Bab 31

672 24 0
                                    

"Bukan. Saya cuma cemburu.."

"Pandang saya, please.." Ucapku.

Faiq kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arahku.

"Okey, listen. Yang pertama, saya tak balas pun 'hai' dia tadi. Saya cuma jawab apa yang dia tanya. Yang kedua, saya tak berminat pun untuk berkawan dengan mana-mana lelaki walaupun sekadar berbual kalau tak ada keperluan. Dan yang ketiga, awak dah cukup sempurna untuk saya jadi kenapa saya nak cari yang lain? Awak tak perlu risau sebab saya tak akan pernah selesa dengan mana-mana lelaki kecuali awak dan keluarga saya, okey?" Pujukku.

Dia akhirnya tersenyum, "Okey! Saya dah tak merajuk dah! Jom saya bawa awak jalan-jalan!"

Aku ketawa, "Jadi, awak dah boleh maafkan saya ke belum?"

"Saya maafkan awak.."

11 pagi

Selepas kami puas berjalan di taman, kami terus bergerak ke arah parkir kereta untuk pulang.

"Love.. Awak boleh ke nak uruskan majlis tunang kita ni sekali dengan hal kerja awak serentak?"

"In Syaa Allah, boleh.. Dua-dua perkara tu buat saya happy. Jadi, saya boleh handle."

"Okey.. Tapi kalau awak sibuk, awak bagitahu je saya, okey? Saya boleh uruskan semuanya."

"Okey.. Thank you, MrAdzrin."

"You're welcome, baby.." Jawab Faiq.

"Oh, before saya terlupa.." Faiq bersuara lagi.

"Hm?"

"2 minggu lagi, awak ikut saya pergi Annual Dinner untuk V'Dzrin Resort, nak tak?"

"Hah? Kenapa saya kena ikut awak pula?" Tanyaku terkejut.

"Masa tu nanti kita dah pun bertunang, jadi saya nak kenalkan awak dekat semua staff saya. Please, love?"

"Kan saya pernah cakap, saya tak suka tempat yang crowded?"

"Saya pun sama, sayang.. Tapi ni majlis yang sangat penting untuk saya. Saya nak meraikan semua pekerja saya atas usaha mereka yang banyak membantu untuk menaikkan nama V'Dzrin Resort."

"Majlis macam ni tak sesuailah untuk saya, Adzrin.."

"Siapa cakap?"

"Saya tak ikut, boleh?"

"Sorry, love.. Awak kena ikut juga. Saya bukan nak paksa, tapi saya nak awak ada dimanapun saya berada. Bolehlah, love?"

"Kat sana nanti mesti ramai yang cantik-cantik, kan?" Ucapku.

"Saya tak tahu, love.. Dan saya tak nak ambil tahu pun. Yang saya tahu, awaklah perempuan yang paling cantik dan sempurna di mata saya. Datanglah seribu perempuan pun, kalau dia bukan Nur Athea Izara binti Zakri, saya tetap tak akan pandang."

"Tak perlu ambil hati saya sampai macam tu sekali.."

"Taklah.. Saya tak ambil hati awak pun. Saya cakap benda betul apa? Awak seorang dah cukup untuk saya, Athea Izara. Saya tak perlukan mana-mana perempuan lagi dah."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now