Bab 13

865 34 1
                                    

"Mana along tahu? Mungkin dia dah biasa dengan semua orang macam tu? Mungkin dia memang senang masuk dengan orang-orang yang lebih tua dari dia? Siapa tahu?" Jawabku tidak puas hati bila along seakan cuba untuk menyebelahinya.

Macam mana along boleh cepat percayakan Faiq sedangkan aku dan dia lebih kurang aje! Dua-dua ada isu kepercayaan yang tinggi dalam diri masing-masing.

"Kenapa adik macam anti sangat dengan lelaki? Adik tak pernah ada kawan lelaki sebelum ni.. Ada apa-apa yang jadi dekat adik ke sampai adik tak ada kawan lelaki langsung? Ceritalah, along boleh dengar."

"Tak ada apalah. Adik memang tak suka kenal orang baru. Ada keluarga dan Zaza pun dah cukup bagi adik." Jawabku.

"Esok adik nak jumpa dia kan? Along rasa baik adik nilai dia sendiri esok. Tapi ada satu benda yang along nak bagitahu adik." Ujarnya.

"Apa dia?" Tanyaku.

"Dia ada aura dia yang tersendiri. Ada sesuatu dalam diri dia yang membuatkan abah dan along boleh percayakan dia tanpa rasa ragu."

"Along.. Kami berdua kawan je. Cara along cakap macam nak bagi hint supaya adik cepat cari boyfriend je!" Jawabku seakan merajuk.

"Alolo, adik along ni.. Adik kena ingat, semua orang akan berkahwin. Along akan kahwin, adik pun akan kahwin. Bila adik dah kahwin, suami adiklah yang akan sambung jaga adik sampai bila-bila."

"Along.. Along kena janji dengan adik untuk sayang adik sampai bila-bila kalau along dah kahwin nanti. Along janji tau!" Ucapku sambil membuat isyarat 'janji'.

Along menyatukan jariku dengan jarinya sebagai tanda setuju atas apa yang aku katakan sebentar tadi.

"Dah adik pergi lah tidur, esok tak bangun pula! Go!" Arahnya kepadaku.

"Okey.. Good night, along. Along jangan tidur lambat pula! Bye assalamualaikum. Love you, along!" Ucapku.

"Waalaikumussalam.. Love you too, adik along!" Balasnya.

Aku berjalan menuruni anak tangga untuk ke bilikku manakala along pula kekal di situ untuk sambung menonton televisyen.

Aku tak boleh tidur. Zaza pula sudah lena dibuai mimpi. Ketika aku sedang berbaring di atas katil, fikiranku mula teringat akan kata-kata Faiq pada tengah hari tadi.

'Saya nak sangat kenal dengan awak. Saya ikhlas Athea..'

'Apa pun, saya nak awak tahu yang saya betul-betul ikhlas untuk berkawan dengan awak, mijn blanke liefde.'

'Dan saya harap usaha saya ni dapat buka hati awak untuk terima saya sebagai kawan awak.'

'Kalau macam tu, jadikan saya kawan lelaki pertama dan terakhir dalam hidup awak. Saya janji tak akan sia-siakan harapan awak jika awak beri saya peluang untuk buktikan.'

Satu per satu ayat yang dia katakan padaku mula bermain di fikiran. Betul ke dia serius untuk berkawan dengan aku?

Bagi dia peluang, Athea..

Setelah hampir setengah jam aku berfikir, tanpa sedar aku mula terlelap.

'Faiq, saya tak suka buang masa dengan perkara yang tak pasti. Andai awaklah seseorang yang Allah kirimkan atas doa saya selama ini, saya akan cuba pujuk hati saya untuk terima semuanya tentang awak.'

Kringgg...

Aku terjaga dari tidur dan mula meraba-raba untuk mematikan jam loceng yang sedang berbunyi. Aku lihat jam sudah pun menunjukkan pukul 4:30 pagi.

Lantas aku bangun dari baringku dan bersandar sebentar di kepala katil sebelum bangun untuk menyegarkan diri. Memandangkan aku sedang cuti, jadi aku tak akan berebut dengan Zaza untuk menggunakan tandas.

Aku bangun lalu terus bergerak ke tandas untuk menyegarkan diri.

Setelah hampir 30 minit di dalam tandas, aku keluar dengan lengkap berpakaian. Aku bergerak ke meja solek untuk membuat rutin penjagaan kulitku seperti biasa.

Selepas selesai, aku kembali ke arah katil untuk mengejutkan Zaza.

"Zaza.. Bangun, dah pukul 5 pagi ni." Kejutku sambil menepuk-nepuk bahunya manja.

Aku dan Zaza memang suka bangun sebelum subuh kerana kami tak suka memulakan hari kami dengan tergesa-gesa. Kami suka membuat kerja dengan tenang tanpa kelam kabut.

Waktu kegemaran kami adalah pada waktu pagi, sebelum Subuh. Kami akan rasa tidak bersemangat jika tidak manfaatkan masa yang ada pada sebelum Subuh.

"Pukui 5 pagi? Hang dah solat ka?" Tanyanya.

"Belum masuk waktu lagi. Lagipun, aku tak boleh solat. Bangunlah, Zaza.." Ujarku.

Zaza bangun dari baringnya lalu bersandar di kepala katil sambil menggosok-gosok matanya.

"Zaza, nanti aku nak keluar tau?" Kataku.

"Nak pi dating dengan Faiq ka?" Tanyanya dengan mata yang masih lagi tertutup.

"Dating apanya? Keluar pergi makan je.. Sekejap, siapa yang cakap aku nak pergi dating?" Tanyaku.

"Aku main cakap ja.." Jawabnya ringkas.

"Dahlah, pergi mandi." Kataku.

Apabila ku lihat Zaza sudah pun menutup pintu tandas. Aku mengambil buku yang berada di sisi mejaku untuk dibaca.

Itu lah rutinku setiap hari pada waktu pagi sama ada aku boleh solat ataupun tidak, aku tetap akan membaca buku sebelum memulakan hariku.

20 minit kemudian, Zaza masih lagi di dalam tandas jadi aku memutuskan untuk turun ke bawah bagi menyediakan apa yang patut sebelum sarapan.

'Apa kata aku buat nasi goreng? Ya! Sedap juga kalau dapat nasi goreng pagi-pagi ni.'

Aku tahu tak ada sesiapa yang akan turun ke dapur kerana kebiasaannya, semua orang yang berada di dalam rumah ini tidak akan turun selagi belum mengerjakan solat Subuh.

Aku menyediakan semua bahan untuk membuat nasi goreng. Pantas langkahku bergerak ke sana dan ke sini untuk mengambil peralatan dan bahan untuk memasak.

Ibu selalu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan solat sunat tahajjud, jadi setiap kali lepas solat ibu memang akan ke dapur dan masak nasi supaya boleh buat nasi goreng pada sebelah paginya. Sebab itulah aku bersemangat untuk membuat nasi goreng pada hari ini!

Jarang sekali orang di dalam rumah ini dapat merasai nasi goreng buatanku sebagai hidangan sarapan.

Aku bergerak ke meja makan untuk mengambil telefon bimbitku. Aku lihat jam..

7 pagi

"Wah, rajin noh kawan aku sorang ni.. Hang masak apa tu? Sedapnya bau, sampai ataih aku dok bau, Thea.." Tegur Zaza.

"Nasi goreng aje Cik Zaza, boleh ke?" Jawabku.

"Wah, orang tu sejak-sejak nak pi dating ni.. Rajin betui memasak!" Usik Zaza.

"Zaza! Aku tak pergi dating lah! Keluar pergi makan aje.." Jawabku sambil membuat muka cemberut.

"Yalah, yalah.. Sorry noh? Have a good day, Thea.. Aku tahu hang tak suka buang masa dengan benda-benda macam ni. Lagi-lagi nak kena kenai dengan orang baru. Tapi aku nak hang tau yang hang sentiasa ada dalam doa aku. Aku selalu doakan hang supaya dapat pasangan yang sesuai, yang boleh faham hang, yang boleh terima kekurangan hang dan yang paling penting dapat jaga hubungan hang dengan Yang Maha Pencipta. Okey?" Ucapnya panjang lebar.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now