Bab 76

644 35 2
                                    

12 tengahari

"Sayang nak shopping apa ni?" Tanya Faiq.

"Saya tak tahu. Awak yang ajak saya keluar.."

"Kita beli baju untuk sayanglah, jom.." Ucap Faiq lalu menarikku masuk ke dalam sebuah butik pakaian.

Setelah masuk ke dalam butik, Faiq sering mengambil sehelai dua pakaian dan diletakkannya di hadapanku untuk melihat sama ada sesuai atau tidak denganku.

"Yang ni cantik tak?" Tanya Faiq sambil menunjuk sehelai baju padaku.

Aku mengambil baju itu daripada tangan Faiq.

'Mak ai! Mahalnya!' Gumamku.

"Cantik." Jawabku sambil tersenyum hambar.

"Okey, kita ambil ni. Next, kita pergi belah sana pula."

Aku hanya akur apabila Faiq menarik tanganku untuk dibawa ke arah yang dikatakan oleh Faiq sebentar tadi.

30 minit kemudian, kami keluar daripada butik dengan 2 beg kertas di tangan Faiq.

"Next, sayang nak beli apa?" Tanya Faiq.

"Adzrin, cukuplah ni.."

"Jom, kita pergi butik dekat sana pula." Jawab Faiq yang sengaja mengendahkan kata-kataku.

Aku mengggeleng lalu tersenyum.

5:30 petang

Akhirnya! Masa untuk makan!

"Lapar betul baby saya ni.." Ucap Faiq.

Faiq yang beria belikan semua barang untukku. Tugasku hanyalah memberikan kata putus sama ada aku mahu atau tidak barang tersebut. Selebihnya, Faiq yang uruskan.

Aku sengih, "Awak tu shopping lama sangat.."

Faiq ketawa, "Saya tak pernah shopping dengan perempuan sebelum ni. Even waktu raya pun, saya akan tunggu mommy dengan Faz dekat luar butik atau dekat restoran. Saya tak suka tunggu orang."

Aku senyum, "Lepas ni kita nak pergi mana pula?"

"Sayang larat lagi ke nak jalan ni?" Tanya Faiq.

"Saya tak kisah, awak tu kena rehat juga, Adzrin."

"Okey. Lepas makan ni, kita terus balik okey, baby?" Ucap Faiq.

"Okey.." Jawabku.

"Cantiknya isteri kesayangan saya ni.." Puji Faiq.

Aku yang sedang menghirup air, hampir tersedak.

"Eh, baby okey?" Tanya Faiq, risau.

Aku berdehem, "Okey, saya okey."

Faiq ketawa halus, "Sorry, baby.. Sayang tu yang cantik sangat!"

"Saya pula yang kena! Saya memang cantik pun.." Gurauku.

"Iya, isteri saya ni memang cantik pun.."

His Sayang with White LoveWo Geschichten leben. Entdecke jetzt