Bab 63

615 33 2
                                    

Kini, tibalah hari yang aku nanti-nantikan. Hari dimana aku akan diijabkabulkan bersama pilihan hatiku, Faiq Adzrin.

9 pagi

Aku bangun seawal jam 4 pagi harini untuk menyiapkan apa yang patut. Walaupun semuanya sudah siap sepenuhnya, tetap saja aku menyibukkan diri dengan semua perkara supaya aku tidak terlalu melayan rasa gementarku.

Aku dan Faiq akan dinikahkan selepas Isya' jadi maksudnya majlis akan berlangsung pada malam ini.

Faiq yang memutuskan untuk memulakan majlis selepas Isya' kerana katanya, mahu memudahkan urusanku supaya tidak perlu risau tentang solat. Dan keputusannya dipersetujui oleh kedua belah pihak keluarga kami.

"Faiq rasa lebih baik kita buat lepas Isya'. Bukan apa, nanti susah dekat Athea nak kena cuci make-up untuk solat. Faiq tahu solat tu memang penting, jadi tak boleh nak ragu-ragu, sayang make-up dan sebagainya.. Tapi, Faiq nak mudahkan urusan bakal isteri Faiq ni.. Dan urusan tetamu juga, mereka tak perlu risau tentang tempat solat kalau kita buat nikah ni lepas Isya'. Faiq harap sangat semua orang faham dan setuju dengan keputusan yang Faiq buat ni." Ucap Faiq.

Aku tersedar dari lamunanku apabila seseorang mengetuk pintu bilikku daripada luar.

"Masuk." Ucapku.

Maka, muncullah Zaza di muka pintu itu.

"Aku masuk noh?" Tanya Zaza.

Aku mengangguk.

"Faiq ada mesej ka?" Tanya Zaza setelah duduk bersebelahan denganku di hujung katil.

"Entah."

Zaza mengangguk, "Jom pi turun makan dulu? Lepaih tu baru kita pikiaq nak buat apa."

"Aku tak ada seleralah. Kau pergilah turun dulu."

"Ish! Mana buleh lagu tu! Kalau hang pengsan satgi, lagu mana? Dah, jom turun lekaih!" Tegas Zaza.

Zaza memaksa aku berdiri dengan menarik tanganku, dan akhirnya aku hanya menurut.

Setelah sampai di tingkah bawah, terus sahaja along mengusikku.

"Mentang-mentanglah dah nak nikah, tak nak langsung borak dengan along dah.. Asyik berkurung aje dalam bilik."

Semua sedang duduk di meja makan.

Aku sengih, "Busylah, along. Adik kan dah nak tukar kelab.."

"Eleh.."

Aku ketawa.

"Ha, Thea.. Thea ada mesej Faiq tak?" Tanya abah.

Aku duduk di kerusi, "Tak ada, bah.. Kan Thea bagitahu dia untuk tak berhubung dengan Thea masa hari nikah, jadi dia tak mesejlah kut." Jawabku.

"Oh, jadi Thea betul-betul tak nak berhubunglah ya?"

"Haah, bah.. Kalau ada apa-apa, suruhlah dia mesej abah atau along ya?"

Kami semua akhirnya diam membisu dan mula menjamu selera.

3 petang

Aku sudahpun tiba di sebuah hotel dimana akan berlangsungnya majlis pada malam ini. Segala persiapan sudah siap sepenuhnya, dan kami juga sudah tahu apa yang perlu dibuat ketika majlis nanti. Semuanya sudah diberitahu semasa rehearsal.

Aku kemudiannya dibawa oleh Fazrin untuk naik ke sebuah bilik yang sudah disediakan khas untuk aku bersiap.

"Faz, abang dah sampai ke?" Tanyaku dalam nada berbisik.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now