Bab 34

609 24 0
                                    

7 pagi

"Selamat pagi, Miss Athea.." Sapa Zaza.

"Selamat pagi.." Jawabku.

"Awalnya hang siap?" Ucap Zaza.

"Faiq ajak aku pergi breakfast dulu sebelum hantar aku pergi office."

"Lah.. Dah tu? Awat hang buat sarapan ni?"

"Kenapa? Aku buat untuk kaulah."

"Nanti hang kenyang, Thea. Lagu mana hang nak pi breakfast dengan dia?"

"Ala.. Nanti pandai-pandailah aku order makanan yang ringan-ringan. Dah, makan cepat."

"Ha, pandai-pandai hang lah nanti noh!"

7:50 pagi

Aku yang sudah mengenali Faiq yang terlalu punctual, bersedia menunggu ketibaannya di luar rumah.

Dan ya! Beberapa saat kemudian, Faiq tiba di hadapan rumahku. Dia keluar daripada kereta dan membukakan pintu kereta untukku.

"Morning, kesayangan saya." Ucapnya.

"Panggilan baru lagi untuk saya?" Tanyaku.

Dia ketawa, "Anything for my love."

Aku masuk ke dalam perut kereta dan mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum dia menutup semula pintu kereta.

"Dah breakfast ke?" Tanya Faiq selepas masuk ke dalam kereta.

"Hehe.. Dah, dengan Zaza."

"Oh, iya ke? Then, awak nak teman saya breakfast tak ni?"

"Awak dah breakfast ke?" Tanyaku.

"Belum lagi."

"Okey.. Kalau macamtu, saya teman awaklah."

"Betul ni? Maceh, love!"

Aku hanya tersenyum.

Faiq memarkir keretanya di hadapan sebuah kafe dan turun daripada kereta untuk membukakan pintu kereta untukku.

Princess treatment!

"Thank you!" Ucapku.

"You're welcome, baby."

Aku mula berjalan dengannya. Dan beberapa saat kemudian, dia bersuara.

"Sayang nak duduk dekat dalam ke luar?"

"Mana-mana je."

"Okey, kita duduk dekat luar lah.."

"Okey! Boleh ambil udara pagi." Ucapku.

Dia tersenyum, "Boleh, love."

Tiba-tiba pelayan menghampiri kami untuk mengambil pesanan.

Faiq mengangkat kening kepadaku. Aku yang seakan faham maksudnya itu, dengan segera memesan sesuatu kepada pelayan.

"Saya nak pancake, ada tak?" Tanyaku kepada pelayan itu.

His Sayang with White LoveМесто, где живут истории. Откройте их для себя