar aku bebicara bagi membela diriku.

Along sangat-sangat tegas bila melibatkan teman lelaki untukku. Kadang-kadang dia jugalah yang menyebelahi diriku ketika ibu sibuk memberi cadangan tentang anak kawan-kawannya kepadaku.

"Sembang apa lagi ni? Jomlah makan, pergi panggil Zaza turun, Thea." Arah abah kepadaku.

"Okey, abah!" Jawabku riang.

Namun baru sahaja aku mahu menaiki anak tangga, Zaza sudah pun turun dengan senyuman di wajahnya.

"Ingatkan tak nak makan tadi.. Lama betul kat atas." Kataku kepada Zaza.

"Ish, hang ni! Aku katuk pala hang pakai phone ni satgi baru hang tau! Tak habis-habis dok mengusik aku!" Jawab Zaza.

Aku hanya ketawa.

Setelah selesai menikmati sarapan, aku, Zaza dan ibu bangun dari kerusi masing-masing untuk mengemas manakala abah dan along pula masih duduk di meja makan. Tiba-tiba abah bersuara..

"Thea.. Zaza.. Esok datang ke surau ya lepas Zohor. AJK surau ada buat makan-makan sikit sebagai tanda terima kasih dekat seseorang yang dah bantu bagi sumbangan dekat surau." Kata abah.

"Orang sini ke bah?" Tanyaku.

"Bukan orang sini. Dia duduk dekat Kuala Lumpur tu ha.. Dia datang sini sebab ada kerja katanya." Jawab abah.

"Oh.. Kau nak pergi ke, Za?" Tanyaku kepada Zaza.

Kini semua mata tertumpu ke arah Zaza.

"Err... Aku ikut je mana-mana." Jawab Zaza.

"Okeylah, bah. Esok kitorang datang." Balasku.

Siap mengemas, aku meminta diri untuk mengambil telefon bimbit dan headphoneku di dalam bilik. Kemudian aku turun ke bawah semula dan mencari ibu untuk meminta izin keluar berjoging.

"Ibu!" Sapaku riang.

"Thea pergi dulu tau, bu.. Bye! Love you, ibu!" Kataku pada ibu sambil menyalami tangannya sekaligus mencium pipinya.

"Bye, Zaza!" Ucapku kepada Zaza yang juga berada di dapur.

"Bye.."

Dengan pantas aku berjalan ke ruang tamu untuk berjumpa dengan abah dan along terlebih dahulu sebelum aku keluar. Ku lihat abah dan along sedang rancak berbual di kerusi luar rumah.

"Sorry ganggu abah dengan along.. Nak salam.." Pintaku

"Oh, dah nak pergi ke? Cepatnya?" Tanya abah sambil meghulurkan tangannya kepadaku.

"Nanti panas, bah. Baik pergi sekarang. Hehe.." Jawabku sambil mencapai tangan along untuk disalam pula."

"Hati-hati joging tu. Orang bagi Kinder Bueno jangan ambil!" Kata along dengan mukanya yang dibuat-buat serius. Tiba-tiba dia tertawa. Haha!

Kinder Bueno memang coklat kegemaranku!

"Apalah along ni? Ingat kelakar ke? Yalah, pandailah Zara jaga diri. Bye.. Zara pergi dulu bah, along.." Kataku lalu terus berjalan keluar daripada kawasan rumah.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now