Bab 86

820 43 4
                                    

"Assalamualaikum.." Aku memberi salam sebelum masuk ke dalam bilik.

"Waalaikumussalam." Jawab Faiq.

Dengan pantas aku melangkah ke arah almari dan terus sahaja aku menyangkut set kemeja tersebut ke dalamnya. Kemudian, aku bergerak menuju ke balkoni luar pula kerana Faiq sedang berada di situ.

"Hai, sayang!" Sapaku riang. Sengaja mahu menghilangkan debar di hati.

Berdebar tapi pada masa yang sama, tidak sabar untuk melaksanakan rancanganku pada malam ini.

"Buat apa kat bawah tadi?" Tanya Faiq.

Aku melabuhkan duduk di hadapannya, "Tak ada apa pun. Sayang, apa plan awak harini?" Sengaja aku mengubah topik perbualan.

"Duduk dekat bilik aje kut.." Balas Faiq.

"Awak tak nak keluar ke?" Tanyaku.

Faiq menggeleng.

"Kalau saya ajak awak pergi pantai, awak nak tak?"

"Awak bosan ke duduk dekat bilik ni?" Tanya Faiq.

Aku sengih lalu mengangguk.

"Sorry, sebab saya pentingkan diri. Saya tak ada mood nak keluar, tapi awak yang tanggung bosan sebab tak keluar."

Aku senyum, "Tak apa.."

"Nak pergi pantai ke?" Soal Faiq.

Laju aku mengangguk.

"Okey.. Nak pergi pukul berapa?"

"Pukul 4 petang nanti, boleh?"

Faiq mengangguk, "Okey, nanti kita pergi."

"Thank you, husband!"

"My pleasure."

Aku sedang melilit tudung di hadapan cermin. Untuk pergi ke pantai sekejap lagi, aku memutuskan untuk memakai tudung shawl. Aku lihat jam, ianya masih menunjukkan pukul 3:15 petang.

Faiq keluar daripada tandas dengan hanya tuala yang berlilit di pinggangnya. Melihat dia yang berkeadaan seperti itu membuatkan jantungku berdetak dengan kencang untuk seketika sebelum...

"Tengok apa, hm?" Faiq kini sudah berada di hadapanku dan membongkok sehingga wajahnya betul-betul berada di hadapan mukaku.

"T-Tak ada apa.. B-Baju awak s-saya dah gosokkan tau. Awak nak ke pakai baju warna putih?"

"Baju apa pun saya tak kisah. Kalau sama warna dengan awak, lagi saya suka. By the way, tak berdosa pun kalau awak nak tengok saya dalam keadaan macam ni." Faiq mengenyitkan matanya kepadaku sebelum bergerak mengambil baju di dalam almari.

Dia masuk ke dalam tandas semula untuk memakai baju. Aku menghela nafas perlahan.

'Ish, malunya! Kenapa kau tengok dia tadi, Thea? Kan dah malu sendiri! Padan muka!'

3:40 petang

"Kan saya cakap pukul 4 nanti baru pergi pantai. Kenapa awak nak juga ikut saya sekarang ni?" Tanyaku sambil berjalan menuju ke arah lif.

"Habis tu, kenapa awak keluar awal?"

"Saya ada hal sebab tu saya keluar dulu."

"Hal apa?"

Aku memandangnya, "Tak ada apalah.. Kita turun makan, nak?"

"Boleh juga, saya pun memang tengah lapar ni.."

Aku senyum, "Okey, kita pergi makan dulu."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now