Bab 84

587 34 2
                                    

"Buat apa sorang-sorang dekat sini?" Tanya Faiq.

Lembut sahaja caranya bertanya namun masih lagi terselit nada bekunya. Aku hanya diam sambil memejamkan mata. Buat apa pula dekat sini?

"Saya tanya awak ni."

"Kalau nak makan, bukan dekat sini." Ringkasku menjawab.

"Oh." Hanya itu sahaja yang dibalas oleh Faiq.

Aku tidak terkejut kerana aku sememangnya tak kisah saat ini. Setelah beberapa saat Faiq tidak bersuara, aku membuka mata.

"Buat apa lagi dekat sini?" Tanyaku tatapi tidak memandang ke arahnya.

Sunyi.

"Pergilah makan dekat dewan makan. Ambil angin dekat sini bukannya boleh kenyang pun." Perliku.

Masih sunyi.

Aku menoleh dan memandangnya, "Hello, I'm talking to you.."

"Sorry? Oh, saya ingat awak tengah cakap dengan orang lain tadi." Jawab Faiq dan diakhiri dengan tawa yang dibuat-buat.

"Okey, sekarang dah tahu saya tengah bercakap dengan awak kan? So?"

"So, what?"

"Seriously, Faiq Adzrin? Suka hati awaklah."

1 minit berlalu...

"Saya lapar." Faiq bersuara.

"Bukan masalah saya." Jawabku dingin.

Aku makan tadi pun dia tak teman, then dia expect aku akan teman dia makanlah? Ergh, memang taklah!

"Teman saya makan, please.."

Air mata sudah bertakung di tubir mata. Biasalah, bila tengah 'cuti' ni, mood sensitif sikit.

"Saya dah kenyang."

"Tapi saya lapar."

"Saya ulang sekali lagi. Bukan. Masalah. Saya." Sengaja aku menekankan setiap patah perkataan kepadanya.

"Sikit pun awak tak kesiankan saya ke? Saya betul-betul lapar sekarang ni, Athea."

"Saya tak kisah pun. Lagi satu, ambil balik baju sejuk awak ni sebab saya tak perlukan pun." Beritahuku sambil menyerahkan baju sejuknya yang disarungkan kepadaku tadi.

"Jom teman saya makan?" Pujuk Faiq lagi.

Kesabarankan semakin tipis. Bila-bila masa sahaja boleh meletus. Tadi dia buat aku macam tak wujud aje tau!

"Apa yang awak tak faham ni? Awak nak saya muntah baru awak nak berhenti paksa saya ke?" Aku masih cuba mengawal nada suaraku.

"Athea Izara." Faiq bersuara mendatar.

Aku menunduk. Air mataku sudah mahu mengalir.

"Tolong jangan paksa saya, awak pergilah makan sorang-sorang."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now