Bab 96

528 39 4
                                    

Aku mengatur langkah untuk naik ke bilik selepas habis menikmati makan malamku. Seorang diri.

Setelah sampai ke bilik, aku merebahkan diri di atas katil. Namun, mataku tidak memberi sebarang tanda untuk tidur. Jadi, aku duduk bersandar di kepala katil.

"iPad ni merupakan antara harta hubby yang paling berharga. Dalam ni ada segalanya. Tentang V'Dzrin Corporation, V'Dzrin Resort, V'Derns Cafe dan semua yang berkenaan dengan kehidupan hubby. Tak ada sesiapa pun yang pernah guna mahupun sentuh iPad ni. Not even Karl."

Kata-kata Faiq pada 2 bulan yang lalu kembali terimbas di fikiranku.

"iPad?" Ucapku perlahan.

Rasa ingin tahu dalam diriku kini seakan-akan tidak boleh ditahan lagi. 'Dia nampak bersungguh ketika menyuruh aku untuk membuka iPad miliknya.'

Tanpa menunggu lama, aku terus berjalan ke arah almari tv yang berhadapan dengan katil kami. Tangan mula membuka satu persatu laci yang terdapat pada almari itu.

"iPad. iPad. iPad." Ucapku sendirian sambil tangan sibuk menyelongkar laci.

"Yes! Jumpa pun!" Aku menjerit kegembiraan.

Namun, kegembiraan itu mati tatkala aku melihat satu sampul surat yang berwarna coklat yang berada di bawah iPad itu setelah aku mengangkatnya.

'Surat Untuk Sayang🤍'
'-2018-'

Seketika, aku tersentak.

2018? Aku masih belum kenal dengan dia pada tahun tu. Apa maksud semua ni?

Entah-entah itu surat untuk ex dia? Tapi, sebab dia tak dapat memiliki ex dia, jadi dia bagi gelaran 'sayang with white love' tu dekat aku.

'Huh! Konon mijn blanke liefde! Rupa-rupanya tak move on dengan ex!' Desis hatiku.

"Nak baca ke tak? Tapi, bukankah aku 'sayang with white love' yang dimaksudkan? Tapi, macam mana kalau surat ni memang untuk ex-girlfriend dia? Berdosa pula kalau aku baca tanpa keizinan Faiq. Eh, tapi dia kata dia tak pernah bercinta sebelum ni? Argh, peninglah macam ni!" Aku berdialog sendirian.

Aku letakkan surat itu ke tepi buat sementara. Aku capai pula iPad milik Faiq. Aku cuba slide iPadnya untuk membuka, mujurlah ianya tidak berkunci.

Perkara pertama yang aku ingin lihat adalah galerinya. Aku mahu melihat gambar dan video yang terdapat di dalam iPad itu.

Aku slide sehingga ke atas supaya aku dapat lihat semuanya daripada awal.

Aku tersenyum tatkala melihat gambarnya yang sedang berdiri di atas pentas sambil memberi ucapan. Dia kelihatan sungguh kacak ketika itu. Ini ke yang dia kata 'selekeh' tu? Macam ni punya herlok, dia boleh kata selekeh?

Aku leka dengan segala yang aku lihat di dalam iPad itu. Sungguh, aku bangga dengan suamiku!

Disaat aku leka scroll galerinya, perhatianku tertumpu pada sebuah video yang memaparkan Faiq yang seperti sedang bercakap dengan kamera.

Kamera iPadnya.

Laju tanganku menekan pada video pendek yang berdurasi dua minit itu. Rasa ingin tahuku semakin membuak-buak. Dia buat apa eh dalam video ni? Entah-entah, dia tengah buat presentation kut?

His Sayang with White LoveDonde viven las historias. Descúbrelo ahora