Bab 20

820 28 0
                                    

8 malam

Aku hanya memakai pakaian yang simple tetapi masih sesuai jika dipakai untuk dinner.

Zaza menyuruhku untuk memakai pakaian yang cantik-cantik untuk dinner malam ini. Aku tak faham kenapa tapi aku tetap mengikut seperti apa yang diminta oleh Zaza.

Setelah selesai, aku keluar daripada bilik dan segera menuruni anak tangga. Apabila aku sampai ke tingkat bawah, Zaza tiada di sofa.

"Zaza!" Laungku sedikit kuat supaya dia dapat mendengarku.

Zaza yang baru berjalan keluar daripada dapur bersama cawan ditangannya tiba-tiba berhenti melangkah. Dia memandang ke arahku tanpa berkelip.

"Apa? Tak okey ke? Ala, malaslah nak tukar baju.." Ucapku lalu berpura-pura membuat muka letih.

"Thea! Ini yang hang dok kata hang nak pakai simple tu? Lagu mana simplenya, Thea? Lawa sungguh ni!"

"Simplelah ni. Kalau ikutkan kau yang suruh aku pakai cantik-cantik, confirmlah aku pakai dress.. Ni aku pakai casual je tapi masih sesuai untuk pergi dinner, kan?

"Casual pun lawa bak hang!"

"Yang kau ni suruh aku pakai cantik-cantik dah kenapa? Pergi dinner aje pun.."

"Sekali sekala, Thea.. Eh, dah lah. Jom gerak!"

Aku hanya memandangnya lalu mengangguk.

Setelah sampai di restoran yang diberitahu oleh Zaza. Aku keluar daripada perut kereta dan menunggu Zaza disebelah pintunya supaya aku dapat jalan beriringan dengannya untuk masuk ke restoran.

"Zaza.. Kau biar betul nak dinner dekat sini? Macam tak sesuai aje.." Bisikku.

Tempat ni macam tak sesuai kalau aku nak dinner dengan Zaza kerana suasana di sini tak ubah seperti suasana untuk orang yang sedang bercinta. Dan tiada seorang pun pelanggan yang berada di dalam restoran ini.

"Betuilah! Sekali sekala.. Lagipun, hang dengan aku kan single? Eh, lupa.. Hang kan dah tukar kelab.." Usik Zaza.

Oh ya! Aku hampir terlupa tentang hubungan aku dan Faiq. Tapi, apa status hubungan kami sekarang?

"Ish, jom lah balik.. Kau nampak ni, tak ada orang pun!" Bisikku lagi.

Aku yang sudah mahu bergerak kembali ke kereta itu tiba-tiba ditahan oleh Zaza lalu ditariknya aku masuk ke dalam restoran.

'Ish, dia ni! Tak takut ke? Tak nampak ke suasana kat sini? Sunyi kot restoran ni! Manalah dia jumpa tempat ni agaknya?' Bisikku di dalam hati.

Setelah kami melangkah masuk ke dalam restoran, aku lihat beberapa orang pekerja restoran hanya memandang ke arah kami sambil tersenyum.

Zaza punya pasallah ni! Kan dah awkward! Nak buat apa ni?

"Hang pi lah cari tempat dulu, aku nak pi toilet sat.."

Dengan pantas aku menarik tangan Zaza.

"Kau jangan buat hal, Zaza.. Time-time ni jugalah kau nak pergi tandas, kan?"

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now