Bab 12

867 36 0
                                    

"T-Thea ke abah?" Tanyaku.

"Iya lah.. Cepat, tak baik melambat-lambatkan solat." Jawab abah.

"Okey, abah. Jom Faiq." Jawabku lalu memanggilnya pula.

Buat pertama kali aku memanggilnya dengan nama sebenarnya. Rasa janggal pula.. Kenapa aku rasa macam malu pula tiba-tiba ya? Relakslah Thea, baru jadi kawan dah malu-malu macam ni.

Dia hanya mengikuti langkahku dari belakang. Setelah sampai di bilik tetamu yang berada di tingkat 3, aku membuka pintu bilik itu dan berundur ke belakang sedikit untuk memberi ruang padanya melihat keadaan bilik itu.

"Sejadah dan kain pelikat, I dah sediakan atas katil, you buatlah macam bilik sendiri ya." Ucapku sambil tersenyum.

"Okay, thank you mijn blanke liefde." Jawabnya.

"You owe me about the meaning of that sentence, Faiq." Balasku.

"Ja, schat." Jawabnya sambil tersenyum lalu terus masuk ke dalam bilik tetamu itu.

'Another new words, Thea.. You have to get used to it!'

Aku menuruni anak tangga untuk ke dapur.

"Amboi.. Dah kena pujuk dengan tetamu abah ka? Tadi bagai nak rak hang kat ataih noh, tak suka lah apa lah hang habaq tadi. La ni bukan main noh!" Usik Zaza yang baru sahaja keluar daripada bilikku.

"Diam Zaza.." Balasku sambil meneruskan langkah menuruni anak tangga.

Zaza hanya ketawa.

"Hai ibu.." Tegurku kepada ibu yang berada di dapur.

"Hai.. Thea dengan Zaza boleh tolong ibu?" Tanya ibu.

"Tolong apa bu?" Tanyaku kembali.

"Tolong hidangkan makanan atas meja boleh? Kejap lagi Faiq nak turun makan." Balas ibu.

Aku terkejut lalu memandang ke arah Zaza sekilas.

"Tadi kan dah makan bu?" Tanyaku.

"Bila pula? Tadi Faiq baru aje sampai, belum sempat makan tengah hari lagi.." Jawab ibu.

"Okey, ibu.." Balasku ringkas. Tak mahu bertanya lebih.

5 minit kemudian, Faiq turun dari bilik tetamu dan terus ke dapur.

"Terima kasih makcik sebab sediakan ruang solat untuk saya." Ucapnya.

"Ha, Faiq dah siap solat dah? Tak ada apa lah Faiq, sediakan ruang solat aje.. Faiq duduk depan dululah ya sementara kami hidangkan makanan ke atas meja." Balas ibu.

"Baik makcik, terima kasih.." Ucapnya lagi sambil memandang ke arahku sekilas.

Apabila Faiq sudah pun mengatur langkah ke ruang tamu, ibu meminta aku membancuh air untuk dihantar ke depan.

"Abah.. Faiq.. Minum dulu.." Kataku sambil menuangkan air ke dalam cawan.

"Thea, duduk sekejap." Arah abah kepadaku.

"Ada apa bah?" Tanyaku sambil melabuhkan punggungku di sofa yang berlainan.

"Faiq ada minta izin abah untuk bawa Thea keluar esok. Thea setuju ke?" Tanya abah.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now