Bab 72

687 33 2
                                    

Aku tersedar dari lamunanku apabila terasa ada tangan yang mengusap-usap bibirku. Aku menelan liur.

"Can I?" Tanya Faiq dengan suara garaunya.

Faiq mendekatkan wajahnya denganku. Kepalanya disengetkan ke kanannya sedikit.

Aku memalingkan mukaku ke arah kanan apabila terasa bibir Faiq seperti sudah mahu mendarat di bibirku.

Yeay! Tak kena!

"Athea, you don't know how deeply you made me fall for you. I love you so much, Athea Izara."

Faiq mengangkat daguku agar memandangnya dan sekali lagi dia mencuba mengucup bibirku.

Akhirnya aku pasrah dan hanya membiarkan.

"Adik! Ibu dengan abah dah balik ni!" Laung along dari tingkat bawah.

Aku tersedar lalu dengan spontan aku menolak dada Faiq menjauhiku, "S-Saya turun dulu. Nanti saya bawa bubur naik atas."

Faiq ketawa lalu berjalan mendekatiku semula, "Love malu lagi ke dengan saya? Well, kalau sayang masih malu-malu macam ni, saya tak boleh jamin yang saya tak akan buat lagi. Because you're so cute when you're shy, love."

"Dahlah, bye."

Aku keluar daripada bilik dengan pipi yang sudah merona merah.

"Ibu!" Sapaku riang.

Ibu yang sedang duduk di meja makan itu segera menoleh, "Anak ibu dah sampai dah.. Faiq mana?"

"Ada dekat atas tu, sakit kepala katanya." Jawabku.

"Lah, iya ke? Faiq dah makan ke belum tu?"

"Thea nak masakkan bubur untuk Faiqlah ni. Thea masuk dapur dulu eh, bu?"

Ibu hanya mengangguk sambil tersenyum.

Setelah selesai memasakkan bubur untuk Faiq, aku kembali naik ke bilik.

"Thank you, love." Ucap Faiq setelah selesai suapannya yang terakhir.

Aku senyum, "You're welcome. Awak teringin nak makan apa? Nanti saya suruh ibu ajarkan saya memasak. Awak kan tak sihat, jadi saya nak tahu selera awak."

"Udang masak sambal, please.."

"Itu aje?"

Faiq mengangguk.

"Okey.. Awak rehatlah, saya nak turun bawah." Ucapku sambil membetulkan selimutnya.

"Nanti sayang naik balik tak?"

"Entah. Saya duduk bawah aje kut, duduk dengan ibu."

"Oh, okey." Jawab Faiq.

Aku senyum, "Awak nak apa-apa lagi ke?"

"Hm.. Boleh tak kalau sayang temankan saya sampai saya tidur dulu?"

"Dapat upah tak?" Gurauku.

Faiq ketawa halus, "Love nak apa? Semua saya boleh bagi."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now